Posts

Showing posts from 2006

kita k a w a n

Bila penyakit sukar tidur saya datang…mulalah memikirkan pelbagai perkara… Kali ini tentang apa yer…. Ini tentang kawan sewaktu saya bergelar postgraduates…. Dia sahabat yang lama tak dihubungi…kenapa yer?? entahlah…. Dia guru renang saya yang pertama…..orngnya rajin, kuat berusaha dan bercita-cita tinggi…. Kami rapat kerana sebilik….. Petang bila tiada kelas, kami rajin duduk di bench sport complex dan bercerita… Cerita tentang dia, keluarga dan apa jua yg dirasanya…. Dia selalu kata saya sangat beruntung….. dan saya akan mendengar tiap bait katanya…. Kami sama-sama cari kerja untuk cover belanja belajar.....dan sekali lagi kata-kata beruntung dilontarkan bila saya memperolehi jawatan pegawai tadbir di Kementerian Kebudayaan…. Alhamdulillah dia dapat kerja sebagai cashier CC di kolej kediaman kami.. Pada masa yang sama..kami sama2 mohon KPLI…sama-sama mahu jadi guru… Dia kata pada saya dia sangat minat jadi guru…..dan… Saya kagum dengan setiap usaha yang dilakukan…dia memang berusaha

.........

Found these in one of my 14 blogs.....nice (thanks to Cek Raudz! www.raudzahfathiyah.blogspot.com ) "For everything there is a season;And a time for every matter under heaven;A time to be born, and a time to die;A time to plant, and a time to pluck up what is planted;A time to break down, and a time to build up;A time to weep, and a time to laugh; A time to embrace, and a time to refrain from embracing; A time to seek, and a time to lose;A time to keep, and a time to throw away;A time to love, and a time to hate;A time for war, and a time for peace" The road of life is seldom a smooth one, its dotted with speed bumps, potholes and numerous detours. While it is easy to lose your way traveling along such a road, you need not despair. Please do not give up in any difficulties. No great thing is created suddenly any more than a bunch of grapes. Patience is one of the best and most valuable virtues of life.

manusia ke apa ???

Jika tidak ke mana-mana, saya suka belek bahan yg boleh dibaca..... antara bahan yg paling mudah untuk diperolehi ialah suratkhabar.. Adakala berita2 di dada akhbar menarik... melucukan dan mengerikan..... Belum tamat kisah Altantuya dan kes rompakan mikrocip di Pulau Pinang minggu lalu.... dikejutkan dengan kisah ini.......... Bayi bertali pusat dilempar dari flat Oleh Umavathy Ramayah KUALA LUMPUR 30 Nov. – Zalim. Itu sahaja perkataan yang sesuai bagi insan yang melempar seorang bayi lelaki yang masih mempunyai tali pusat dari flat Projek Perumahan Rakyat (PPR), Pudu Ulu, Cheras di sini, hari ini. Bayi itu ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah. Kepalanya pecah . Lebih menyayat hati, mayatnya dimasukkan ke dalam plastik sampah bersama kulit ayam dan sisa ikan . Bayi berkulit cerah itu ditemui oleh tukang cuci flat berkenaan, Ros Hayati Tambi Ahmad, 44, kira-kira pukul 7.15 pagi ini. Menurut jurucakap polis, berdasarkan kesan darah, mereka percaya bayi itu mati dalam tempoh dua h

T.E.R.U.J.A

Image
Walaupun ada lima cerita yang berbeza, Cinta digarap dengan begitu baik dan bersahaja, tidak bercelaru dan bercampur aduk malah anyaman ceritanya berjaya memainkan perasaan penonton dengan cukup berkesan . Saifullizan Tahir, Cinta: Lima Cerita dalam satu Pancaindera, Ahad 26 Nov 2006. Cinta, sebuah filem arahan Kair Bhatia dengan skripnya oleh Mira Mustaffa, mampu meninggalkan impak sebegitu( teringat-ingat atau terfikir-fikir mengenainya) dalam diri mereka yang menontonnya . Berita Harian: HIP, Selasa: 28 November 2006 . Puteri Gunung Ledang : Filem pertama dan terakhir (buat masa ini) yg saya tonton di Panggung wayang: …itupun jenuh teman2 yg 14 nih memujuk…akhirnya terlerailah juga rekod tak pernah menjejakkan kaki ke panggung wayang yg berkurun lama saya pegang.. Tempat duduk paling hadapan sekali…sakit leher jugalah dibuatnya…namun, agak puas hati…. Senang dengan sinematografi yg ada dalam filem tersebut… orang lain sibuk tengok cerita…saya sibuk tengok background….. tanah lapang

Minggu Tandas Kebangsaan dan MAHA 2006

Isnin, 27 November 2006 Lapan lebih…..buka TV…tak boleh miss Malaysia Hari Ini (One of my Fav Show) topik apa ya kali nih??? Hah…..Minggu Tandas Kebangsaan!!!! Menakjubkan..rasa macam tak percaya pun ada…. Nampaknya saya dah ketinggalan zaman, ini merupakan tahun ke 2 diadakan Minggu Tandas Kebangsaan….. dan percaya atau tidak ia dikelolakan oleh PERSATUAN BILIK AIR BERKUALITI MALAYSIA…… (hehehe, bilik air setiausaha kehormat dia nih mesti tersangat bersih.…) Wah…maklumat baru…..macam tak percaya, bilik air pun ada persatuan..agak2 ada tak persatuan untuk bilik tidur tak pun dapur ke??? Satu maklumat menarik saya ketahui hari ini……Nyatanya ia beri kita pendedahan supaya tidak mengambil mudah perkara remeh.... Usaha yang baik…. Sekurang-kurangnya ia bakal menimbulkan kesedaran masyarakat umum tentang kepentingan kebersihan tandas awam yang dikongsi bersama…ialah..kalau dah namanya tandas awam, ia bukan hak milik individu. Pengguna wajar mempertimbangkan keselesaan pengguna seterusnya……

+susah hati+

Niat nak g jogging awal pagi nih.... Masuk 2 bulan tak jog.....bdn dah rasa tak sdap.... Dah bersiap pun..... Kakak...keluar dgn mama la...mama ada apointment doktor pg ni kul 9 A ah la..mama ada appointment kul 9.. no problem apa salahnya..... 8 lebih.. Msg2 dah siap....hmm lepas hantar mama nak terus g jog la... Pusat Rawatan tuh dekat sgt dgn Taman Tasik Cempaka tuh... Sampai kat Pusat Rawatan...tiba-tiba mama tahan pesan suruh tunggu mama... Kesian mama...mama mesti risau.... Mana lagi penting mama atau g jog??? Teman mama.... sebelum nama mama dipanggil..mama pesan masuk teman dia jumpa dr sekali... Eh muka sama la... Ish Dr nih...anak dgn mak muka mestila lebih kurang... Dr tanya sedikit sebanyak dan mula beri nasihat.... Bila tidak ada kestabilan dan keseimbangan pd usia sebegini (mama dah 51, but she looks younger hehehehe) kena selalu buat pemeriksaan, kerana ada 3 kemungkinan yang boleh berlaku... 1. Mungkin tiada apa-apa (Alhamdulillah) 2. Mungkin kerana Kanser Rahim.... Kan

+update+

Pejam celik 2x saya dah cuti akhir tahun dah.....kiranya dah hampir setahun jugalah saya jadi guru... Wah...tak sangka dah nak lepas setahun... Hari terakhir sekolah..sempat gak la bersalam-salaman dgn beberapa org guru dan staff kat sekolah..yelah kotla cuti kang jd paper kat saya tak sempat mintak maaf.... Sempat gak la Kak Lela titipkan pesanan teman dia g shopping cuti karang lepas dapat gaji..( Shopping....hmmm, teman org shopping saya suka..shopping untuk sendiri2 tgk keadaan )..Kak Salmiah pula ajak join kelas renang ( sebenarnya 4 bln pertama dulu saya ada join kelas renang, dpt sijil dah pun tapi x pandai2 lg ), Kak Fatimah pula ajak join kelas jahitan....( hehehe..saya pernah jahit sepasang baju kat u dulu..buat masa ni itulah baju pertama dan terakhir yang pernah saya jahit ) Ainain pula ajak skating kat pyramid ( hmmm, bunyinya menarik tapi saya tak pandai langsung...tergolek terlentang kat situ kan ke susah ) Ina plak ajak g jalan Tanjung Malim ( ke perak lagi? ) Apapun..

be THANKFUL

Image
The journey starts here in Hebron The children starting their day going to school 2 b faced with a checkpoint The soldiers prevent them from passing and give them orders to go home The children try to challenge the soldiers and pass the checkpoint even younger ones try but in vain the boys try a little bit harder they got shot at, and some arrested They ended up having classes in the street by the checkpoint what an amazing spirit yet in their eyes you see DETERMINATION and DIGNITY This is what Palestinian children go through everyday !!!!!!! STOP THE WAR!!!! Enough is enough!!!!! Ahha..school holiday already..gonna miss my children...hehehe however cant miss my holiday... (",)

adik

Image
Ini gambar adik saya...salah seorang adik yang sering mengekori saya ke mana sahaja saya pergi sejak dia kecil lagi...tak serik kena marah dgn saya...banyak benda yg saya share dgn dia...bukan setakat bilik, baju, bantal, duit, seluar tapi kasih sayang .... Ramai yang tak percaya dia nih adik saya, muka kami tak sama pun...tapi bila masing2 tgk mata kami berdua, confirm kami adik beradik..hahahaha Adik saya nih orangnya ceria....penyabar dan berani...alamak dik tak boleh puji lebih2 la, riak jadinya ...mungkin kerana kami berkongsi bilik kami jadi sangat rapat, dia kenal saya dan saya tahu siapa dia...lebih2 lagi bila dia sahaja yg tahan dgn angin tak tentu arah saya.... Hari ini: 30 Oktober harijadi dia...memandangkan lama dah tak wish2 sesape kat blog nih..rasanyer ini hari bertuah dia.. Sempena hari lahir dia....sudah pastinya saya doakan yang terbaik untuk dia... mengharapkan agar dia pandai menjaga diri, menghayati setiap detik dan pengalaman yang dilalui, mengambil teladan dari a

+Komen Iklan RaYer+

Hmmm..nak rayer dah rupanya....2, 3 iklan raye dah pun tersiar di tv. Lagu-lagu raya pun banyak dah berkumandang di radio dan tv.... iklan apa yang best yer.... iklan rayer tv3 best juga...citer budak bndar balik kg.' ada ular tak?...ada buaya tak' cuutenyer... Iklan apa lagi yer.....tentulah iklan petronas...kecik2 dulu saya pernah baca cerita yg terpapar tuh, cuma x de la bab lampin2 nih, itu zaman modennyer citer...Tak pernah tengok lagi ke, cuba klik http://202.71.107.161/petronas/bm/tvc2.asp . (Terima kasih En. Effandi (",) !! ) Kalau tv3 citer tentang budak cute2, petronas pula citer pasal mereka yang kita panggil warga emas... jurang yang sangat berbeza....satu merupakan permulaan pada kehidupan, dan kita maklum bahawa saat yang satu lagi adalah saat kita menghampiri penghujungnya...sangat hampir... Ingat tak hadith Rasulullah ingatlah waktu mudamu sebelum tua...muda dan tua... Perasan atau tidak...ALlah takdirkan anak kecil dan warga tua sebagai golongan yang san

nostalgia

Image
Terima mesej dari nani dlm perjalanan balik dari sekolah ptg semalam Kwn2...hr sbtu ni on tau bbuka togthr2.aku dh book tmpt..geng2 kita je. geng2 lin x jd join. so bdgt dlm rm7 sorg. roger. Nmpak gayanya kwn2 saya tak lupa acara tahunan yg sering kali kami jlnkan sebaik shj tamat belajar. Tahun ni dah tahun ketiga....dan setiap tahun pelbagai cerita baru serta perubahan berlaku.....Adakala kami berbuka bersama klik lin, mayb tahun nih masg2 sibuk apatah lagi lin sendiri dh kawin.... Untuk klik 14 nih pula...tak tahulah samaada acara tahunan ini bakal diteruskan lg tahun hdpan....bulan 11 ini shj naem dan nani akan jd org terawal antara kami yg menamatkan zmn bujang mereka...lepas tu yana, kemudian mila kemudian remy dan mamek........ Dan sudah pastilah naem plg beruntung...almaklumlah org pertama antara kami.... Tak sangka masa terlalu cepat berlalu...kami rapat sejak mula-mula masuk uia dan skrg dah nak kawin dh masing2.... tak sangka.... Dari pelajar nakal yg suka conquer kelas, dtg

Kerabu Mangga 17 RamaDhan

Image
Cuti nuzul Quran (ops..untuk negeri Selangor, Penang Pahang, Perak, Perlis Kelantan dan Terengganu shj yer...) Alhamdulillah hari nih sahaja dah juzuk 25 ( Itupun bermula 2 bulan sebelum Ramadhan…hehehehe ) Semoga Ramadhan ini tidak sia-sia Pagi-pagi lagi terserempak dgn mama dok kupas buah mangga yang nenek kirim balik kg hari tuh…... Nak buat kerabu mangga untuk berbuka katanya… Hmm sedapnya….. Lepas kupas mangga, mama siap-siap keluar ngan abah.. Nak ambil tiket Abg Atit yg dah cuti lama kat Malaysia nih… Sempat juga mama tanya sebelum keluar..: tau tak buat kerabu mangga … Hm mmm..macamana yer???? 2 biji mangga-diparut 1 sudu gula 2 sudu besar udang kering 2 biji cili padi 3 ulas bawang merah sedikit garam 1 biji limau nipis Goreng udang kering dan tumbuk.cili padi dipotong halus. bawang merah diracik. campurkan kesemua bahan dan gaul.pecahkan air limau nipis. ( boleh caya ke resepi dlm internet nih ....) Tak sabar rasanya nak berbuka 17 Ramadhan kali ini…..

FrOm SeKInCHaN with Love......

Image
Balik Kg... OOOOO Balik Kampung... Hati riang..... Lama betul tak balik kg abah.... rindu nak tengok laut dan rindu nak tgk rumah nenek yg dikelilingi oleh padi yang menghijau.... Kedua-dua nenek saya orangnya sangat lembut (belah abah saya ada 2 nenek, seorang tuh nenek tiri) Kelakarnya.. sorang tinggal dekat dgn laut yg saya panggil nenek laut dan seorang lg dikekelilingi sawah padi yg saya panggil nenek darat.... (",) Bermalam di rumah nenek laut.. Dihidangkan dengan juadah berbuka yang maha mewah... Apatah lagi lauk ikan segar dari pantai...hmmm terbayang lagi ikan pari bakar yg kami ratah ..... Melawat nenek darat... Saya tak akan lepaskan menikmati suasana kg yg ada... Dari rumah, hinggalah ketanaman nenek dan juga hijaunya sawah padi.. Dan sudah tentu nasihat dari seorg tua yg amat2 menyentuh hati.... Saat saya memandu pulang yang sarat dengan hadiah dari kampung... terbayang wajah sedih keduanya melambai kepulangan kami.. Perjalanan selama 3 jam tidak terasa..... dan nas

::insaf::

Image
~*~ Saat berbuka Ramadhan ini........ Moga ALlah kurniakan yang terbaik untuk hambanya.... Terima Kasih Ya ALlah ~*~

+berfikir sejenak+

x bererti kita x call org tu kita x ingat kat dia, x bermakna kita x tegur dia kita x sayang kat dia, x bermaksud kita x rapat dgn dia......... kita x pernah fikir cara utk merapatkan diri dgn dia. kadang kala org yg jauh beribu batu dgn kita, org yg jarang call kita, org yg jarang senyum dgn kita, org yg kita jarang jumpa, adalah mereka yg selalu dok ingat kat kita. bersangka baiklah dgn Allah bersangka baiklah dgn mereka terutama mereka yg bersangka baik dgn Allah. salah faham adalah lumrah dlm hidup manusia. x semua org boleh baca apa yg tersirat dlm hati kita, kalau kita x luahkan masakan mereka tahu, x boleh expect org nak go after us each time, sbb kadangkala org tu assume yg kita x mahu diganggu walaupun hakikatnya kita mahu dihujani dgn..soalan2 bertanya kabar utk menguji... sejauh mana org itu ikhlas bersahabat dgn kita adakah dia hanya sahabat ketika ketawa atau dia sahabat ketika mengalir air mata mmg susah nak meluahkan sesuatu terutama pada mereka yg kita tidak percaya tap

+RamAdHaN+

Image
Tanpa Disedari 11 bulan banyak kata sudah diucapkan dan dilontarkan tak semua menyejukkan, 11 bulan banyak perilaku yang sudah dibuat dan diciptakan tak semua menyenangkan, 11 bulan banyak keluhan, kebencian, kebohongan menjadi bagian dari diri, saatnya istirahat dalam "perjalanan dunia" saatnya membersihkan jiwa yang berjelaga, saatnya menikmati indahnya kemurahanNya saatnya memahami makna pensucian diri Selamat menunaikan Ibadah Puasa bersama kita leburkan kekhilafan, Semoga dengan puasa mempertemukan kita dengan Keagungan Lailatul Qadar dan kita semua menjadi pilihanNya untuk dikabulkan do'a - do'a dan kembali menjadi fitrah "Selamat Berpuasa kepada semua"... Sesungguhnya tiga keadaan inilah, menggambarkan 3 wajah manusia yang akan berhadapan dengan Ramadhan... Manusia itu adalah kita. Dan kita adalah manusia itu. Dikedudukan manakah kita??? Kedudukan pertamakah kita... yang merasakan betapa beratnya Ramadhan. Betapa Ramadhan datang akan menyekat s

...............

Majlis Penutup Minggu Merdeka....Argh...kena pergi sekolah pagi Sabtu ..... Pagi yg sangat kalut... ..terjaga jam 4 dek sms yg entah dari siapa... Tidur tak lena hingga pagi.... part n parcel of the crisis and tragedy in my life tis week... Trying to be positive thinking person .. but sometimes I just need to let it go !!!!!!! Keep on reminding myself: life never promised to be wonderfull ...Luckily good news from K.Liza n birthday wishes to nani n ina did cover my feeling.....cant help smiling while portraying their happy faces in my mind....At least there are still happy moments out there ..... Di sekolah...nampak gayanya bukan saya seorg shj yg menerima sms misteri seawal 4 pg.... Berita hangat pagi itu!!!!!! 12.50 am and it is already 17 September 2006....im still having butterflies in my stomach without knowing the reason why it was there.............and here im facing my lap top hoping that it will end..... InshaALlah, it will end......when??....... ALlah knows ....... Tiada kali

bumi kitakah Ini.....

Image
Antara yang menarik sepanjang musim perayaan adalah iklan terutama sekali iklan Petronas... Saya mesti ternanti-nanti iklan terbaru syarikat gergasi ini....Merdeka kali ini tidak kurang hebatnya, selain cerita Jegang dan Aman (Iklan Proton) yang menyentuh perasaan, saya tertarik dengan sajak dari salah sebuah iklan petronas yang terbaru......Sempena Merdeka kali ini, moga kita sama-sama menghayati dan mensyukuri di samping menginsafi apa jua rahmat, nikmat dan rahsia yang tersimpan disebalik ketetapan yang telah ditentukannya... hentikan peperangan ......dan Selamat Hari Merdeka Malaysia !!!! Bumi Kitakah ini ? Pasir yang mengalir dari jari-jemari Jatuh berderai membentuk bumi Adakah lautan tanah ini milikku? Mungkinkah bumi yang berjuta abad, milik manusia yang umurnya singkat. Sekalipun bumi ini milikku... Mengapakah apabila aku pergi akanku tinggalkan jasadku didalamnya.... Oh Tuhan seru sekelian alam Bumi ini takkan jadi milikku hanya berilah aku kesempatan meneguk dari sungaimu

women (",)

Image
Image
...... (",) ...... " my dear Sara Adilah Mokhtar; Happy Belated Birthday..Sorry for being late"

+Positive Attitude+

'A long life may not be good enough, but a good life is long enough'.....Life truly is what you decide to make of it. You are the architect of your life. Life can be as 'good' as you "will" it to be!!!! What you get by reaching your destination is not as important as what you become by reaching your destination....enjoy the journey for this is your life!!!!! Life is 10 percent what happens to us and 90 percent how we react to it!!...isn't life great? We have been given the 'gift' of choice. We can choose how to react to the 'stuff' that happens to us. Choose to be positive!!!!!! life can be as 'good' as you "will" it to be!!! "what lies behind us and what lies before us are tiny matters compared to what lies within us!"..Today is the only day you've got!! What you do with it, how you choose to enjoy it, or not is totally up to you. Life can be as 'good' as you "will" it to be!! Congratulati

+a.j.a.l+

Image
Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin ALlah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya.....Ali-'Imran: 142 Membicarakan soal ajal dan maut menakutkan...lain rasanya berbanding berbicara tentang jodoh meskipun nyata sekali perkara tersebut di bawah pengetahuan yang Maha Kuasa.... Maha suci ALlah yang menciptakan dua misteri yang sering menjadi tandatanya...umum maklum berita jodoh yang seringkali dikaitkan dengan harapan,impian...kegembiraan hingga alpa dengan erti tanggungjawab manakala ajal dan maut penuh dengan tandatanya penerimaan ALlah ke atas diri yang bergelar hamba...penuh dengan momokan penderitaan hinggakan lupa pada janji yang benar buat orang beriman dan beramal soleh.... namun kisah kematian yang ada dihadapan kita hari ini amat menakutkan....13 Julai 2006;Israel serang Beirut Bila sang mentari dan setiausahanya berbuat jahat di bumi ini begitulah juga hakimnya zalim dalam memutuskan. Celaka, sungguh celaka, dan celakalah bagi hakim bumi in

+My best friend's wedding anniversary+

Image
+ sudah tiga tahun rupanya..........+ Jangan cinta kerana dia lelaki Kelak kita akan membenci Jika dia bukan lelaki yang di cari Hanya pandai menabur janji Jangan dirindu pada paras rupa Kelak kita akan terseksa Jika dia tidak sebaik rupanya Senyumnya manis tipu belaka Jangan disayang kerana berharta Kelak kita hidup menderita Jika hartanya habis dibelanja Sukarnya hidup miskin dan papa Jangan di kasih kerana di puji Kelak kita menagih janji Jika rupa berkedut di mamah hari Hilang sudah puji-memuji Jangan dicari seorang kekasih Kelak kita akan disisih Jika kasih luntur bersih Menangislah diri hidup bersedih Jangan disambut salam rindu Kelak kita menahan sendu Jika rindu tak dapat disatu Dimanakah kita akan mengadu Jangan di layan seorang teman Kelak hidup menjadi ancaman Jika teman tidak beriman Dibakar api di hari kemudian Wahai sahabat, wahai teman Carilah dia kerana T.U.H.A.N Untuk menambah ceteknya iman Bekalan diri hidup berteman Wahai sahabat, wahai teman Cintailah dia kerana be

J.O.D.O.H

Image
Sejak akhir2x ini isu jodoh sering mendapat perhatian umum..... dari isu wanita profesional yang tidak berkahwin....kahwin misyar,isu tiada jodoh Erra,Yusri dan Noraniza Idris, dan sudah tentu isu jodoh Siti Nurhaliza yang masih menjadi tandatanya dan rahsia..... Anehnya, masyarakat tidak muak dengan cerita sebegini..namun inilah realitinya bila kita hidup bermasyarakat selagi manusia itu hidup,sudah tentunya perkara yang berkaitan dengan kehidupan ini terus diperbincangkan.....apatah lagi bila perjalanan hidup kita ini masih lagi menitikberatkan isu adat dan sudah tentunya syariat yang perlu dipatuhi....cuma sesekali rasa muak bila ia terlalu diperkatakan,dan tentunya cuak bila harapan tinggal impian......namun meyakini bahawa ia fitrah yang telah ditentukan Tuhan... terselit rahsia dalam setiap perancangannya.... Saya juga akur keyakinan terhadap ketentuan Tuhan ini jugalah memberi kekuatan buat sahabat Naemah, Normah, Azmila, Noor Ilyana dan Norhanani Shahbani untuk menghadapi hari

+Tragedi Hari Temuduga II+

Balik dari temuduga..kepala dah sedikit pening…alhamdulillah hari nih cuti, ambil cuti awal-awal lagi…….tapi tetap gi sekolah untuk hantar shifa' dan zaki ke sekolah. Dalam kereta kepala tambah pening dengan soalan-soalan shifa'…..terpaksa minta dia diam sekejap…..dan dia pun diam penuh tandatanya… Sebenarnya macam-macam plan hari nih Nak gi bayar duit keta Nak gi service kereta…. (Dah sebulan pakai kereta baru hehehe….) Janji nak jumpa naem di officenya dekat Darul Takaful hari nih…….. Nak settlekan kutipan bacathon dalam akaun PIBG fikir gak 2 3 kali…mana satu nak buat…..akhirnya saya park kereta di Stesen UKM dan ambil train ke Bandar Tasik Selatan seterusnya ke stesen Sultan Ismail…. Hujan renyai hari tuh..tapi redah juga…saya jalan ke Maju Junction, kes kecemasan…agak tak larat juga tapi rasa boleh bawa diri lagi….bila dah ok nak jalan hujan pula… Alang-alang di Bangunan Maju Junction, jengok member2 opis lama, lagipun hujan makin lebat..nak jalan ke Darul Takaful tuh aga

+Tragedi Hari Temuduga I+

Tiga malam sebelum temuduga (temuduga untuk pengesahan jawatan guru) tidur awal tapi sering terjaga 3,4 kali,tidur pula mimpi bukan-bukan. Sempat juga membelek buku bekal dari gurubesar sebagai persediaan temuduga : falsafah pendidikan, teras RMK 9, Konsep pembelajran dan macam-macam lagi….. HARI TEMUDUGA 4 pagi : mata dah berkelip-kelip tak boleh tidur… 5 pagi : Dah buka internet nak tengok cerita dalam suratkhabar hari nih….. 9.00 pagi dah ada depan bilik temuduga walaupun surat temuduga mencatatkan maklumat seperti di bawah: Tarikh : 21-06-2006 Masa : 10.30 pagi Tempat : Aras 1 BlokB3, Kompleks Jabatan Perdana Menteri Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran, Putrajaya Penemuduga , Tuan Sarjeet Singh …..ahli suruhanjaya 11 lebih masuk bilik temuduga… dub dab dub dab …….. Ceritakan sedikit tentang kelebihan diri kamu sebagai seorang guru ….. Entah kenapa saya blank tiba-tiba, ambil masa yang lama untuk jawab…..dan serius sampai sekarang tak ingat apa yang saya dah jawab untuk soalan tuh…..

+ WatchinG ClOuDs+

Image
On a day when the sky is brilliant blue and the clouds move by in their formations of different shapes, call your children to interpret their shapes. Ask them what they can see. Are there animals,people or shapes of other living things or objects? Can they see dinosours, elephants, eagles, tigers, etc? Bring sketchbooks for urself and ur kids and draw what you see above u. Do not disagree with ur children. Instead, be fascinated with what they describe to you. Fantasy and imagination are important ingredients for creative mind. By asking your children to associate cloud shapes with animals,you are nurturing their natural and inborn of associations. This will stregthen their powers of observation and correlation, a fundamental creative skills. After all, creativity is about the ability to make connections between two or more unrelated objects or events Tip No 11 from book entitled Nurturing Creative Children by Dr. Yew Kam Keong Page 32. Sjak jadi cikgu nih, dah mula pandai baca buku ke

+persepsi dan pengorbanan+

Sebagai 'driver' dan ' runner' rasmi keluarga..saya sering keluar masuk pagar Maktab kediaman saya..seawal 7 pg untuk hantar Shifa' ke sekolah agama dan selewat 11 malam untuk jemput Asma' yg balik kerja shift malam…..belum lagi kuar masuk untuk bayar bil, hantar barang ,ke kedai dan lain-lain lagilah…(dan kereta sayalah yg paling cepat habis minyak dlm masa seminggu) Boleh dikatakan pengawal pagar kat situ dah boring tengok muka saya..ialah sehari sampai 4 ke 6 kali lalu situ…..dan sebagai tanda berbudi bahasa..saya tak pernah lupa angkat tangan untuk menunjukkan tanda penghargaan, hormat dan terima kasih saya… Peliknya ada seorang pakcik pengawal yg hanya memandang saya dengan pandangan yg saya kira tak seronok bg saya..muka masam & tak pernah membalas lambaian tgn saya….ish sombong betul pakcik nih..dan hati saya kata saya tak suka pakcik nih, tapi saya tetap angkat tangan untuk dia…hinggalah satu hari…. Pakcik nih senyum dan balas lambaian saya…..rupan

S.U.K.A.N

Ahad Hari sukan sekolah Stadium MPKJ Seksyen 15 Bandar Baru Bangi Sibuk sejak hari sebelum sukan lagi…macam biasa kerja saya pegang duit….Sekolah kami tak mengadakan kutipan khas untuk sukan sebaliknya ibubapa pelajar diminta menyumbang seikhlas hati mereka….memeranjatkan bila ada ibubapa yang sanggup tulis cek hingga 500 ringgit…malahan ramai yang menyumbang 50 dan ada sehingga 100 untuk seorang pelajar sahaja….. Dan tentunya saya gelisah dengan keadaan sesetengah kelas yang terpaksa saya tinggalkan dek urusan rasmi…. Tak cukup dengan duit kutipan sumbangan…….saya bertanggungjawab pula dengan peniaga yang bakal membuka gerai dalam stadium…….rasa cam ceti jer..bila gi tiap2 gerai minta duit…kesian gak kat depa yang meniaga nih..depa bayar sampai rm60 untuk sewa tapak tapi ada pula peniaga2 haram wat muka selamba meniaga kat situ, jelingan saya tak dipedulikan ialah org perempuan…apalah sangat……. Selesai sukan saya dan K.Napisah bergegas ke sekolah, esok pagi kami ada sambutan Maulidul

+Tak PerNah+

Image
Kecik-kecik dulu saya takdela nakal sangat..tapi adakalanya saya nih boleh juga melakukan perkara-perkara yang tidak terduga…. Sek Men…saya dan beberapa org teman saya baik dgn warden…hahaha sampaikan kami boleh bawak warden outing ikut pagar yang telah ditebuk untuk ke pasar malam…. Masuk matriks..saya dan Naem pernah round satu matriks tgh malam..dan ketuk pintu kafe yg dah separuh tutup minta nasi dek kerana lapar sangat….lepas tuh kami juga pernah main mercun tembak asrama org lain..hahahaha tak sangka kan... Dan macam-macam lagilah…. Banyak perkara yg lucu dan menyeronokkan berlaku bila berani menguasai diri apatah lagi bila ia didorong oleh desakan dan naluri yg inginkan kelainan…. Baru-baru ini ketika mengunjungi 'Smart Kids' exh di PWTC…saya ditawarkan dgn voucher untuk rawatan facial dan produk (apa ke halnya benda nih ada dlm exhibition smat kids..confused)…penat cari alasan…sudah nya saya terima juga..saya tak pernah gi facial…pencuci muka pun pakai bila teringat….ta