Posts

Showing posts from May, 2006

+persepsi dan pengorbanan+

Sebagai 'driver' dan ' runner' rasmi keluarga..saya sering keluar masuk pagar Maktab kediaman saya..seawal 7 pg untuk hantar Shifa' ke sekolah agama dan selewat 11 malam untuk jemput Asma' yg balik kerja shift malam…..belum lagi kuar masuk untuk bayar bil, hantar barang ,ke kedai dan lain-lain lagilah…(dan kereta sayalah yg paling cepat habis minyak dlm masa seminggu) Boleh dikatakan pengawal pagar kat situ dah boring tengok muka saya..ialah sehari sampai 4 ke 6 kali lalu situ…..dan sebagai tanda berbudi bahasa..saya tak pernah lupa angkat tangan untuk menunjukkan tanda penghargaan, hormat dan terima kasih saya… Peliknya ada seorang pakcik pengawal yg hanya memandang saya dengan pandangan yg saya kira tak seronok bg saya..muka masam & tak pernah membalas lambaian tgn saya….ish sombong betul pakcik nih..dan hati saya kata saya tak suka pakcik nih, tapi saya tetap angkat tangan untuk dia…hinggalah satu hari…. Pakcik nih senyum dan balas lambaian saya…..rupan

S.U.K.A.N

Ahad Hari sukan sekolah Stadium MPKJ Seksyen 15 Bandar Baru Bangi Sibuk sejak hari sebelum sukan lagi…macam biasa kerja saya pegang duit….Sekolah kami tak mengadakan kutipan khas untuk sukan sebaliknya ibubapa pelajar diminta menyumbang seikhlas hati mereka….memeranjatkan bila ada ibubapa yang sanggup tulis cek hingga 500 ringgit…malahan ramai yang menyumbang 50 dan ada sehingga 100 untuk seorang pelajar sahaja….. Dan tentunya saya gelisah dengan keadaan sesetengah kelas yang terpaksa saya tinggalkan dek urusan rasmi…. Tak cukup dengan duit kutipan sumbangan…….saya bertanggungjawab pula dengan peniaga yang bakal membuka gerai dalam stadium…….rasa cam ceti jer..bila gi tiap2 gerai minta duit…kesian gak kat depa yang meniaga nih..depa bayar sampai rm60 untuk sewa tapak tapi ada pula peniaga2 haram wat muka selamba meniaga kat situ, jelingan saya tak dipedulikan ialah org perempuan…apalah sangat……. Selesai sukan saya dan K.Napisah bergegas ke sekolah, esok pagi kami ada sambutan Maulidul