Posts

Showing posts from October, 2014

Kisah terlepas

Lama ibu tidak begini Lama ibu tidak menulis di lembaran maya ini... Rindu Banyaknya kisah kita yang terlepas.... Banyaknya cerita yang tersimpan... Banyak tawa disebalik luka yang disimpan... Ibu agak sibuk kebelakangan ini Seperti biasa ayah masih lagi memahami Amin sudah berhenti tidak mahu ke playhouse lagi Adik masih lagi belum mahu berjalan... Cik Nor sudah ada peneman di sisi Auntie Asmak bakal bertiga nanti... MH370 masih belum ditemui Kisah MH17 kini sepi Baru-baru ini Kapal TLDM Lenyap dah ditemui Baru-baru ini simbol UIA kebanggaan ibu sudah berubah kini beberapa kertas UPSR tahun ini diulang dua kali Baru-baru ini pelajar jatuh dari bumbung yang tinggi Semalam seorang guru pula telah menemui ilahi Semalam juga Gerhana Bulan kebesaran Ilahi Harga minyak naik lagi dan kita semua masih disini Moga ALlah merahmati kita sayang.. Moga ALah permudahkan urusan kita Moga Allah jadikan dunia ini jambatan untuk kita berkumpul di Syurga " Sesungg