Posts

Showing posts from December, 2005

+REMEMBERING 29 deCeMBer+

Why Should I remember? 29 December 03, Isnin End of final year..2 bulan menganggur dan baru pulang bercuti di Pangkor… Lega…bebas dari kesibukan assignment, kelas, project paper n etc Seumpama baru menamatan satu larian yang sangat panjang... Telefon berdering..saat khabar ditanya.. " Alhamdulillah..sibuk " Terpempan seketika..... 29 December 04, Rabu 9am-5pm Kalut?!? Majlis Pelancaran Ulung 'Kempen Budi Bahasa' tinggal 2 minggu lagi. Budget kempen? Budget 5 tahun bahagian? Surat Menteri? Banner? Lagu Kempen? Buku?? Hah reject lagi...buat baru!?Hah..nak Segera?! Argh takkan nak tuang kelas lagi?? 6-9 pm dalam Kelas..apa nih? Blur?! Tak faham?? alamak assignment??! After class kita buat group discussion k.....hmm 29 Disember 05, Khamis Tamat KPLI setelah letak jawatan di Kementerian, menanti surat posting... Plan hari nih..basuh kereta..hujan?! reda dah...alamak bekalan air tak de pulak.... Mati kutu.Nak buat apa nih?...saat ini terngiang-ngiang.." Alhamdulillah..

+mengapa menunggu??+

Mengapa menunggu? Kerana walaupun kita ingin mengambil keputusan, Kita tak ingin tergesa-gesa Kerana walaupun kita ingin cepat-cepat, Kita tak ingin semberono Kerana walaupun kita ingin segera, menemukan orang yang kita cintai Kita tidak ingin hilang jati diri kita dalam proses pencarian itu Kerana walaupun kita ingin lekas mengapai impian, kita akur ketentuan tuhan... Jika ingin berlari, belajarlah berjalan dahulu, Jika ingin berenang, belajarlah mengapung dahulu Jika ingin dicintai, belajarlah mencintai dahulu Perlu diketahui bahawa bunga tidak mekar dalam waktu semalam Kota rom tidak dibangun dalam sehari Kehidupan dirajut dalam rahim selama sembilan bulan Cinta yang agung terus tumbuh selama kehidupan

+ remembering 26 DeCeMbeR 2004 +

Image
Walau badai datang melanda Walau alam terbahagi dua Demi kasih sesama manusia Rupa dan darjat mengatasi segala ~ Ada hikmah dan pengajaran dalam setiap rahsia alam.....~ AL Fatihah buat mereka yang tiada.. Salam perjuangan bagi mereka yang meneruskan kehidupan... Istimewa buat teman dari Acheh: Ratna Mulyani dan pasangan Hafas Furqani .jemputan kalian lewat sms tak lama selepas peristiwa 26/12 tak dapat dipenuhi..Namun saya iringi doa agar semuanya baik2 belaka..moga tercapai segala impian dan bahagia keakhirnya..mungkin terlalu awal untuk saya ucapkan ' Selamat menyambut Hari Ulangtahun Perkahwinan yang pertama...' tapi apa salahnya.... Orang Acheh pulang ke Acheh sehari-hari berkebun pisang Budi dan kasih tidak tersisih Lekat tersemat dikenang orang

+ tiS giRl 25 years old already, Huh! +

Image
Kali ini saya akan bercerita tentang seorang teman…. One of my 14 dan adik bongsu kami…'klien' tetap saya….sering meluahkan rasa dan meminta pendapat saya dalam segala hal. Pernah dalam satu waktu ketika di U dia 'menetap' di bilik saya...hahaaha….sangat workaholic (kalah orang lelaki). So..sesiapa yang ada hati tuh terpaksa ler memahami situasi adik saya sorang nih..(she's not single but still available hahahaha)….bersamanya menyenangkan dan menyeronokkan tapi kadang2 buat saya rasa macam kakak..kadang2 harus berlagak seperti ibu dan ini buat saya rasa tua sebelum waktunya...tak sangka dia dah dewasa...hari ini dah 25 tahun. . To my dear sister, Allah has not promised... Skies always blue Flowers strewn pathways All our lives through Allah has not promised… Sun without rain Joy without sorrow Peace without pain But, Allah has promised Strength for the laborer Light on the way Grace for the trial Help from the above Unfailing sympathy Undying LOVE Happy birthday de

+ WaJaH +

Berbumbungkan angkasa kelabu Lantainya bumi retak seribu Setiap langkah perjalananmu Beronak berliku Betapa berat mata memandang Berat bahu menggalas bebanan Belum sempat menitis ke pipi Tangisan kering sendiri Berkali tersungkur Pandanganmu kabur Namun azam meneruskan hidup Tak pernah luntur Engkau lah pewira Di medan derita Merentasi ranjau kehidupan Dengan harapan Luahan rasa derita jiwa Pada wajah tiada rahsia Menunggu malang berganti tuah Usah kau berputus asa Kaulah perwira..... 3 tahun lepas...saat pulang dari berhari raya dan singgah di sebuah Masjid di bandar berhampiran..saya lihat Shifa' adik bongsu saya menghulurkan angpau raya yang diterimanya pada hamba ALlah yang sedang berteleku atas kerusi rodanya..shifa' senyum dan saya tahu dia gembira.. Hari ini...Shifa' tak pernah lupa pada teman-temannya yang telah kehilangan bapa mereka..adakalanya dia simpan apa sahaja yang saya beri dan bawa ke rumah sebelah..dia tertawa dan teman-temannya sangat gembira dengan keha

:.:KeTeNtuAn @ PiLihaN ??:.:

Bila diajukan persoalan dan permasalahan dunia korporat, sales dept, training dept atau Management dept dalam sesebuah organisasi ...saya jadi kaget dan buntu..sejak mengikuti kursus perguruan, persekitaran saya agak berubah... perakaunan, finance dan seumpamanya juga sudah lama tidk saya sentuh... Jenuh memikirkan perkara tersebut..janji untuk post pendapat saya disini terpaksa saya tunda hingga kesaat ini...maaf... Saya sering pandang tinggi buat mereka yang bergelar..trainer..ialah ..kerjanya train orang..sudah pasti ilmunya bagus, kemahirannya tinggi dan yang pasti pengalamannya lebih...Apa yang orang lain tiada dia ada.....Kata-kata mereka mampu mempengaruhi orang lain malahan memotivasikan mereka yang berada di bawahnya...Agaknya inilah juga rahsia jutawan-jutawan yang menjalankan perniagaan direct selling..mereka bukan sahaja buat sales tapi train orang-orang bawahan mereka...iya ker....Hahaaha..teringat K.Shada...Sorry yeer Melihat peluang yang sukar diperolehi sebagai titik no

::KEEP IN TOUCH WITH MY FRIENDS::

Image
Setelah lama bergelumang dengan assignments dan buku, cuti kali ini saya beri peluang untuk berhubung dengan teman lama saya…. Mengunjungi Syamoon teman sekelas Mstr Finance dahulu sangat mengajar saya erti kekuatan, sabar dan tabah...dia meneruskan pengajian bersama tanggungan 2 anak kecil bersendirian memandangkan suami yang mencari rezeki jauh diperantauan....tanpa keluarga disisi dia tenang dan tidak merungut...kagum... Su'ad masih lagi ramah dan kian cerdik.Kalau dulu Suad hanya berpaut pada mama, kali ini tidak lagi..kali ini juga berpeluang berkenalan dengan Khaleed yang baru 11 bulan...tingkahnya sangat comel..sampaikan auntie terbayang-bayang wajah anak-anak saudara auntie ini.. Oh ya..Syamoon...thanks untuk jubah yang cantik tuh...actually saya sangat sukakannya tapi malu nak cakap kat awak...heheehe Mengunjungi eina di rumah barunya penuh dengan kejutan..sejak akhir-akhir ini teman baik saya sejak sekolah menengah ini sering mengheret saya dalam keadaan yang tidak terdug

awal dan akhir

Image
Pernah pegang globe? dimana pun kita dan ke mana pun kita berada dan menemui penghujung kawasan yang ingin kita lalui, sekali lagi kita akan bermula kembali... Selama mana manusia itu bernyawa..awal dan akhir merupakan sebahagian dari rencah hidupnya...Ia akan bermula berakhir, bermula semula dan kembali menemui penghujungnya..putaran tersebut akan terus berputar hinggalah ke pengakhiran yang sebenar..dan yang ini pun bakal memulakan sesuatu yang baru....yang lain dari dunia kini..mungkin sebab tu ALlah jadikan bumi ni berbentuk sfera... Dulu sewaktu berakhirnya musim persekolahan dan tamat peperiksaan SPM...saya sangat sedih..tak tergambar perasaan waktu itu..Saya menangis sepanjang perjalanan dari asrama hingga tiba ke rumah...dan itulah antara pengakhiran yang terawal mengajar saya lebih dewasa... berakhirnya gelaran sebagai pelajar universiti meninggalkan pengalaman yang cukup-cukup manis dan paling hebat buat diri saya..pengakhiran yang membentuk diri saya.. tak sangka saya dah me