Posts

Showing posts from March, 2014

cerita MH370 dan 529 Ikhwanul Muslimin

Image
Ini cerita dunia Ini sejarah negara kita..... Ini kisah duka mereka Keluarga penumpang, CEO MAS, Menteri Pengangkutan, Perdana menteri Malaysia ketika itu... dan kita Rahsianya...masih tersembunyi... Mereka di sana  masih mencari... Mereka di sini terus menunggu dan kamu wahai anak... cerita ini ibu paparkan bukan sebagai senda gurauan Jika satu waktu..dugaan nya sebegitu.. atau mungkin juga seakan-akan itu atau mungkin juga bebannya berat seperti itu.. atau mungkin lebih dari itu dan saatnya kamu semua buntu tidak kira.. kamulah penumpangnya, atau mungkin kamu keluarga penumpang itu, atau mungkin kamu orang atasan yang berkuasa ke atasnya..atau mungkin kamu insan seperti ibu..yang memerhati dan turut sama menunggu Teguhkan keyakinan kamu pada Ilahi...berpaut kukuh dan jangan lepas lari... Berhati-hati dalam semua segi...... Syariat jadikan batasan diri.. Jangan biar emosi menguasa hati.. Kuatlah sebagai muslim kerana itu yang dicintai Rabbi.. Lih