Posts

Showing posts from July, 2022

Modul Transformasi Diri.

Image
 Allahuakbar . Ramadhan datang dengan peluang untuk menyucikan bukan setakat jiwa dan hati malah peribadi bersekali dengan tubuh badan individu sendiri... Syaitan disekat, nafsu diajar agar tunduk pada Ilahi.. Makan, minum dan perkataan di ajar agar semuanya buat Rabbi..  .  Bukan sikit-sikit ALlah beri.. Malah ALlah sediakan sejak Rejab dan Syaaban lagi..  Biar hamba itu bertatih memperbaiki diri ALlah beri peluang untuk tarbiah diri bukan tiba-tiba tapi dalam keadaan bersedia untuk sesuatu yg sungguh2 istimewa.. Lailatulqadr yang sangat manis dan dambaan semua.  . Syawal : Ujian pertama.. Menang atau tewas setelah berusaha... ALlah buka ruang untuk bergembira, syukur dengan setiap peluang yang ada.. . Zulkaedah.. Bulan persiapan untuk ujian ketaatan yg seterusnya...Dan kemudian Zulhijjah tiba . Zulhijjah : detik yang membawa mereka yang Dijemput lebih dekat dengan Dia...Bulan terakhir dalam Islam, persediaan diri bagi menyambut Muharam sebagai individu yang lebih baik dari semalam..