Posts

Showing posts from August, 2013

HUjung Minggu

Image
Hujung minggu ibu Hujung minggu ayah  bersama bidadari ibu : Nuha salsabila dan tentunya imam kesayangan bakal suami mithali : Abdul Muhaimin Ibu dan ayah berusaha sedaya upaya mempersiapkan diri untuk jadi contoh yang terbaik untuk anak-anak ibu. Terubat juga rasa hati dan rindu ibu untuk menghadiri majlis ilmu sebegini..dan sememangnya aura bersama penceramah-penceramah hebat cukup terasa....terasa sangat kerdil dan sangat jauh. Terima kasih suami, Abdul Rahman Abdullah kerana sudi menemani. Sesungguhnya wahai suami anda telah pun memenuhi tuntutan perkahwinan mendidik isteri ilmu agama meskipun ilmu tersebut bukan dari anda sendiri. Sokongan dan keberadaan itu amat-amat dihargai, dicatat malaikat dan tentunya dibawah pemerhatian ALLah. Moga kita sama dapat membina keluarga yang sentiasa di bawah lembayung kasih sayang dan rahmat ALLah. Sebagai ibubapa kita  tidak perlu hebat untuk lahirkan anak-anak yang hebat, kita cuma perlu memperhebatkan usa

Kami tetap sayang!!!!

Minggu pertama bekerja setelah cuti bersalin lama, suami pula selesai bercuti hari raya: Pagi pertama bekerja Amin : ibu tak boleh work, ayah tak boleh work Ibu : Ayah dan ibu memang kena pergi kerja sayang Kalau ibu tak pergi kerja, kakak2 dan abang2 anak murid ibu tidak dapat ilmu, kesian mereka semua.Ayah kena kerja sayang, kalau ayah tak kerja , kita tidak ada duit. Amin: Amin ada duit (sambil tunjuk tabung miliknya) Mampukah duit beli segalanya? Pagi2 minggu pertama dipenuhi tangisan Amin..Nuha masih kecil, dia masih lagi mampu senyum bila saya cium pipi mengucapkan selamat tinggal pada setiap pagi. Tapi Amin, dia protes sepanjang minggu itu. Keluar macam-macam perangai pelik tanda protes. Namun protesnya semalam adalah protes paling sedih. Semalam, saya balikagak lambat dari jam 2 tghari. Saya mencari air kotak utk program jamuan raya di sekolah hari ini. Ketika balik, Abg Amin masih lagi tidur. Saya biarkan. Tidak lama kemudian dia terjaga sambil menangis. Saya da