Posts

Showing posts from 2012

Sajak Al Fateh....

Image
21 Oktober lepas..ibu dan ayah telah menghadiri seminar 'parenting gaya al fateh' dan kami berdua sangat berharap agar sajak yg dibacakan ini bakal dihayati sebaiknya dalam hati kalian. My intention is to obey Allah and fight in His cause My aim is to crush the non-believers with my soldiers, those of God My mind is set on achieving victory and earning the pleasure of Allah I use my tongue and my hand to strive in the cause of Allah What is worthier in this life than submitting to God I am full of enthusiasm to change this world and become victorious with the help of Allah I hope that the power of the state and Allah's power will prevail on Earth I long to fight hundred thousand times in the cause of Allah

Rahsia ibu...

Hari terakhir persekolahan...dan hari terakhir juga lah kiranya bergelar guru kelas, ibu didatangi buah hati ibu yang seorang ini sambil menghulurkan 'paper bag' buat ibu. Ada 3 hadiah tau dalamnya... hmmm...susah-susah jer Akmal Fariz nih... Dia nih memang buah hati ibu...kalaulah ibu budak darjah enam lagi...dah lama ibu jadi secret admire dia... :) Dalam diam ibu sangat mengaguminya...Bukan sahaja terbaik akademik..malah sikap dan sahsiahnya juga menambat hati ibu.... Tidak disangka... dia juga pemain bola kelas ibu...kelas ibu menang tau antara kelas-kelas lain tahun 6....Dia boleh main bola..hmmm macamanalah dia main dengan spek mata nya tuh... Dia juga wakil sekolah bercerita bahasa inggeris ....dia bukan mudah dibuli : ibu pernah dengar dia kata tidak boleh pada Azaim Syahmi (pelajar kelas ibu) untuk perkara yang tidak disukai... dia juga turut bermain dalam kelas namun dalam adab dan tertib yang sangat terjaga..... Dia ada diri dia sendiri Dia boleh hidup be

impian atau angan angan

Image
Hari ini 3 Muharam 1334 Hijrah. Bahang awal Muharam tahun baru Islam kali ini panas bila khabar serangan tentera Israel ke atas tanah Palestine yang sudah masuk 4 hari dan kian diperhebatkan pada awal 1 Muharam 1334 Hijrah ini. Kasihan saudara-saudara kita sayang... Amin ingat lagi buku yang ibu beli untuk Amin.... Nanti jangan lupa bacakan untuk adik Amin k..... dan jangan lupa mereka itu saudara-saudara kita Apa agaknya cerita tanah Palestine ketika Abdul Muhaimin membaca entri ibu kali ini? Bukan sahaja Palestine malahan tanah islam yang lain Syiria, Rohingya dan beberapa buah negara Islam lainnya... Masih begitukah sayang? Jika benar, bukankah terlalu lama mereka terseksa, terutama sekali tanah Palestine yg bertahun lamanya dijajah dibumi sendiri..... Waktu-waktu begini, ibu sering teringat saranan Pn Lina Karim ibu Darwish dan Darwisya ... Katanya..anak-anak Israel tidak sempat untuk menikmati hidup tapi kita di bumi bertuah ini memiliki anak-anak yang m

pemuda hebat dan binaan agung

Salam Aidiladha sayang..... Hari ini 9 Zulhijjah...hari Arafah...InshaALlah jika tidak ada aral ibu dapat tamatkan puasa hari Arafah ibu kali ini.... dan esok merupakan hari kebesaran umat Islam, Hari kebesaran kita...Eid Adha.. subhanaALlah... Eid Adha sinonim dikaitkan dengan pengorbanan dan keikhlasan dan tentunya kisah nabi Ibrahim dan keluarganya.... dan Kaabah yang menjadi binaan agung tersebut akan menjai tumpuan ramai sempena Eid adha ini Sebalik kisah yang kita seringkali dengar.. ibu mahu anak ibu mengambil pelajaran dari individu hebat yang sering disebut-sebut namanya bila Eid Adha menjelma..... Bukan setakat pengorbanan yg sering diwarwarkan menjadi ibrah buat anak-anak ibu...namun kali ini yang ingin ibu tekankan tentang 'tawakal' nya seorang hamba...redha dan patuh atas ketentuan dan takdir pilihan ALLah... Nabi ALlah Ibrahim pemuda hebat...Ketika muda, dia ditentang orang yang paling rapat dengan dirinya..Ayahnya sendiri...apalah rasanya bila kaum k

Irfan Makki - Waiting For The Call (TV Alhijrah Version)

Image

Best Friend Forever Till Jannah II

Selamat pg sayang.... Sedang ibu baca quran pg ni terjumpa ayat ni,  teringat post ibu pg semalam : best friend forever till jannah ....memandangkan ia berkaitan cepat2 ibu post ;)  Surah Aal-e-Imran, Verse 28: Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali. via iquran

..Beraya dalam tidur...

Image
Beria siap untk sambutan raya di taman perumahan lepas isha' ...tup2 tidur... ;-) Selamat malam sayang...esok kita beraya lg k...

Best Friend Forever Till Jannah

Image
Assalamualaikum dan selamat pagi sayang..... Sihat?? Dengan siapa Abdul Muhaimin ketika membaca tulisan ibu kali ini?  adik, sendirian atau mungkin dengan kawan2? kali ini ibu ingin cerita tentang kawan... Sebenarnya dah lama ibu nak pesan apa yang bakal ibu tulis ini, sejak Abdul Muhaimin membantu ibu buat kek untuk auntie eina, one of my bestest buddy 2 hari lepas lagi.....  ;) Ibu yakin akan tiba satu waktu, Abdul Muhaimin akan menghabiskan lebih banyak masa bersama-sama kawan-kawan Amin (ibu pasti rindu menghabiskan masa dgn Amin ketika itu huhu) ... itu merupakan perkara biasa dalam perjalanan hidup sebahagian kita..... semakin kita dewasa, kita akan berpeluang bertemu dengan ramai orang..... dan merekalah yang akan menemani perjalanan kehidupan kita sayang, selain tentunya ibu, ayah dan mereka yang terdekat dengan Amin... Anak ibu, ramainya orang yang akan Amin temui, memungkinkan banyaknya pilihan untuk Amin buat dalam kehidupan.......bila ibu tiada di sisi Amin, ibu men

Tekanan n Inspirasi .... :)

Image
Assalamualaikum Abdul Muhaimin sayang... saat ibu menulis ini...Amin dan ayah masih lagi dibuai mimpi...Ibu berkali-kali cuba melelapkan mata tapi ibu masih tidak boleh tidur..... Kerungsingan ibu sangat mengganggu.... Akhir-akhir ini ibu rasa terlalu banyak tugas yang bertangguh..dari urusan di sekolah sehinggalah urusan menjemur baju dirumah..namun ibu yakin bukan itu yang menjadi permasalahan.....  Selain itu ibu turut memikirkan anak-anak murid ibu yang bakal menghadapi peperiksaan  UPSR tidak lama kelak....Pelbagai cerita yang ibu ingin kongsikan dengan Amin tentang mereka...Adakalanya mereka buat ibu tertawa...yang pasti mereka juga banyak membuatkan ibu tertekan dalam diam...dalam kesibukan tugasan yang ibu hadapi, karenah mereka adakalanya memeningkan ibu.. Abdul Muhaimin sedang apa sekarang sayang?  Sibukkah anak ibu yang seorang ini? Sibuk belajarkah Amin? Jika belajar tentu Amin sibuk dengan kerja-kerja rumah, tugasan sekolah atau juga tugasan dan project paper Univer

Syawal Muhaimin

Image
Assalamualaikum dan salam syawal Abdul Muhaimin..... Alhamdulillah kita Selamat menyambut aidilfitri di Pahang tahun ini. Seronok tengok Abdul Muhaimin berhari raya kali ini..Sudah boleh jalan, sudah boleh berbaju melayu dan tentunya sudah mula mengenal saudara-mara sebelah Pahang...Seronok tengok anak ibu nih bermain kehulu hilir dengan sepupunya yang adakalanya lebih dewasa dari dia.... Alhamdulillah Syawal ini membuka peluang untuk kita mengeratkan silaturrahim dan saling mengenali....Itulah yang sentiasa ibu harapkan untuk Abdul Muhaimin..Menghayati Syawal dalam ertikata sebenar.... Selain dari erti kemenangan setelah berhari melatih nafsu dan mengawal perasaan, untuk anak kecil seperti Muhaimin yang tidak berpuasa ini..ibu mengharapkan ia menjadi ruang untuk anak ibu ini menyesuaikan diri dengan saudara mara sekaligus bersilaturrahim antara satu sama lain..... Sabda Rasulullah: Orang mukmin ialah orang yang dapat menyesuaikan diri dan dapat diikut penyesuaian dirinya. Sam

+SaLaM AidilFitrI+

Image
Syawal datang lagi....... Salam Aidilfitri buat mereka yang sukar untuk saya temui... istimewa sekali untuk kakak2 yg sering menjaga saya di maktab:Kak Rosliza dan suami serta keluarga, Kak Kamarani dan suami serta keluarga, Kak Azwin dan suami sekeluarga, Kak Salmi, Kak Zuraidah,  G kawan di Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan Kak Normah dan suami, Kak Haniza, Kak Syella dan suami, Padel yang dulu bawah saya kini Pegawai Tadbir Diplomatik (Selamat Pengantin baru walau tak baru sangat ) khas buat mereka yang ada disekeliling saya tapi tak sempat saya mohon ampun dan maaf Cik Norhafidah Abdul Rashid yang kian berseri-seri, Kak Pisah yang sebenarnya sebelah meja saya jer, Cikgu Azman , Kak syahidah Aisyah dan tentunya Nazmin Abdullah ( tak sempat nak kata apa..huhu..nice knowing you....take care) Teman-teman lama dan baru.. my14 mates misssh each one of sooo much, bestest buddy: Fadhlina Zakri dan suami (Congrate for your next becoming baby..i follow k

Masak-masak n makan-makan

Image
Nak mengaku pandai masak ..itu memalukan diri sendiri namanya..Nak kata pandai masak...saya masih boleh masak yang mudah-mudah..kiranya tidakla teruk sangat.. Tapi saya suka masak bila lihat suami saya begitu berselera makan masakan lagi..Bonus bila suami saya puji masakan saya...mulalah nak cuba macam-macam masakan... Buku yang banyak membantu saya di dapur Mereka bertanya kepada mu Wahai Muhammad. Apakah makanan yang dihalalkan bagi mereka?' Bagi menjawabnya..katakanlah" Dihalalkan bagi kamu yang lazat-lazat serta baik-baik dan buruan yang ditangkap oleh binatang-binatang pemburu yang telah kamu ajar untuk berburu mengikut cara pelatih-pelatih bintang pemburu. (Al Maidah : 4) Ayat surah Maidah yang ini sebenarnya lebih menekankan tentang binatang pemburuan dan cara pemburuan yang halal untuk dimakan, tapi saya suka awal ayat tersebut.... Dihalalkan bagi kamu yang lazat-lazat serta baik-baik Masakan saya lazat..hmm itu subjektif tapi insyaALlah berusaha untuk men

Tulis-tulis

Image
Alhamdulillah saya masih ada kesempatan menulis.....walaupun sebenarnya...saya mencuri masa untuk menulis..... Kenapa mahu menulis..... 1. Saya memang suka menulis...Bagi saya ia membantu perkembangan pemikiran sekaligus membentuk minda lebih kreatif.....Saya sedang melatih minda saya yang sudah semakin berusia....selain membuat soalan-soalan matematik yg saya ajar hehehehe 2. Ini tempat saya menyatakan pandangan dan luahan saya....This is my territory..tempat saya bercakap..tempat saya menunjukkan perhargaan dan mungkin amarah saya...ialah kat luar kan saya ala-ala penakut....kat sini tiada yg kenal..hahaha ada ke kenal saya kat sini? tapi sebab yang ketiga ini sangat mempengaruhi kehidupan saya kini... 3. Saya mahu tinggalkan pesanan untuk anak-anak saya (eh skarang ni baru Abdul Muhaimin sahaja itupun baru nak masuk 14 bulan..tapi mana tahu nanti ada yang lain hehehe...) Saya cukup risau dengan perkembangan sekarang...saya cukup takut dengan apa yg bakal anak-anak saya hada

Adab hari raya

Ini pesanan ustaz Hanafi pada perhimpunan hari Isnin....hari ini :) 1.  Mandi dan membersihkan diri 2.  Makan sblum keluar: dharamkan puasa 3. Takbir, solat sunat 4. Ucapan tahniah ie; barakaAllah 5. Berhias: sunat berwangi-wangian. 6. Keluar jalan lain, balik dgn jalan lain. Ditegah ketika Aidilfitri; Hidupkan dgn bertakbir dan elakkan pergaulan bebas dgn bukan mahram. Terutama sekali apabila menziarahi kubur atau majlis2 tertentu. Cikgu Asnaniar, pn gurubesar pesan jgn minta duit raya....ditegah dan dilarang sama sekali.... Selamat menyambut Aidilfitri semua..Maaf Zahir Batin.

Jadi baik...

Image
Sejak akhir-akhir ini ramai yg berhijrah...Baru2 ni terjumpa gambar pelakon sharifah sofea yg manis bertudung (gambar ambl dr fb wardina dr program poitive heart solution)..Siapa sangka dan siapa tahu pada siapa dan bila hidayah itu akan datang...Saya masih belum tahu bgaimana Sh. sofea mahu memakai tudungnya..tp saya dh dengar pelbagai cerita tentang hidayah Allah yg turun sehingga memungkinkan mereka semua untuk berhijrah..... Subhanallah, kasih sayang Allah tidak bertepi..... Pada pandangan mata kita (saya la tu )satu ketika dahulu " ish dia nih..seksinyer" atau " ish dia nih mcm orang putih jer gaya hidupnya" dan macam2 lagi..tak keluar kat mulut tp terdetik juga dlm hati.....Namun, rupanya pandangan yg Maha Kuasa itu berbeza....Orng yg kita kata itulah yg menjd pilihanNya untuk memperolehi hidayah dlm keadaan yg cukup berbeza dan istimewa. Kita? (especially penulis nih) sudah cukupkah hidayah kita? Kita berpuaa, solat, menutup aurat, namun adakah itu cukup un

citer orang kahwin

Ingat lagi cerita 'kalau sudah jodoh'..post saya beberapa minggu lepas....Alhamdulillah kahwin juga saya ..dan Alhamdulillah hari ini genap 2 tahun kami bergelar suami isteri..... Saya pernah mendengar orng tua-tua berkata ( tidaklah tua pun orng yg kata pd saya nih ) ..alam rumahtangga biasanya akan diduga setiap 5 tahun sekali..5 tahun pertama itu biasanya menjadi bulan madu buat pasangan yg berkahwin..hmmm yer ker? saya baru 2 tahun berkahwin...anak baru seorang kalu nak dibandingkan dengan kawan2 saya yg lain yang anknya dah pun masuk darjah dua tahun ini..( u know who u are..hehehe buddy ) Mungkin benar..buat masa ini segalanya masih lagi berjalan baik....nak kata saya tertunggu-tunggu dugaan apa yg bakal saya terima sepanjang perkahwinan kelak....tidak juga...cuma saya mahu bersedia....siapa mahu  alam perkahwinan nya dilanda gelora dan siapa yg tidak mahu bahagia, namun rasionalnya... pantai mana yg tidak dihempas gelombang..... Alhamdulillah..saya mengambil kira

Jatuh cinta lagi.....

Ini cerita saya 2 minggu lepas. Kami ( Saya, suami dan Abdul Muhaimin ) baru pulang dari membeli barang dapur... Dalam perjalanan.. lampu kuning...owh kereta kami kena berhenti sebentar lagi... Dari kejauhan pula...seekor kucing sedang melintas (hmmm, dia tak perasan agaknya lampu belum merah lagi) Arghhh..tak sempat.... Tapi bukan kereta kami tau... Kucing tadi..masih bernyawa...mungkin kakinya cedera...ia tak bergerak... dan kami berhenti kerana lampu sudah merah. Suami saya resah...dia keluar dari kereta , angkat kucing tersebut dan letakkan di tepi jalan... Hidup lgi ke kucing tu yer..tapi yg paling saya tak lupa tindakan suami saya.... Keluar tgh2 jalan ketika lampu merah boleh bertukar hijau bila-bila masa sahaja. Orang lain, mungkin akan buat perkara yang sama atau mungkin tidak..tapi memandangkan ia berlaku depan mata saya oleh suami saya....terharu... Mujur Abdul Muhaimin masih kecil, tidak sabar nak ceritakan kisah ini padanya. Ibu harap Abdul Muhaimin dapat

kalau sudah jodoh.....

Image
Saya kahwin lewat.....usia 29 tahun, saya masih single and available...tak cari ker? tak larat cari dah..hehehe yg saya berkenan tak berkenan pada saya...yg berkenan pada saya...saya susah pulak nak terima.... Tapi sebenarnya bak kata orng tua-tua, itu semua cerita jodoh........ Saya tidak mencari namun saya tidak pula menanti jodoh itu tiba...... Setiap hari saya berdoa agar ALLah tetapkan yg terbaik untuk saya.....Saya berusaha untuk memperbaiki diri saya...dan saya mengambil iktibar dari kisah rumahtangga yg ada dihadapan saya, mempersiapkan diri dan cuba untuk menerima hakikat bahawa hidup ini ALlah jadikan punya fasanya tersendiri.....dan akhirnya atas usaha mama dan temannya, bakal suami saya menjengah ke rumah untuk perkenalan yg pertama....... Walaubagaimanapun..saya masih ragu....saya tidak pasti keputusan mana yg terbaik...Saya tidak mahu memperjudikan nasib saya untuk sesuatu yg tidak pasti...... saya tidak dapat membayangkan hidup bersama seseorang yg tidak per

Penangan Teh Tarik....

Bila malam...kebiasaannya saya akan sediakan secawan milo untuk suami..... Hari ini milo saya habis....maka saya sediakan teh tarik untuk suami dan saya.... dan mulalah saya tidak keruan...tidak boleh tidur....(sejak akhir-akhir ini agak alergic dengan kafein...) menerawang pula pemikiran saya mahu menulis apa yg patut saya catat dlm catatan saya hari ini... Alhamdulillah...esok tidak ada kelas tambahan....seronoknya Bila saya masih berjaga dan menatap 2 hero saya tidur..tidak sangka kehidupan saya sudah begini rupanya.....hari ini, masa yg ada kena dipergunakan sepenuhnya kerana kebiasaannya banyak 'unexpected incident' apatah lagi bila si kecil saya memang berminat mengadap laptop..... jd iniler waktu terbaik untuk saya menulis.... Menjadi isteri masih lagi memberi waktu untuk diri saya sendiri..namun bila bergelar ibu...waktu benar2 perlu digunakan sepenuhnya.... waktu mandi saya ialah bila abdul muhaimin tidur..... kalau tidak hmmmm   depan bilik air dia tunggu s

doa saya.....

Setelah menyediakan carrot cake, mashed potato untk dibawa esok..+ masak asam ikan patin dan kerabu daun selom untuk berbuka puasa td, tidurkan amin...gosok baju.....dan membalas ucapan2 hari lahir yang tercatat di 'mukabuku'.... ( terima kasih...saya amat-amat menghargainya...) Saya mahu menulis disini..biarpun biasanya 10.30 ke 11 malam itu jadual tidur saya..kali ini saya menanti malam untuk menulis... Selain alhamdulillah dikurniakan penghidupan yg baik..dikelilingi mereka yg baik2...dan memiliki apa yg ada seadanya...saya masih insan yg sangat lemah..masih mahu meminta dan mengukir impian..... dan ini doa saya pada malam pertama bila usia saya mencecah 32 tahun.... Ya ALLah tiada kekuatan dan kekuasaan melainkan Engkau... Tiada yg Maha Agung melainkan Engkau.. dan tiada sesuatu mahupun terjadinya sesuatu melainkan dengan Izin dan Iradat mu Ya ALLah.... Terima kasih ALLah  untuk kehidupan ini... Alhamdulillah untuk 31 tahun yg telah dilalui... namun ya ALlah ham

9 bulan yang sangat indah......

Image
Alhamdulillah...besar sungguh nikmat ALLah... kini sudah 9 bulan 9 hari saya bergelar seorang ibu.... Alhamdulillah anak saya sudah tumbuh gigi seawal usianya 5 bulan.. mula merangkak ketika berusia 6 bulan dan hari ini dia sudah pun pandai turun sofa dengan sendiri tanpa bantuan orang lain.... Saya tidak sabar menanti perkembangan selanjutnya...apatah lagi saat dia memulakan langkah yang pertama...... dan saya pasti merindui saat-saat yang berlalu membesarkannya.....walaupun saat tersebut adakalanya rumit, mengorbankan kehendak diri malah melepaskan peluang dan saat-saat saya bebas dahulu..namun saya menyukuri apa yg telah saya lalui..belajar untuk menempatkan diri ke satu fasa kehidupan yang baru dan berbeza..... Namun, perkara yang tidak mungkin saya lupakan ialah saat menyusukan anak saya... Awal kelahiran..saya menghadapi masalah menyusukan anak saya...saya menangis bila susu tidak keluar...dan bila anak saya menolak puting saya...... Saya sudah berniat awal kehamilan untuk menyus

Riadah Keluarga.

Image
Alhamdulillah..tahun baru ini kami mulakan aktiviti keluarga kami dengan jogging di Tasik Cempaka.... Lama betul tak jogging.... Abdul Muhaimin memang tidak ada masalah untuk bangun awal pagi... Seronok menolak stroller sambil berlari-lari anak.... Berazam untuk jadikan ia aktiviti hujung minggu keluarga. Salah satu aktiviti yang membantu keluarga menghabiskan masa bersama-sama. Moga latihan ini turut membantu pembentukan keperibadian Abdul Muhaimin. Buku " Pendidikan Anak-anak Dalam Islam" bab pendidikan Jasmani ; pendidikan yang ke enam ialah membiasakan anak pandai berolah raga dan meningkat berani. ( mukasurat 254 ) Nabi Muhammad SAW di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim: " seorang mukmin yang kuat adalah lebih utama dan lebih dikasihi ALLah daripada Mu'min yang lemah" Buku yang sama mukasurat 224 pula menyatakan bahawa para Ulama dan para imam mujtahid pada semua zaman telah sepakat bahawa pokok perundang-undangan Islam terdiri atas lima perka