Riadah Keluarga.
Alhamdulillah..tahun baru ini kami mulakan aktiviti keluarga kami dengan jogging di Tasik Cempaka.... Lama betul tak jogging....
Abdul Muhaimin memang tidak ada masalah untuk bangun awal pagi...
Seronok menolak stroller sambil berlari-lari anak....
Berazam untuk jadikan ia aktiviti hujung minggu keluarga. Salah satu aktiviti yang membantu keluarga menghabiskan masa bersama-sama.
Moga latihan ini turut membantu pembentukan keperibadian Abdul Muhaimin.
Buku " Pendidikan Anak-anak Dalam Islam" bab pendidikan Jasmani ; pendidikan yang ke enam ialah membiasakan anak pandai berolah raga dan meningkat berani. ( mukasurat 254 )
Nabi Muhammad SAW di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim:
" seorang mukmin yang kuat adalah lebih utama dan lebih dikasihi ALLah daripada Mu'min yang lemah"
Buku yang sama mukasurat 224 pula menyatakan bahawa para Ulama dan para imam mujtahid pada semua zaman telah sepakat bahawa pokok perundang-undangan Islam terdiri atas lima perkara:
1. memelihara agama
2. memelihara akal
3. memelihara keturunan
4. memelihara jiwa
5. memelihara harta benda
dan bukankah akal yang cerdas itu lahir dari jasad yang cergas dan tentunya sejahtera.... ;)
Reverse ke belakang balik..buku yg sama mukasurat 140 topik sebab-sebab penyelewengan anak-anak dan cara memperbaikinya. Salah satu cara memperbaiki penyelewengan atau bahasa kita masalah anak-anak yang ke 4 dalam buku tersebut ialah Masa lapang yang mempengaruhi anak-anak dan anak belasan tahun
Masa lapang anak-anak perlu diisi sebaiknya..mukasurat 140 dan 141 buku tersebut
Di antara gejala-gejala asasi yang biasanya membawa kepada penyelewengan anak-anak, ialah tidak mendapat faedah dari masa lapang yang mempengaruhi anak-anak dan yang berbelas tahun. sebagaiman yang sudah termaklum, bahwa anak-anak itu memang gemar bermain sejak masa kecil lagi, cenderung kepada pengembaraan, sukakan masa lapang dan bersenang-lenang dengan pemandangan yang tabi'i.
Adalah wajar sekali atas para pendidik untuk menggunakan peluang ini sepenuhnya bagi anak-anak, supaya mereka dapat memenuhi masa-masa lapang mereka itu dengan gerakan-gerakan yang boleh menjadikan badan mereka sihat, dan segala anggota - anggota mereka menjadi kuat, agar badan-badan mereka menjadi cergas.
Abdul Muhaimin sayang..ibu cuba untuk berikan yang terbaik untuk anak ibu.. Ibu sedang belajar sayang, mungkin ada kurangnya..moga ALlah bantu ibu jadi pendidik yang baik...
Sedang menolak stroller Abdul Muhaimin...lalu di sebelah kami sebuah keluarga, kali ini mereka menolak kerusi roda yang diduduki oleh seorang wanita tua....
dan saya terfikir
Malu tak nanti Abdul Muhaimin membawa ibu yang sudah tua kelak berjalan-jalan dan beriadah bersama...
Sanggupkah nanti Abdul Muhaimin menolak kerusi roda ibu....
Ya ALlah..berikan kesihatan pada diriku..bantulah aku menghadapi usia tuaku... Moga kelak tidak menyusahkan anak-anak ku dan orang lain..
Abdul Muhaimin sayang.... ibu tidak mengharapkan balasan..biarlah..... yang penting anak ibu ini membesar dengan sempurna....mencintai ALLah lebih dari segalanya..kerana
Ibu besarkan Abdul Muhaimin bukan kerana mengharapkan balasan tapi kasih sayang ALLah jua hendaknya.... ;)
Comments