Posts

Cikgu

Image
.
"Kalau kau jadi cikgu, pandai-pandailah mencari keseronokan sendiri. Agar semangat tidak hilang, agar cinta terhadap profession terus membara"
page 179: Cikgu kelas sebelah: Fadli Salleh.

Done 😁 3 October 2017

Setia

Image
Sejenis bila dah suka pada satu barang atau benda...
Guna selagi boleh

Anding Ayangan

Image
"Reda itu sangat menguji. Sabar itu pula ibarat bermain api. Pada akhirnya, ikhlas jualah penawar untuk segala-galanya. Menjadi manusia terbaik adalah idamannya ketika ini. Walaupun menyedari manusia itu terdedah kepada dosa-dosa. Justeru, ALLAH menyediakan istighfar, membentang pengampunan dengan rahmat NYA siang dan malam..." ms 396: Anding Ayangan, Ramlee Awang Murshid...

Cuti.....
Hanyut dalam fantasi.😍

Anak....
Bila berfantasi

Pilih!
Biar fantasi itu sebahagian dari hidup kita hari ini...
Biar fantasi itu bawa kita kenal diri
Biar fantasi itu mengingatkan kita bahawa...
Hidup kita ini hanyalah mimpi
Biar fantasi bawa kita ke alam realiti..

Realiti...
Hanya ujud
bila nafas berhenti
Bila waktu tidak berdetik lagi
Bila sangkakala mula menyanyi
Dan bila kita
Menerima buku amal di tangan kanan atau kiri....

Hakikat realiti
Kita bukan hidup
Tapi masih sedang
Bermimpi.....πŸ˜ͺ😴

Tinggal pergi atau pergi meninggalkan

Image
Kita...bakal meninggalkan apa sahaja yang kita lakukan sekarang

Kita... bakal tinggalkan apa sahaja yang kita miliki hari ini

Maka

Tinggalkanlah
Dalam keadaan yang baik

Tinggalkanlah
Dalam keadaan menjadi kerinduan buat semua

Tinggalkan lah
Dalam keadaan penuh hikmah dan pengajaran untuk hari2 seterusnya

Tinggalkan lah
Dalam keadaan ALlah redha

Tinggalkan lah
Dan jika ada waktu
biar yang berlalu mendidik diri untuk hari depan yang masih belum pasti

Tinggalkan lah
Dan bila waktu itu berhenti
Ia jadi kenangan manis buat bekal menemui Ilahi

Tahniah buat anak2 UPSR yang telah bertungkus lumus selamat 4 hari
ALlah beri peluang untuk kalian terus berusaha menikmati hari2 muka kerana ALlah Sayang

Takziah buat waris anak2 Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah terutama sekali waris  3 beradik bekas pelajar SK Jln Empat

ALlah ambil kalian kerana ALlah lebih Sayang.....

Seruan Haji

Image
8 hari lagi wukuf...
Ibu rasa sungguh rindu...
Setahun rupanya sudah berlalu...

Rasa itu hadir apatah lagi bila meraikan khabar2 gembira mereka yang telah mendapat jemputan...

ALlahuakbar...sayu

Hari ini ibu khabarkan kisah sahabat ibu yang bersungguh2 mahu ke sana dalam usia yang muda...

Sahabat yang memasang impian mahu ke syurga bersama..

Saat dia terima tawaran....ibu tahu dia sungguh bersyukur...sayangnya berita gembira itu tidak kekal lama kerana suaminya yg diharapkan sebagai mahram gagal memandangkan baru sahaja mengerjakan haji 2 tahun lepas...

Ibu tahu dia kecewa..tapi dia tidak pernah putus asa...harapan dia hanya pada ALlah sahaja...

2 minggu selepas itu...suami dia mendapat panggilan telefon jemputan haji sebagai mahram...

ALlahuakbar....

Rahsianya ialah DOA..

I learnt that it is all in ALlah's Hand...

Yup....

Dan bila ditanya bagaimana dlm usia muda sudah dapat panggilan haji...

Dia jawab: sebab saya mahu....saya benar2 mahu...saya berdoa setiap kali lepas solat...sa…

Sanah helwah nenek Dan zuhaily

Image
Ayat nenek sebelum potong kek : Abah potong kek rupa-rupanya Abah meninggal tahun tuh... Nenek teringat arwah tok Abah....
Kami terkesima... Dalam diam nenek mengingatkan kami semakin bertambah usia semakin dekat dengan kematian.... Anak2 ibu,  nenek tak pernah potong kek untuk sambut Hari lahir.... Tapi apa yg ibu dan adik beradik buat hanya lah untuk berkumpul dan sama2 Cuba menggembirakan hati nenek....


Anak2... Sambutan kelahiran bukanlah satu kemestian...Masa akan terus berlalu, dan usia akan terus bertambah.. Nilailah kehidupan dari sisi seorang hamba yang akan menemui tuhan... Jangan hitung Masa yang tinggal..jangan berkeluh kesah atas apa yang telah berlaku...
Belajarlah dari mereka yang telah hidup lama Belajarlah dari mereka yg penuh ilmu di Dada...
Sanah helwah Nenek... Sentiasa jadi contoh yg terbaik buat Kita semua
Diamnya..tutur katanya, penilaian Dan zuhudnya dia...
Ibu tinggalkan ayat2 nenek yang menjadi pesanan Dan panduan hidup ibu selama ini
Ibu jln kaki ke sekolah…

Adab

Syawal ke 6 Ibu ambil peluang minta ayah bawa ke ikea belikan apa yg ibu rancang lama untuk beli....
Alhamdulillah..terus ambil barang dan bayar...
Terus beratur di kaunter aiskrim utk perancangan yg telah Abdul Muhaimin dan Nuha Salsabila buat ...
Belakang kita 3 anak2 muda yg masih remaja...
Tidak lama kemudian dengar sebutan bodoh yg berulang2
"Bukan macam tu la bodoh" "La itu pun kau tak tahu ke bodoh" "Itukan tempat tisu bodoh"
😢πŸ˜₯πŸ˜’πŸ˜“
Ibu rasa macam nak tutup telinga kamu Abdul Muhaimin...dlm hati ibu ni bergelora jer rasa...dan tangan menggeletar menahan amarah...
Sekali lagi
BODOH...
ibu paling belakang
Adik 😊 boleh tak berhenti cakap bodoh 
Yesss....ibu berjaya!!!
Allahuakbar.. Persekitaran yang menakutkan, iklim yang membimbangkan....
Bodoh, bangang dan babi itu seumpama kata biasa yg boleh diluahkan untuk siapa sahaja oleh anak2 muda kini...
Belum lagi kalau terkejut dan melatah sebut perkara2 lucah yang memalukan...
Anak-anak yang lahir dar…

Birthday Ayah...

Image
Ibu hadiahkan hasil seni ibu kat whiteboard
Abg hadiahkan rekaan yg dicipta khusus  buat ayah
Kakak hadiahkan contengan atas kertas ( dia kata dia tulis happy birthday ayah dgn gambar ayah...yg ibu nampak bulat dgn bdn yg tiga segi πŸ˜‚) Kami hadiahkan apa yg sering kami buat. ...apa yg kami suka dan ❤  mengisi waktu kami

Sebab

Kami tahu Ayah @abdrahman.abdullah sentiasa ada buat kami
Kami tahu ur the reason for us to continue enjoying our daily routine
Part of our story and  ur the one we ❤ soooooo much... Jom doa πŸ•‹
Together till jannah. InshaALlah..
Aminnnnn