Posts

Showing posts from 2017

Cikgu

Image
. "Kalau kau jadi cikgu, pandai-pandailah mencari keseronokan sendiri. Agar semangat tidak hilang, agar cinta terhadap profession terus membara" page 179: Cikgu kelas sebelah: Fadli Salleh. Done 😁 3 October 2017

Setia

Image
Sejenis bila dah suka pada satu barang atau benda... Guna selagi boleh

Anding Ayangan

Image
"Reda itu sangat menguji. Sabar itu pula ibarat bermain api. Pada akhirnya, ikhlas jualah penawar untuk segala-galanya. Menjadi manusia terbaik adalah idamannya ketika ini. Walaupun menyedari manusia itu terdedah kepada dosa-dosa. Justeru, ALLAH menyediakan istighfar, membentang pengampunan dengan rahmat NYA siang dan malam..." ms 396: Anding Ayangan, Ramlee Awang Murshid... Cuti..... Hanyut dalam fantasi.😍 Anak.... Bila berfantasi Pilih! Biar fantasi itu sebahagian dari hidup kita hari ini... Biar fantasi itu bawa kita kenal diri Biar fantasi itu mengingatkan kita bahawa... Hidup kita ini hanyalah mimpi Biar fantasi bawa kita ke alam realiti.. Realiti... Hanya ujud bila nafas berhenti Bila waktu tidak berdetik lagi Bila sangkakala mula menyanyi Dan bila kita Menerima buku amal di tangan kanan atau kiri.... Hakikat realiti Kita bukan hidup Tapi masih sedang Bermimpi.....πŸ˜ͺ😴

Tinggal pergi atau pergi meninggalkan

Image
Kita...bakal meninggalkan apa sahaja yang kita lakukan sekarang Kita... bakal tinggalkan apa sahaja yang kita miliki hari ini Maka Tinggalkanlah Dalam keadaan yang baik Tinggalkanlah Dalam keadaan menjadi kerinduan buat semua Tinggalkan lah Dalam keadaan penuh hikmah dan pengajaran untuk hari2 seterusnya Tinggalkan lah Dalam keadaan ALlah redha Tinggalkan lah Dan jika ada waktu biar yang berlalu mendidik diri untuk hari depan yang masih belum pasti Tinggalkan lah Dan bila waktu itu berhenti Ia jadi kenangan manis buat bekal menemui Ilahi Tahniah buat anak2 UPSR yang telah bertungkus lumus selamat 4 hari ALlah beri peluang untuk kalian terus berusaha menikmati hari2 muka kerana ALlah Sayang Takziah buat waris anak2 Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah terutama sekali waris  3 beradik bekas pelajar SK Jln Empat ALlah ambil kalian kerana ALlah lebih Sayang.....

Seruan Haji

Image
8 hari lagi wukuf... Ibu rasa sungguh rindu... Setahun rupanya sudah berlalu... Rasa itu hadir apatah lagi bila meraikan khabar2 gembira mereka yang telah mendapat jemputan... ALlahuakbar...sayu Hari ini ibu khabarkan kisah sahabat ibu yang bersungguh2 mahu ke sana dalam usia yang muda... Sahabat yang memasang impian mahu ke syurga bersama.. Saat dia terima tawaran....ibu tahu dia sungguh bersyukur...sayangnya berita gembira itu tidak kekal lama kerana suaminya yg diharapkan sebagai mahram gagal memandangkan baru sahaja mengerjakan haji 2 tahun lepas... Ibu tahu dia kecewa..tapi dia tidak pernah putus asa...harapan dia hanya pada ALlah sahaja... 2 minggu selepas itu...suami dia mendapat panggilan telefon jemputan haji sebagai mahram... ALlahuakbar.... Rahsianya ialah DOA.. I learnt that it is all in ALlah's Hand... Yup.... Dan bila ditanya bagaimana dlm usia muda sudah dapat panggilan haji... Dia jawab: sebab saya mahu....saya benar2 mahu...saya berd

Sanah helwah nenek Dan zuhaily

Image
Ayat nenek sebelum potong kek : Abah potong kek rupa-rupanya Abah meninggal tahun tuh... Nenek teringat arwah tok Abah.... Kami terkesima... Dalam diam nenek mengingatkan kami semakin bertambah usia semakin dekat dengan kematian.... Anak2 ibu,  nenek tak pernah potong kek untuk sambut Hari lahir.... Tapi apa yg ibu dan adik beradik buat hanya lah untuk berkumpul dan sama2 Cuba menggembirakan hati nenek.... Anak2... Sambutan kelahiran bukanlah satu kemestian...Masa akan terus berlalu, dan usia akan terus bertambah.. Nilailah kehidupan dari sisi seorang hamba yang akan menemui tuhan... Jangan hitung Masa yang tinggal..jangan berkeluh kesah atas apa yang telah berlaku... Belajarlah dari mereka yang telah hidup lama Belajarlah dari mereka yg penuh ilmu di Dada... Sanah helwah Nenek... Sentiasa jadi contoh yg terbaik buat Kita semua Diamnya..tutur katanya, penilaian Dan zuhudnya dia... Ibu tinggalkan ayat2 nenek yang menjadi pesanan Dan panduan

Adab

Syawal ke 6 Ibu ambil peluang minta ayah bawa ke ikea belikan apa yg ibu rancang lama untuk beli.... Alhamdulillah..terus ambil barang dan bayar... Terus beratur di kaunter aiskrim utk perancangan yg telah Abdul Muhaimin dan Nuha Salsabila buat ... Belakang kita 3 anak2 muda yg masih remaja... Tidak lama kemudian dengar sebutan bodoh yg berulang2 "Bukan macam tu la bodoh" "La itu pun kau tak tahu ke bodoh" "Itukan tempat tisu bodoh" 😢πŸ˜₯πŸ˜’πŸ˜“ Ibu rasa macam nak tutup telinga kamu Abdul Muhaimin...dlm hati ibu ni bergelora jer rasa...dan tangan menggeletar menahan amarah... Sekali lagi BODOH... ibu paling belakang Adik 😊 boleh tak berhenti cakap bodoh  Yesss....ibu berjaya!!! Allahuakbar.. Persekitaran yang menakutkan, iklim yang membimbangkan.... Bodoh, bangang dan babi itu seumpama kata biasa yg boleh diluahkan untuk siapa sahaja oleh anak2 muda kini... Belum lagi kalau terkejut dan mela

Birthday Ayah...

Image
Ibu hadiahkan hasil seni ibu kat whiteboard Abg hadiahkan rekaan yg dicipta khusus  buat ayah Kakak hadiahkan contengan atas kertas ( dia kata dia tulis happy birthday ayah dgn gambar ayah...yg ibu nampak bulat dgn bdn yg tiga segi πŸ˜‚) Kami hadiahkan apa yg sering kami buat. ...apa yg kami suka dan ❤  mengisi waktu kami Sebab Kami tahu Ayah @abdrahman.abdullah sentiasa ada buat kami Kami tahu ur the reason for us to continue enjoying our daily routine Part of our story and  ur the one we ❤ soooooo much... Jom doa πŸ•‹ Together till jannah. InshaALlah.. Aminnnnn

Baju baru

Image
. Menyelak hadiah pulang dr Haji tahun lalu...Ibu Rindu Dan Ibu bakal Rindu buat Ramadhan yg bakal pergi. Ibu temui persiapan buat Syawal nanti,.... MashaALlah indah sungguh Islam...indah sungguh ALlah. Nanti bila nampak ibu atau siapa2 pakai baju baru...jangan lupa yer doa utk 😁 " kenakanlah sampai lusuh, semoga ALlah memberikan gantinya kepadamu"Tiada ganti yg paling baik selain apa yg ALlah beri. ALlahuakbar. . " Berpakaianlah yg baru, hiduplah dengan terpuji dan matilah dalam keadaan syahid " Dan dengan 😁 senang hati mengaminkannya... Inshaallah.

Sanah helwah

Image
 Balik terawih....Ayah cerita, abg Amin sakit perut...tidak sempat nak habiskan terawih datang pada ayah dan mengadu sakit... Ayah : Abg sakit macamana? Abg Amin : sakitla...tak tau nak cerita sakit macamana.. Tiba2 Abg Amin tumbuk muka ayah..terkejut jemaah lain.. Abg Amin : Ayah rasa sakit tak? Ayah : mestila sakit Abg Amin: macamana sakit tuh? Ayah : macamana ayah nak cerita sakit dia sakit la Abg Amin : Macam tuh lah macamana abg Amin nak cerita  sakit abg Amin.. 😁 Dan begitulah ALlah..Dia ada, rasailah kehadirannya. Kami belajar banyak benda dari kalian berdua...ALlahuakbar...Maafkan kami untuk serba serbi kekurangan diri kami dalam mendidik kalian... Kalian anugerah ALlah tidak ternilai buat kami...bukan harta tapi pengajaran yg sangat bermakna Sanah helwah kekasih2 ALah, sanah Helwah Mujahid Mujahidah, syuhada dan para soleh solehah...  ❤❤❤
Image
Saya beli harumanis ini di sekolah .. Datang seorang guru lain bertanya harganya.. .. Terkejut dia bila saya kata RM40 sekilo .. " Boleh buat belanja dapur Aini" .. Terkesima saya.. Dan saya habiskan RM200 untuk mangga harumanis sahaja.. .. ALlahuakbar...saya ditegur ALlah secara tidak langsung .. Rasanya macam mangga biasa, mungkin lebih lemak dan manis...tapi masih rasa mangga...tiada yg jauh berbeza.. Namun teguran ALlah beri buat saya terngiang-ngiang hingga kini. ... Betul apa yang @drmaza_official tulis .. " sedap atau tidak makanan sering terletak pada lidah yang memakannya. Walaupun resepi itu penting, namun jiwa dan lidah yang menikmati itu lebih penting. Tidakkah kita lihat orang sakit yang merasai segala makanan itu pahit dan hilang selera? Tidakkah kita lihat orang terguris dan merajuk itu hilang minat kepada hidangan yang diberikan? Demikian setiap keindahan sering bergantung kepada mata orang yang melihatnya. Orang yang melihat dunia dari

Makan kerana ALlah

Image
. Dulu dari muda sampai la anak dara... Diet sebab nk kurus . . Baru sedar dan insaf kini.. ALlah beri nikmat ini untuk kita melaksanakan tanggungjawab yg dia dah beri.. . . Mama cerita waktu arwah abah ada dulu..dia cuma demam sekali.. Mama kena kuat sebab arwah abah tak sihat.. Mama kena kuat sebab dialah supir, teman dan langkah arwah abah untuk kemana-mana... Mama kena kuat supaya arwah abah tak patah semangat... Mama kena kuat supaya anak2 dia yg belajar hidup ini dpt mencontohinya dgn baik.. . . Pada waktu yg sama Mama tak tinggal Al Quran Mama tahajjud tiap malam Mama ulang mathurat pagi dan petang. . Saya mahu sihat..saya perlu jaga makan Saya perlu makan yg sihat2 untuk sihat. . Saya mahu menikmati setiap hela nafas dgn penuh bererti Saya mahu menyokong suami dan anak2 dlm apa jua keadaan mereka nanti. Saya mahu sihat dan tidak mahu menyusahkan sesiapa pun nanti . Saya perlu jaga makan, agar makanan itu nnti membawa saya dekat dgn Ilahi.. . Keran

Larian Zahran 2017

. Sudah ibu pesan Teruskan lah melangkah Biar penat biar lelah Biar kaki tidak mampu berlari Biar lewat mahupun lambat . . . Sudah ibu pesan Andai hati kata tiada daya Tanam dalam jiwa Daya itu milik ALlah jua Dia beri banyak mana pada siapa dia suka Melangkah dan berzikirlah.. ALlah...ALlah...ALlah... Itu beza langkah awak hari ini dan hari awak alpa . . . Seperti itu juga perjalanan hidup kita Tidak ALlah janjikan indah jika tidak mampu berlapang dada... Tidak ALlah janjikan nikmat jika tiada sabar dan redha... Bukankah Rasulullah sudah bersabda "Sungguh menakjubkan perkara orang yang beriman, kerana segala perkaranya adalah baik. Jika ia mendapatkan kenikmatan, ia bersyukur kerana (ia mengatahui) bahawa hal tersebut adalah memang baik baginya. Dan jika ia tertimpa musibah atau kesulitan, ia bersabar kerana (ia mengetahui) bahawa hal tersebut adalah baik baginya. (Hadis Riwayat Muslim]" Melangkahlah Bila penghujungnya syurga  Kerana itu sungguh

Day 4

Image
Bekal hari ini....lunch :protein, fiber dan epal buah...πŸ˜‚ ini aje yang sempat pagi2

Day 3

Image
Buka puasa roti untuk fiber telur untuk protein... Paling cepat...azan dah baru masak telur..huhuhu

Journey to healthly lifestyle

Image
Perjalanan baru bermula... Hari pertama 21 day journey to healthly lifestyle.... Puasa hari ni..buka puasa sup brokoli, bunga kobis n telur...

Buat anak dara

Image
Anak... Tidak salah memasang impian Tidak salah merangka angan-angan Dan tiba waktu... Bila mimpi jadi realiti Bantu ibu Agar kuat untuk melepaskanmu Agar kuat untuk meyakini bahawa ALlah itu sentiasa ada untukmu Agar kuat utk terus memperingatkan diri... Tanggungjawab ibu ada waktu untuk berganti... Moga dia yg datang nanti Memegangmu sebagai amanah dari Ilahi Menjaga mu untuk dibawa kesyurga seperti impian mula2 memiliki amanah ini... Moga dia ada angan yg tiada beza dgn kita Ke syurga kita bersama ♥inshaallah ....

Pesan buat anak 2

Image

Birthday

Image
 Harijadi ibu dulu-dulu, saat kecil Selalunya berlalu tanpa bunyi dan bisu... Paling hebat pula bila tok abah dan nenek masak nasi arab... Makan ramai2 dengan doa panjang tok abah... Tiada kek..tiada ucapan dan tiada hadiah besar... Dan ibu belajar.. umur akan terus berlalu..usia akan terus bertambah.. dan mati akan kian menghampiri... Alhamdulillah....kini Allah bawa suami, anak2 dan sahabat untuk terus2 mengingatkan.... Masa lalu itu akan terus kita tinggalkan... Terima kasih suami untuk setiap usaha, hadiah dan kasih sayang yang diberi... Terima kasih keluarga yang menerima hamba ALlah yang serba kekurangan ini seadanya... Terima kasih sahabat yang mahu sama membina impian kesyurga milik ilahi Maka Nikmat tuhan yang manakah yang perlu saya nafikan lagi... Allahuakbar...wahai anak, carilah ALlah dalam segenap kehidupan dan dia datangkan kasih sayang yang mana mungkin dapat dibeli... Kerana mereka sama berjanji ingin ke jannah menemui

Its a surprise..

Image
Awwww...ibu blushing πŸ˜ΆπŸ™ˆπŸ™ˆ Meh ibu share doa bila dipuji orang ek : "Allahumma la tuahizni bima yaqulun, waghfirli ma la ya'lamun, waj alni khairan mimma yazunnun" Ya ALlah, semoga Engkau tidak menghukum ku kerana apa yg mereka katakan, Ampunilah aku atas apa yang mereka tidak ketahui dan jadikanlah aku lebih baik drpd mereka perkirakan... #rumahkatapergikuburkatamari

Pesan buat anak

Setiap anak ada ceritanya tersendiri Setiap anak punyai keistimewaan peribadi Setiap anak ada ruang dalam hati ibu ini Jangan banding kisah tawa duka kalian, carilah hikmah disebalik cerita yang disusun ilahi Jangan memandang tinggi keistimewaan diri.. bersyukur kerana segalanya ALlah yang beri Dan.. Jangan kalian kira ruang siapakah paling besar dihati ibu ini... Sebaliknya hitunglah setakat mana kalian masih dalam pemerhatian ALlahu Rabbi Setiap dari kalian, Anugerah yang sungguh-sungguh tidak ternilai Bukan milik ibu, Pinjaman dari Ilahi...