Posts

Showing posts from 2009

Kuliah Ahad 25 Oktober 2009

Kuliah Ahad 25 Oktober 2009 Kuliah disampaikan oleh Ustaz Izmail Kamus dan kali ini ustaz bercerita tentang orang2 yang zalim. Siapa yg zalim sebenarnya?? 1. Orang yang berdoa untuk dirinya sahaja….tidak berdosa, tapi zalim. kta bukan sahaja perlu tahu/faham apa yg diminta, kita juga sepatutnya berdoa dan minta ampun untuk seluruh umat Islam. Dalam diam saat kta meminta ampun untuk orng lain…kita turut diampunkan… 2. Orng yg mahir Al Quran tp tidak mrmbaca 100 ayat Al Quran dalam sehari.. Ustaz bercerita tentang banyaknya Fadhilat Al-Quran antarannya: · Bacaan pendinding diri sebelum tidur : 3 qul · Elak dr diracun pd makanan, makanan tidak cukup baca surah Quraish · Untuk anak2 sekolah…alam Nasyrah dan Arrahman · Barng hilang..selamat dr pencuri : surah Asy Syams Quran adalah mukjizat yg perlu dibaca…malah Rasulullah SaW bersabda bahawa Quran itu kelak bakal menjadi syafaat untuk kita… 3. Orang yang masuk ke dalam masjid tetapi tidak melaksanakan solat tahiyatul masjid

Quran itu & Doa saya

Ramadhan lalu, seorg teman menghadiahi saya sebuah tafsir...lembaran terakhir tafsir tersebut merupakan doa khatam Quran dalam bahasa melayu...saya terlalu menyukai doa tersebut... dan sekali lagi..terlalu banyaknya perkara yg mahu saya minta....hingga tidak menyedari betapa banyaknya kurnia yg telah ALLah anugerahi dalam diam biarpun terlalu sedkit yg telah saya beri.... Malu dengan diri sendiri....meminta tapi kurang memberi, namun diri masih sudi diperhati....Terima Kasih ALLah!!!!! ALlahuakbar!!! Ya ALLah, rahmatilah aku dengan Al Quran, jadikanlah ia sebagai pemimpin, cahaya, petunjuk dan rahmat bagiku. Ya Allah, ingatkanlah apa yang aku lupa daripadanya, berilah aku ilmu apa yang belum aku ketahui mengenainya, anugerahkanlah kepadaku untuk membacanya di tengah malam dan penghujung siang, jadikanlah ia sebagai hujjah bagiku tuhan seru sekelian alam. Ya ALlah, perbaikilah bagiku akhiratku, kerana ia tempat kembaliku, jadikanlah hidupan sebagai tambahan segala kebaikan bagiku dan ja

tika dan ketika

TIKA & KETIKA Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang seperti sia-sia... Allah tahu betapa keras engkau sudah berusaha. Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih.. Allah sudah menghitung airmatamu. Jika kau fikir bahwa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berlalu begitu saja... Allah sedang menunggu bersama-samamu. Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menelefon dirimu... Allah sentiasa berada di sampingmu Ketika kau fikir bahwa kau sudah berusaha sesungguhnya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi... Allah mempunyai jawapannya. Ketika segalanya menjadi sesuatu yang tidak masuk akal dan kau merasa tertekan... Allah bersamamu untuk menenangkanmu. Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan... sebenarnya Allah sedang berbisik kepadamu. Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur... Allah telah pun memberkatimu. Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi keta

Kuliah Ahad 13 September :Syurga dan Neraka

Kuliah kali ini disampaikan oleh Tuan Guru Dato' Dr Haron Din ALLah berfirman: bersegeralah kamu mencari maghfirah ALlah dan kiraya kamu memperolehi maghfirah ALlah itu, kamu beroleh syurga. dan lebar syurga itu selebar jarak dari langit dan bumi yang ALlah sediakn untuk org2 yg bertakwa. Org2 yg tidak bersedia untuk menghadapi Allah kerana leka dengan kehidupan dunia, mereka sudah rasa cukup bahagia dan mereka yg sentiasa lalai, tidak ambil pengajaran dari kemurkaan ALLah terhadap apa yg berlaku ~ golongan ini tempat tinggal mereka adalah api neraka; balasan yg setimpal dengan perbuatan mereka. Ketika bayi dilahirkan kedunia, ALlah mengutus 2 or penyambut tetamu untuk mereka yg akan berada dikiri dan kanan bayi tersebut. dan bila bangin di akhirat kelak pulak, Allah mendatangkan 2 malaikat malaikat penuntun dan malaikat saksi untuk mereka. Dan proses seterusnya pula, mereka akan dimasukkan antara 2 tempat syurga atau neraka. Matlamat akhir di dunia ini seharusnya menjadi hamba yg

jika aku jatuh hati

Aidilfitri kali ini keluarga kami menerima ahli keluarga baru, adik lelaki no 3 saya telah melangsungkan perkahwinannya tanggal 3 Syawal. Asalnya, kami hanya menjemput saudara mara mama dan abah dan teman2 rapat...siapa sangka saudara mama dan abah ramai rupanya....jenuh pula saya nk menjawab soalan pakcik dan makcik bertanyakan bila pula knduri kakak sulungnya... dn moga video ini ada jwpannya :) ... Jika Aku Jatuh Hati - Watch more Videos at Vodpod. <>

20-09-2009

Tahun nih beraya di Beranang, kampung mak....dan saat2 raya nih teringin pula nak makan rendang kerang kg Sekinchan...tp takpalah, thn lepas dah beraya di sana... Alhamdulillah dapat mengerjakan solat Hari Raya bersama mama dan abah...dan antara isi khutbah Hari kemenangan tersebut: Dan org2 yg berusaha dgn bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami ( yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) ALLah adalah beserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya (surah 29 Al ankabut:69) Aidilfitri adalah hari kemenangan bagi hamba ALlah yang telah berusaha bersungguh2 memperbaiki amalannnya ketika Ramadhan... Khatib melaungkan kalimah kebesaran ALLah serta pujian dan kesyukuran atas itu semua. Menurut beliau, laungan ALLahuakbar dan kalimah takbir tersebut bukan sahaja: 1. tanda kemenangan orang islam melepasi madrasah Ramadhan (Masa yang diwajibkan kamu berpu

tidak puas hati

Rasa sudah tidak mahu menulis lagi untuk blog hari ini namun ... Tapi saya tidak puas hati dan mahu menulis sesuatu...berkaitan skim latihan graduan Skim latihan graduan merupakan satu program yang dijalankan oleh kerajaan untuk memberi latihan kepada lepasan diploma dan ijazah yang tidak bekerja dan menganggur. Latihan 3 bulan itu menyediakan elaun RM500 berdasarkan kelas dan latihan yang dihadiri, kupon makan malahan tempat tinggal. SElepas tiga bulan, pihak pengurusan akan berusaha mendapatkan pekerjaan untuk pelatih. Makanya...kehadiran ke kelas akan diambil untuk pembahagian elaun. Dan ianya berdasarkan tandatangan pelatih itu sendiri. Sabtu lepas, Adik saya yang menjalani latihan tersebut ada kelas ganti...sayangnya dari 25 orang hanya 6 orang yang hadir. Namun, bila melihatkan kedatangan, semuanya telah ditandatangan tanda hadir. Adik membetulkan keadaan, dia tandakan tulisan TH ( tidak hadir ) pada mereka yang sebenarnya tidak hadir walaupun telah ditandatangan.... Natijahnya,

maaf dan berlapang dada

Saya bukan lah seorang yang pandai memendam rasa, bila masalah berterabur atas kepala, adakala ia turut mempengaruhi reaksi wajah malah tindakan hingga adakala ia mempengaruhi hubungan dengan orang sekeliling...apatah lagi bila tindakan orang lain yang tidak kena pada mata saya, seterusnya orang itu akan saya biarkan...dia dan hidupnya dan saya dan hidup saya. Bila amarah dan tindakan tidak waras, penyesalan akan hadir lewat setelah segala yang tidak kena berlaku....17 Ramadhan ini, bila saya membuka mukjizat ALlah yang maha besar itu...saya umpama terasa tertampar... ' Dan janganlah org2 yg mempunyai kelebihan dan kelapangan di antara kamu bersumpah bahawa mereka tidak akan memberi bantuan kepada kaum kerabatnya; org2 yg miskin dan org2 g berhijrah pd jalan ALLah, dan hendaklah mereka MEMAAFKAN dan BERLAPANG DADA. APAKAH KAMU TIDAK INGIN BAHAWA ALLAH MENGAMPUNIMU? dan ALLAH MAHA PENGAMPUN lagi PENYAYANG' An Nuur: 22 Nasihat pada hati berlembutlah, hulurkan kemaafan dan berlapa
Image
PadaMu ku Bersujud - Afghan Uploaded by andikazulkarnaen . - Explore more music videos. Afgan – PadaMu Aku Bersujud Ku menatap dalam kelam tiada yang bisa ku lihat selain hanya nama Mu ya Allah Esok ataukah nanti ampuni semua salahku lindungi aku dari segala fitnah kau tempatku meminta kau beriku bahagia jadikan aku selamanya hambaMu yang selalu bertaubat Ampuniku Ya Allah yang sering melupakanMu saat Kau limpahkan karuniaMu dalam sunyi aku bersujud Esok ataukah nanti ampuni semua salahku lindungi aku dari segala fitnah Kau tempatku meminta Kau beriku bahagia jadikan aku selamanya hambaMu yang selalu bertaubat Ampuni aku ya Allah yang sering melupakanMu saat Kau limpahkan karuniaMu dalam sunyi aku bersujud Kau tempatku meminta Kau beriku bahagia jadikan aku selamanya hambaMu yang selalu bertaubat Ampuni ku ya Allah yang sering melupakanMu saat Kau limpahkan karuniaMu dalam sunyi aku bersujud PadaMu Saya suka lagu nih.. kerana saya meyakini.. Sekali ALLah berpaling dan tidak memandang s

KULIAH AHAD 6 SEPTEMBER 09

Ada banyak maklumat yang Ustaz Yusaini beri hari ini....higgakan tidak menang tangan saya untuk menyalinnya, namun segalanya lebih berkisar tentang puasa, al quran dan tangisan Rasulullah... Setiap satunya sangat bermakna.. Ustaz bercerita tentang perbezaan puasa seorang mukmin dengan seorang munafik... Puasa adalah ujian kita menjalani perintah ALLah. Puasa menduga adakah kita benar2 hamba. Mendidik diri menjadi hamba ALLah, sebagai hamba kita di suruh memperbesarkan perintah ALLah. Bukan puasa itu yang menjadi isunya, sebaliknya kepatuham kita kita perintah yang telah Allah tetapkan. Tuan Haji Ghazali turut menambah, antara kita dan ALlah adalah antara tuan dan hamba..seharusnya kita mematuhi perintah yang telah ditetapkan tanpa banyak soal. Seorang mukmin akan menikmati Ramadhan dan menghayati Ramdhan sebagai nikmat yang sukar diperolehi. Seorang mukmin akan bersedih apabila semakin jauh Ramadhan dan semakin hampirnya Syawal. Sesungguhnya Ramadhan itu memberi 100 rahmat, kesenangan

Kuliah Ahad 16 Ogos 2009

Kali ini masih lagi berkisar tentang Ramadhan Kareem Sifat muslim dalam SYaaban seharusnya gembira..kerana ia hampir dengan Ramadhan Malah Rasulullah sendiri manusia yang maksum bergembira dan seringkali berdoa agar tiba pada bulan Ramadhan Muslim seharusnya gembira kerana ia merupakan satu peluang dan tawaran yang dikurniakan ALLah untuk hambanya Rejab, Ramadhan dan Syaaban punya maksud tersendiri. Rejab: bulan hadirnya Israk dan Mikraj. Satu peristiwa besar yang berlaku pada Rasulullah dan tercatat dalam surah Al Isra' Bulan tersebut menyaksikan ALLah menganugerahkan solat untuk umatnya. Penganugerahan yang menghubungkan manusia dengan ALLah.. Bukankah Rasulullah SAW, tenang, bahagia, mentadbir dan menjadi pemimpin kerana solat...hubungannnya dengan ALLah SWT. Dari Solat ALLah Taala menembusi jiwa dan sanubari kita. Dalam kehidupan seharian, seharusnya kita menjaga hubungan dengan ALLah. Yakin dan percaya. Atas dasar dan yakin dan percaya inilah, umat Islam telah memenangi pera

Puteri Islam

Image
Ada sebuah lagu nasheed yang saya perolehi ketika saya di tingkatan 2 rasanya..ia memberi kesan yang mendalam dlm jiwa saya...malah ia menanam tekad dlm diri saya untuk menjadi seperti itu... malah ia seakan menjadi kata semangat untuk saya membina diri sebagai seorang wanita muslimah...suka akan bait2 lirik yang ada di dalamnya.. Persismu permata bernilai.....menjadi rebutan pejuang Keutuhan yang tersimpan ..... dibalik tabir yang tenang Keayuan yang terpancar.....di sinar cahaya iman Itulah muslimah harapan Gerak langkahnya yang sopan Disulam zikir diingatan Keyakinan yang mendalam menjadi tagan perjuangan Itulah muslimah harapan Muslimah puteri harapan Dikaulah harapan... Membela islam yang mulia Muslimah puteri harapan Dikaulah cahaya menjadi lambang islam yang gemilang Srikandi Islam, tetaplah kau dalam perjuangan menjadi sayap kiri di medan meneguhkan benteng pertahanan islam Gamitan leka duniawi tersungkur jauh di hatimu Kau sematkan kecintaan yang mendalam terhadap tuhanmu Maru

Saya dan kereta

Image
Finale sem di UIA...memandu kancil merah mama..Alhamdulillah kereta yg ketika itu hampir 10 tahun usianya banyak membantu saya... Tamat belajar di UIA, kerja di KL, smbung belajar di UIA...masih lg dgn kereta merah itu....dan alhamdulillah...telah banyak jasanya pada saya dn orang lain.... Di Maktab...saya masih dengan kereta merah itu....balik hujung minggu Dan bila saya mula bekerja sebagai guru...kereta merah itu jugalah yg saya guna untuk ke sekolah.... Mama selalu pesan selagi kereta tersebut boleh dimanfaatkan bukan shja untuk diri tapi untuk org lain...selagi itu mama mahu kereta tersebut digunakan...itu kereta mama yang pertama...dan itu jugalah kereta saya yg pertama...kenangannya banyak... Namun, tidak lama mengajar, saya ada kereta baru...kali ini hasil titik peluh saya sendiri...dan telah pun saya niatkan untuk memanfaatkan kereta tersebut sebaiknya....bukan shj untuk diri tapi pada siapa yg memerlukannya...mama pesan brng yg ada biar memberi manfaat kpd yg ramai.... dan sa

Kuliah Ahad 2 0gos 2009

Kuliah kali ini disampaikan oleh Ustaz Muda: Amir Muttaqin bin Abd. Ghani dan kali ini kami sekeluarga, saya, mama dan adik2 lewat sedikit. Ceramah kali ini masih lagi menyentuh serba sedikit tentang Isra' dn mikraj... namun tajuk utama yang dibicarakan ialah: 4 golongan yang tidak akan dihisab dan akan terus masuk kedalam syurga: 1. Golongan alim ulama yang tidak jemu mencari ilmu dan mengamalkan ilmunya. Mudah untuk ditulis dan diperkatakan namun sukar untuk mengamalkan. Ustaz membincangkan betapa hari ini ramai golongan ilmuwan yang mempunyai ilmu namun masih kurang pengamalan: lihat sahaja doktor2 yang menjual MC kepada pesakit, peguambela yang adakalanya membela mereka yang salah, malah golongan beragama yang bercakap atas dasar agama tapi tiada pengamalan, malah terdapat golongan agama sendiri yang menconteng arang ke muka mereka sendiri. dan seperti biasa ustaz tidak lupa bercerita tentang pengalamannya memandikan seorang imam...sekali lagi saya tidak pandai bercerita tentan

Kuliah Ahad 9 Ogos 2009

Kuliah kali ini telah disampaikan oleh Ustazah Saodah dan tajuk kali ini berkaitan dengan 2 bulan islam yang utama iaitu rejab , syaban dan Ramadhan... Ustazah berkata ketika tiba bulan Rejab Rasulullah telah berdoa: Ya ALLah berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya'ban serta sampaikanlah kami pada Ramadhan. Saidatina Aisyah meriwayatkan bahawa Rasulullah telah memperbanyakkan puasa pada bulan Sya'ban Malah ketika ditanya, apakah puasa yang lebih afdhal selepas Ramadhan dan Sywal? Nabi menjawab puasa dalam bulan Syaaban bagi membesarkan Ramadhan Nabi Muhammad SAW sangat sayang pada bulan Ramadhan dan banyak berpuasa pada bulan Syaaban. Ada 3 perkara yang tidak boleh dn digalakkan untuk melaksanakannya iaitu i. Jangan tinggal solat dhuha ii. jgn tinggal zikir iii. puasa 3 hari sebulan Nabi tidak berpuasa penuh bulan Syaaban. Apabila hampir Ramadhan, adalah haram untuk berpuasa. Sesungguhnya Rejab itu bulan ALLah, Syaaban Itu bulan Nabi Muhammad dan bulan Ramadhan itu bulan umat.

M.i.S.T.e.R.I

Sudah masuk Ogos rupanya..Sekali lagi pantas betul masa berlalu.. dan sepantas itulah 1001 cerita yang berlaku, 1001 manusia yg melintas dan berselisihan bahu dan 1001 rasa yang dipendam dan adakalanya diluah... Misteri hidup akan terus menyelimuti manusia...dan itulah indahnya kehidupan.. Misteri hari esok yg tidak siapa yg tahu, tp Maha Suci ALLah, kita diberi kekuatan untuk merancang.. Misteri perasaan yang hadir bilamana akal berkata perasaan itu seharusnya tidak perlu ujud, namun Maha Suci ALLah yang menganugerahkan kita akal dan panduan untuk membuat keputusan... Misteri dan ajaibnya bila kita melepasi satu tahap yg tidak terduga sedangkan ketika melaluinya kita terasa terlalu lemah dan tidak berdaya, malah hilang harapan.Maha Suci Allah yang memberi kekuatan dalam diam tanpa kita sedari Misteri bila kita masih hidup, aman dan selesa biar titik noda dan dosa kian banyak membaluti hati....Maha Suci Allah yang maha pengasih dan penyayang yang tetap memberi peluang,harapan untuk kem

Kuliah Ahad: 26 Julai 09

Penghayatan Isra' Mikraj oleh Ustaz Roslan Muhammad Kali ini lewat...menanti adik2 tersayang..hmmm ketika hadir ustaz sedang menerangkan betapa Isra' Mikraj itu merupakan kurniaan ALlah untuk menambahkan keyakina kepada Rasul junjungan bahawa dia bertuhan. Hadith Isra' dan Mikraj pula telah diriwayatkan oleh 40 orang sahabat. Tiak timbul soal samaada perjalanan tersebut berbentuk roh dan jasad kerana nyata sekali ulama muktabar menerima secara total dan mengakui bahawa perjalan tersebut berlaku dalam keadaan sedar. Malh hujah akal yang boleh diambilkira apabila org2 kafir menolak sesuatu yg disampaikan oleh Rasul, sesungguhnya ia adalah benar..bukankah org kafir itu seringkali menolak kebenaran?? Tiada yg mustahil pada ALLah. ALLah yang memperjalankan Rasulullah...dan itulah kebenarannya.. Dalam perjalanan, Nabi diberi 2 bekas. Salah satunya ialah susu dan seberkas lain adalah arak...Nabi Muhammad SAW memilih susu dan Jibrail berkata betapa Engkau Rasulullah telah memilih s

Kuliah Ahad: 12 Julai 09

Perbandingan oleh Ustaz Dr Haron Din Kali ini Ustaz suruh jemaah berfikir... melihat dan menilai persekitaran dan perumpamaan yg ALLah lakarkan dalam Al-Quran Bukankah hidup ini saling berkait...bukankah perjalanan kehidupan ini ditulis dan dirancang oleh Yang Maha Mengetahui... dan tentunya ada rahsia pada setiap perumpamaan yg dilakar dalam Al Quran.. Nyata...Al Quran itu bukan sekadar dibaca kerana ritualnya...namun dihayati kerana ia sangat berkait dgn kehidupan kita...panduan dalam perjalanan yg kita sendiri tidak pasti bila akhirnya ALLah membandingkan org2 yg kufur itu seperti org yg berada dalam kegelapan. Analoginya seperti lampu yg semakin terang dan mereka pula memadamnya dan berada dlm kegelapan. Org yg telah diberi hidayah tetapi tidak mengaplikasikannya pula seperti org yang diberi lampu tapi tidak digunakan sebaiknya...sebaliknya dipadamkan pula... Dalam Al Quran sendiri terdapat banyak perkara untuk dilihat. Banyak perumpamaan dan bidalan untuk di nilai dgn mata hati. S

Kuliah Ahad: 5 Julai 09

Kuliah disampaikan oleh Ustaz Rahman Awang Soh Roh manusia itu bakal melalui 7 perjlanan Dari rahim ibu hinggalah ke padang mahsyar.... Dan salah satu saksi di padang mahsyar kelak ialah airmata taubat yang menitis kerana ALLah Taala..airmata yg tumpah saat bgn malam mengenang untung nasib di hadapan ALLah Airmata itu akan ditimbang dgn neraca dengan taubat yg dilaksanakan, drah org mati syahid dan dakwat ulama yg menulis kitab. Setelah ditimbang antara airmata dan darah para syuhada ternyata...darah para syuhada itu lebih berat....maka golongan yang syahid itu akan dihimpun ke sebelah kanan dan diserahkan dengan bendera yg mempunyai wangian za'faran Oleh kerana itu mereka yg mati syahid dikebumi begitu shj...tanpa dimandikan dan disolatkan dan hakikatnya, para syuhada itu hidup di sisi ALLah... Sesungguhnya golongan syuhada itu akan diketuai oleh Nabi Yahya sendiri yang syahid dibunuh dgn digergaji hingga terbahagi 2. Allah menjanjikan tempat yg istimewa untuk para syuhada...namun

Kuliah Ahad: 14 Jun 09

Maqam manusia Alhamdulillah...hari ini berjaya menjejakkan kaki untk mendengar kuliah.. Hari ini penceramahnya ustaz Ismail Kamus....dan beliau tiba agak lewat... Kali ini temanya lebih kepada ilmu tasawuf dan tajuknya ialah martabat/maqam kita sebagai insan di dunia ini.... Kata ustaz: kita perlu tahu kedudukan dan maqam kta. Menilai dan melihat kdudukan diri kita. Untuk apa??? Agar kita sebagai manusia dpt muhasabah: melihat kembali apa yg telah kita lakukan dan seterusnya kita mamu untuk muraqabah: menilai dan melihat apa yg mampu dan perlu kita lakukan pada masa hadapan... Malahan setelah menilai dan mlihat kedudukan diri... kita seharusnya berusaha untuk mempertingkatkannya... Ustaz menerangkan terdapat 7 maqam dan martabat untuk manusia dlm ilmu tasawuf ini, dan antara maqam tersebut ialah: 1. Taubat 2. Warak 3. Zuhud 4. Sabar 5. Syukur 6. Tawakal 7. Redha.. Maqam paling rendah sekali ialah taubat dan maqam paling tinggi dan sukar untuk dicapai ialah redha.... Taubat: Taubat iala

Keta kena pecah......

Image
Bertempat di Taman Tasik Cempaka Bandar Baru Bangi Jam 7 pg lepas jog Nak nangis? Tak gna pun " Dari ALlah kita dtg kepada Allah kita kembali" Kesian juga pencuri tuh...bukan dpt pe pun..cuma telefon yg boleh jual balik dgn harga Rm 60 ke RM 100 jer Report dah buat..tunggu dan lihat je lah... Dalam minggu nih shj dah 2x kejadian pecah di tempat yg sama. Ini kawasan awam..... Hmm.... mana pihak yg berkuasa?????

ibu dan anak

Image
Bila kata-kata anak pada seorang ibu tidak dipeduli, luahan anak tidak diambil kisah....anak tidak akan bercerita lagi. Sebaliknya si anak akan mencari sahabat yang mahu mendengar, malah mungkin ibu pada sahabat2 mereka yang sabar menadah telinga, timbullah istilah emak angkat dan sebagainya. Bila sedari kecil anak dibiar tanpa endah, apabila anak dewasa, jangan mengharapkan si anak untuk mengambil kisah... Mereka telah di didik sebegitu. Kita akan memperolehi apa yg kita beri.... Dan andai ibu itu sendiri memilih, mendengar cerita anak yg satu tpi tidak yg lain...maka anak yg satu itulah yg akan dekat dan hampir dan mungkin tidak yg lain..... Ibu diberi pilihan untuk menjadi ibu yang bagaimana... Adakah hanya menjadi syarat kelahiran insan lain didunia...melahirkan, memberi makan, membesarkan dan seterusnya membina pengharapan pada si anak. atau menjadi ibu yg bukan sahaja melahirkan dan membesarkan namun memegang amanah ALLah membentuk seorg lagi khalifah di muka bumi ini.... menjadi

kuliah Ahad: 7 Jun 2009

Penyampai kali ini..... Ustazah Kalsum Ustazah Kalsum kali ini bercerita tentang 2 perkara yg melibatkan isu Feqah iaitu Aqiqah dan Masbuk n muafiq Aqiqah: Majlis aqiqah itu sunat; mengalihkan darah bayi pada binatang. Org dulu2 berpendapat ia seumpama bayangan agar anak-anak kecil tidak mati dalam keadaan berdarah...dan itu merupakan kepercayaan yg tidak berlandaskan apa-apa... Aqiqah adalah sunat selagi anak itu belum cukup umur. Bila ank telah cukup umur. Sembelihan itu kita panggil korban. Daging aqiqah boleh diberi makan pada semua org kecuali org bukan islam iaitu org kafir dan mereka yg telah bernazar... manakala daging korban boleh diberi pd mereka yg bukan islam. Ustazah turut mengajar: untuk mereka yg bernazar perlu bg mereka bernazar dgn lafaz yg jelas. Contoh yg diberi: Sekiranya aku memperolehi anak lelaki AKU BERNAZAR WAJIB KEATASKU berpuasa 3 hari .... dan perkara yg dinazarkan itu seharusnya memberi manfaat kpd org yg bernazar atau org sekeliling. Ketika majlis Aqiqah p

sepanjang cuti sekolah.....

Image
Flash...back 1-2 Jun: 8- 12.30 tghari : Kelas Pemulihan ..... ptg isnin 1 Jun: untuk kali ke 3 dalam hidup menjejakkan kaki ke panggung wayang Syurga Cinta di Alamanda dgn adik bongsu: Shifa saya kata :comelnya Haziq!!!! Shifa kata: Hensemnye Awal... Ish!!! 3 - 4 Jun : Abah masuk hospital Serdang 6 Jun: Abah kena buat dialisis dari 10 pg hingga 3 ptg sementara menunggu saya sempat buat facial...hmmm 7 Jun : Kuliah Ahad surau Annur setelah ponteng 3x hmmmm 8 Jun: ke Masjid Negeri Shah Alam untuk perjalanan untuk mencapai impian : membuka sebuah ' Islamic Creative English Kindergarten" Berkenalan dgn founder little caliph yg bersemangat: pn Sabariah Faridah..kagum!!! 9 Jun/ hari nih ler : Abah operate fistula @ Glen eagle hospital ...... malam: layan blog, facebook, yoville..... Esok masih dalam perancangan.. Perancangan manusia yg serba kekurangan.... Namun harapannya moga ALLah permudahkan jalan.. dan beri pahala untuk setiap langkah.. Langkah saya tidak sempurna..kdg