tidak puas hati

Rasa sudah tidak mahu menulis lagi untuk blog hari ini namun ...

Tapi saya tidak puas hati dan mahu menulis sesuatu...berkaitan skim latihan graduan

Skim latihan graduan merupakan satu program yang dijalankan oleh kerajaan untuk memberi latihan kepada lepasan diploma dan ijazah yang tidak bekerja dan menganggur. Latihan 3 bulan itu menyediakan elaun RM500 berdasarkan kelas dan latihan yang dihadiri, kupon makan malahan tempat tinggal. SElepas tiga bulan, pihak pengurusan akan berusaha mendapatkan pekerjaan untuk pelatih.

Makanya...kehadiran ke kelas akan diambil untuk pembahagian elaun. Dan ianya berdasarkan tandatangan pelatih itu sendiri.

Sabtu lepas, Adik saya yang menjalani latihan tersebut ada kelas ganti...sayangnya dari 25 orang hanya 6 orang yang hadir. Namun, bila melihatkan kedatangan, semuanya telah ditandatangan tanda hadir. Adik membetulkan keadaan, dia tandakan tulisan TH ( tidak hadir ) pada mereka yang sebenarnya tidak hadir walaupun telah ditandatangan....

Natijahnya, hari ini dia menangis teresak-esak menelefon saya... salahkah tindakan dia?????

Dia dipulaukan, dicaci dan dikata..dan dia hanya berdua dengan seorang sahabatnya..kerana majoriti di situ tidak jujur..

Anehkan??? Siapa yang salah sebenarnya...dan saya akui tandatangan dan tidak hadir ini bukan sekali ini sahaja berlaku...dah berkali adik bercerita pada saya......

Apa tidakkah mereka memikirkan ke mana keberkatan RM 500 yang bakal mereka perolehi setiap bulan. Apa nilainya jika hanya duduk di bilik, datang kelas tandatangan dan pulang... Apa dengan hanya memikirkan bahawa ia merupakan duit kerajaan, kita punya hak yang benar2 hakiki.

Kenapa latihan2 sebegini tidak di pantau???

Marah...memang marah, apatah lagi kasihan pada adik perempuan saya yang seorang ini.
Dan sedih... sukarnya mencari mereka yang jujur sekarang ini...

Berkata benar biar pahit...

Sabarlah dik...rasanya ALlah akan janjikan tempat yang baik untuk awak...InshaALLah, kak ni doakan permohonan awak ke UITM akan diterima atas tindakan berani awak kerana menegakkan yang haq. Kawan2 doakan adik saya dapat melanjutkan ijazahnya yer....

Comments

kes yang banyak terjadi terutamanya di kalangan orang2 melayu kita nih. yang mereka tau...dapat duit. ilmu itu tak penting. halal haram tu tak dapat dibezakan lagi kerana yakin balasan allah dapat ditepis. sebabnya? tak rasa lagi betapa sakitnya siksaan itu.

mudah mudahan adik aini dapat melanjutkan pelajarannya. aminn.

Popular posts from this blog

The E.N.D

MIHRAB AL QURAN 58: NILAI KEMAHSYURAN YANG BARAKAH

+melepaskan rasa+