Posts

Showing posts from August, 2016

Tips hj 1

Image
Tips bila jemaah ramai dan takut bila keluar ke tandas dah tidak boleh masuk ke dalam masjid... Ambil wuduk dalam telekung guna botol. ( botol ni boleh spray2 tapi saya tuang je air kat tangan ) Jangan lupa bawa towel yg sederhana besar untuk alas supaya lantai dan sejadah tidak basah. Beg sandang tu buat bantu penahan telekung saya waktu wudhu' Adalah Rasulullah saw berwudhuk dengan satu Mud dan mandi dengan satu Sho' hingga lima Mud. (HR Imam Bukhari : 201 dan Muslim : 325) *Mud ialah cupak : ukuran untuk 1 cupak : 625 gram = 750 ml. Sho' ialah gantang : ukurannya bersamaan dengan 4 cupak = 3 liter air. Tak sampai satu liter pun Rasulullah wudhu'.

Sakit

Image
Tidak pernah gi klinik dan mc di Malaysia Saya tewas disini... Moga ALlah ampunkan dosa saya yang banyak...

Lorong itu

Image
Jalan pergi dan balik kami ke masjid Tidak ada masalah untuk mencari ole2 buat sahabat dan teman Kami mencari yg terbaik, yg istimewa, yg lain dr yg lain Suami mencari yg made in Saudi Arab...rata2 made in China, bangladesh dan ada dr japan. Masih belum ada yg berkenan dihati kami...Pintu hati kami bagai ditutup untuk membeli.. Hasrat membeli jubah utk sendiri masih belum kesampaian kerana tiada yg berkenan di hati Jika benar hingga nnti...masih belum ada yang kami beli Maafkan kami Hadiah bekalan kalian kami buat ganti sedekah pekerja dan wakaf quran di Alharam Ada yang kami guna buat tmbng teksi bila lewat utk ke masjid Kami iring doa: Sebagaimana kalian mempermudahkan kami dgn hadiah kalian, ALlah mudahkan setiap urusan kalian, lepaskan beban dan rungkaikan setiap kesulitan, sampaikan hajat dan berikan pilihan yg terbaik dalam kehidupan, temukan cinta dan bahagia yg berpanjangan....sebagaimana kalian mengenali dan mengingati kami, doa kami agar ALlah tidak menin

Dia...

Image
Pilihan untuk melaksanakan ibadah disini Pilih kawan2 seangkatan dan sama jantina sekepala utk bergerak Atau dgn pasangan masing2... Saya pilih bergerak dgn dia... Yang faham kepala angin saya Yang mengiyakan walau saya tau saya salah Yang sabar tunggu saya Yang mengingatkan saya dalam diam... Yang sanggup bergerak sama laju dgn saya Yang ALlah ciptakan untuk saya Yang akan sama2 tua kemasjid kelak dgn saya... Yang berjanji akan ke syurga dengan saya... Moga ALlah mengambilkira setiap langkah, amal ibadat dan niat kami... Moga ALlah redha dan buka pintu syurga buat kami sekeluarga Buat KiTA SeMUa.... AMIN..amin YaRabbal Alamin....

Insan luarbiasa

Image
9 thn dia bertugas menjaga rumah ALlah ini Berjauhan dr keluarga Katanya anaknya ramai dan sudah bercucu di Indonesia Tp saya yakin dia bahagia kerana dia bertugas dlm rumah sang pencipta... Tgnnya x berhenti bekerja saat saya bertanya ttg quran utk diwakafkan Beli shj di toko luar...pastikan jenis yg diterima di Haram jika tidak bakal di bawa keluar ke masjid2 lain... Oh ya..supaya tidak ditipu, dia maklumkan harganya biasa SR50 satu...Nah ini dia info dr penjaga rumah ALlah ini.

Cerita mekah 1

Image
48.3 celcius...panas, tapi kami dtg bkn utk bersenang-senang.. Moga ALlah berikan kami keazaman yang tinggi, kekuatan dan kesihatan yg baik dan tidak mensia-siakan peluang yang ada Ziarah tapak rumah Abu Jahal yang kini menjadi salah satu pusat tandas awam masjid adalah menjadi kemestian setiap hari. 😁 Bekas tapak rumah ketua Quraish atau tandas yang ini letaknya dekat dgn tempat sa'e... Nanti kalau dtg cari ek...😊

Hampir....

Image
Moga ALlah permudahkan setiap urusan..berikan kekuatan dan kesihatan yang baik...kukuhkan kebergantungan dan tawakal kami...inshaallah...

Selamat tinggal Rasulullah

Image
Intai kami antara nampak esok jgn rindu-rinduan Selawat atas nabi Shallallahu alaihi wassalam

Disini....

Image
Disini Saidina Abu Bakar dipilih bg menggantikan Rasulullah SAW sebagai khalifah islam yg pertama. ..

Langit Madinah

Image
Langit Madinah yang bakal ditinggalkan 😢

Usaha dan anak

Image
Ini cerita 2 hari lepas Dalam masjid...tiba2 Saya didatangi seorng makcik Turki...bercakap2 bahasa yg saya tidak faham... Yg saya faham 1x fatihah dan 3x al ikhlas...(sungguh2 dia tnjuk dgn jari) kemudian digosok2 perutnya....kemudian satu lagi ayatnya " baby" Dalam terpinga-pinga Ditepuk pula makcik dr Bangladesh... Errr... Macam ayam dan itik la kami bertiga... Makcik Bangladesh ni pulak....Alhamdulillah ada kakaknyer yg boleh berbahasa inggeris... Makcik Bangladesh ni bg tips utk dpt baby...alamak Ambil tasbih Pegang satu manik: baca selawat dlm solat hembus Manik ke dua...bg org lain baca selawat hembus Manik ke tiga org lain sampai habis... Rendam dalam zam2 Minum airnya bersama suami dlm masa 41 hari selepas solat fajr Makcik turki angguk2 jer dengar Saya iyakan ajer... Nak ambil gambar....haram kata makcik Bangladesh....terpana sebentar saya... Sahabat yg sedang berusaha mndptkan anak cuba yer. Tp ramai tuh nk hbskan satu tasbih...cari tasbih kecik

Cerita Raudhah 2

Image
Alhamdulillah Sudah 3 kali menziarahi baginda dan Raudhah dgn 3 cara berbeza 1. Saya menyertai mereka dr Asia Barat...badan2 mereka besar2 dan saya antara org Malaysia yg degil dan tidak mahu mendengar kata Dihadapan Rasulullah saya malu sendiri. 2. Saya menolak kerusi roda...memimpin makcik yang uzur menyampaikan hajat mereka ke Raudhah... MashaALlah saya tidak perlu berebut-rebut.....ada ruang tersedia buat saya Saya mohon ampun atas apa yg telah saya lakukan 3. Saya bersama jemaah Malaysia...menunggu giliran, duduk melepaskan jemaah negara lain dan melangkah dgn tenang tanpa berlari-lari dengan keyakinan di hati ada ruang dan waktu buat diri... ALlahuakbar Saya dpt solat taubat dan hajat Saya dapat berlama-lamaan dlm Rudhah...doa dan berdoa... Andai kalian ada peluang ke sini, jangan gentar. ALlah jaga kalian..akan ada ruang dan waktu yg ALlah simpan buat kalian...percayalah...... Nabi Muhammad Saw tahu apa yg kalian lakukan..... bersopanlah dihadapan baginda...

Masjid Nabawi

Image
Lihat bulatan bewarna hijau yang bertulis itu.. Itulah tanda tapak masjid Nabawi yang sebenar Tapak di mana Rasulullah menjadi imam Tapak para sahabat berhimpun dan mengutip mutiara dr Rasulnya Tapak mereka yang jauh meluah rindu dan menemuinya...

Ibadah

Image
Ibadah Bukan sekadar amali solat, puasa, haji dan lain-lain... Berjalan, mentafsir Mengajak untuk sama memahami Sama untuk mencintai Sama untuk mengambil iktibar Moga ini jadi ibadah saya juga... Cintailah Madinah.... Cintailah Rasulullah... Selawat dan salam buat Rasul junjungan Tegurlah saya bila saya salah.... Apa guna bersahabat jika bukan ke syurga bersama...

Kematian

Image
Awal pagi ini Memeluk waris salah seorang jemaah Malaysia yg telah meninggal dunia buat hati rasa sayu... Dia bakal beroleh syafaat mu Dia dibangkitkan bersama2 mu Jasad dia hampir dengan mu Kekasih ALlah: Muhammad SAW Kematian itu sebaik-baik peringatan. Dari ALlah kita datang, kepada ALlah kita kembali....

Kembara

Image
"Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Karena sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada” (Al Hajj : 46) #Kembarahaji1437Hijrah

Cerita raudhah 1

Image
Lain perasaannya..... Membawa mereka ke raudhah Menolak kerusi roda... memimpin yg seorang lagi.... Dengan Berebut-rebut sesama sendiri... Nikmat ALlah yang manakah yang kamu dustakan.... Rindu mama sangat2

Pintu 30

Image
Salah satu pintu yg membawa kaum wanita ke lorong raudhah Hari ni kau mungkin berlari-lari dan melepasi penjaga raudhah madinah Adakah itu membawa kalian ke taman syurga...raudhah yang kekal abadi Allahuakbar....aku jadi malu sendiri....

Sirah

Image
Disinilah Rasulullah SAW berdoa selama 3 hari berturut untuk memperolehi kemenangan dalam peperangan ahzab Perang Ahzab terjadi hasil hasutan yahudi bani nadhir yg telah diusir dr madinah 10000 org tentera ahzab dibentuk utk serang Madinah. Nabi Muhammad SAW gali parit sepanjang 3km hampir 6 hari berdasarkan cadangan Salman Al Farisi... Tentera musuh x dpt masuk... Setelah hampir sebulan...umat islam memperolehi kemenangan setelah tentera musuh berundur... #ziarahbumianbiya

Uhud

Image
Sabda Nabi: uhud inilah bukit yang kami mencintainya dan dia mencintaiku #ziarahbumianbiya

Masjid Quba

Image
Masjid Quba' Rasulullah SAW bersabda : siapa yg berwudhuk di rumah dan kemudian menunaikan solat 2 rakaat di Masjid Quba' akan dianugerahkan ganjaran seolah2 mengerjakan umrah... #ziarahbumianbiya

Kurma

Image
Madinah mmg terkenal dgn tanah yg subur dgn kurma... Nabi Muhammad SAW bersabda mereka yang makan ambil 7 biji kurma ajwah seawal pagi akan terpelihara dari sihir.... Rasulullah -Shallallahu ‘Alaihi Wasallam- bersabda tentang keutamaan dan keberkahan makanan dan kurma di Madinah : من أكل سبع تمرات مما بين لابتيها حين يصبح لم يضره سم حتى يمسي ” Barang siapa yang memakan 7 buah kurma diantara (Kurma yang tumbuh di Madinah) pada waktu pagi, maka ia tidak akan mendapatkan bahaya dari racun hingga waktu petang”. Diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam Shahih-nya No. 2047 dari Sahabat Sa’ad bin Abi Waqqash  #ziarahbumianbiya

Kelana Jaya : 1437 H

Image
Daddy's little girl ALlah pelihara kamu princess Kami pergi tak lama inshaallah KTO2: saudi airplane