Posts

Showing posts from April, 2017

Pesan buat anak 2

Image

Birthday

Image
 Harijadi ibu dulu-dulu, saat kecil Selalunya berlalu tanpa bunyi dan bisu... Paling hebat pula bila tok abah dan nenek masak nasi arab... Makan ramai2 dengan doa panjang tok abah... Tiada kek..tiada ucapan dan tiada hadiah besar... Dan ibu belajar.. umur akan terus berlalu..usia akan terus bertambah.. dan mati akan kian menghampiri... Alhamdulillah....kini Allah bawa suami, anak2 dan sahabat untuk terus2 mengingatkan.... Masa lalu itu akan terus kita tinggalkan... Terima kasih suami untuk setiap usaha, hadiah dan kasih sayang yang diberi... Terima kasih keluarga yang menerima hamba ALlah yang serba kekurangan ini seadanya... Terima kasih sahabat yang mahu sama membina impian kesyurga milik ilahi Maka Nikmat tuhan yang manakah yang perlu saya nafikan lagi... Allahuakbar...wahai anak, carilah ALlah dalam segenap kehidupan dan dia datangkan kasih sayang yang mana mungkin dapat dibeli... Kerana mereka sama berjanji ingin ke jannah menemui

Its a surprise..

Image
Awwww...ibu blushing πŸ˜ΆπŸ™ˆπŸ™ˆ Meh ibu share doa bila dipuji orang ek : "Allahumma la tuahizni bima yaqulun, waghfirli ma la ya'lamun, waj alni khairan mimma yazunnun" Ya ALlah, semoga Engkau tidak menghukum ku kerana apa yg mereka katakan, Ampunilah aku atas apa yang mereka tidak ketahui dan jadikanlah aku lebih baik drpd mereka perkirakan... #rumahkatapergikuburkatamari

Pesan buat anak

Setiap anak ada ceritanya tersendiri Setiap anak punyai keistimewaan peribadi Setiap anak ada ruang dalam hati ibu ini Jangan banding kisah tawa duka kalian, carilah hikmah disebalik cerita yang disusun ilahi Jangan memandang tinggi keistimewaan diri.. bersyukur kerana segalanya ALlah yang beri Dan.. Jangan kalian kira ruang siapakah paling besar dihati ibu ini... Sebaliknya hitunglah setakat mana kalian masih dalam pemerhatian ALlahu Rabbi Setiap dari kalian, Anugerah yang sungguh-sungguh tidak ternilai Bukan milik ibu, Pinjaman dari Ilahi...