Posts

Showing posts with the label Kahwin-kahwin

Adjusting life

Image
Adjusting life back to normal Moga ALlah permudahkan Sungguh di sini jadi rindu di sana... Dari sepatutnya 46 hari ALlah beri peluang untuk berada disana selama 53 hari Siapa yang tidak rindu Siapa yang tidak sayu Pulang sebagai hajjah masih belum menjanjikan syurga itu milik  diri sepenuhnya... Perjalanan ini masih panjang dan penuh liku.. Moga2 rindu yang bertamu menjadi panduan sepanjang kehidupan.. Moga2 rasa itu tidak mati.. Dan moga2 diri ini terus diperhati...

Muhasabah perkahwinan

Anak-anak Hari ini genap 4 tahun usia perkahwinan ibu dan ayah…. Sambutan?? Kejutan?? Ibu teruja untuk macam2…tapi seketika ibu terdetik…usia kami baru 4 tahun, kalau anak kecil…ada yang baru boleh memikir…baru belajar dan baru cuba untuk memahami.. Apalah sangat nak dibandingkan dengan mereka yang sudah 10, 12, 15 tahun berkahwin… Makanya..ibu tukar strategi…Menilai semula erti perkahwinan ini, meletakkan kertas peperiksaan di hadapan ibu setelah 4 tahun belajar….. Alhamdulillah kami telah bersama 4 tahun….Bahagia….sangat bahagia…namun, setakat mana bahagia itu…..akan berhenti di sini kah?…dunia ini…atau bahagia ini mampu bawa kami ke syurga…bawa kita semua ke syurga. Setakat mana kami saling mengenali antara satu sama lain? Setakat mana kami benar-benar memahami satu-sama lain? Setakat mana kami menampung kelemahan antara satu sama lain? Setakat mana kami cuba memperbaiki diri kami untuk kebaikan perkahwinan ini? Ungkapan bercinta hingga syurga banyak...

Selamat Pengantin Baru

Image
Dia kesayangan arwah abah…Dia peneman, kawan, jururawat, driver dan orang kanan abah. Dia juga kawan gaduh abah. Kami adik beradik faham bila abah lebihkan dia dalam beberapa hal…Dia tidak pernah membantah, apa sahaja..hatta keluar makan kedai tengah malam saat hujan lebat turun. Dalam banyak hal abah akan sebut nama dia dahulu..Dia ambil sebahagian besar tugas adik-beradik lain sebagai anak…Terima kasih adik, meski sepatutnya status isteri bukanlah halangan untuk berbakti pada ibubapa sendiri. Hari ini tanggungjawabnya kian bertambah, malah keutamaan sudah berubah….. Mungkin ini alasan arwah abah tiada di sini…. Mungkin juga ini alasan untuk takdir yang telah menjadi ketetapan Ilahi Sebagai ayah..bukannya mudah melepaskan anak yang sentiasa ada disisi… Sebagai ayah..ragu dan sangsi untuk seseorang yang baru dikenali untuk menjaga permata hati itu tentu wujud dalam diri Sebagai ayah..keinginan agar anaknya sempurna terjaga hati, tindakan dan perasaan tidak akan lari Dan ALLa...

Ulangtahun Perkahwinan ke 3

Image
3 Tahun lalu :  Abah jadi wali perkahwinan saya dan suami Semalam adik Asmak bercerita Abah menangis lepas pernikahan kak Nee, Kata Abah " Takpe..Asmak kan ada lagi ...." Esoknya abah dah suruh kemas barang untuk pindah berjiran dengan Kak Nee.. Hampir 3 tahun berjiran dengan abah sendiri... Kelmarin, abah pindah lagi......tapi kali ini sendiri... Kami masih berjiran...walaupun bukan jasad yang kelihatan..... Rindu Abah.... Sempena Ulangtahun Perkahwinan kami ini... "Moga-moga restu abah sentiasa mengiringi kerukunan rumah tangga kami...moga ikatan pernikahan ini dirahmati, mendatangkan manfaat dan kebaikan buat agama kami dan tentunya menambahkan kecintaan kami dan ahli keluarga kepada ALLahu rabbi...."

citer orang kahwin

Ingat lagi cerita 'kalau sudah jodoh'..post saya beberapa minggu lepas....Alhamdulillah kahwin juga saya ..dan Alhamdulillah hari ini genap 2 tahun kami bergelar suami isteri..... Saya pernah mendengar orng tua-tua berkata ( tidaklah tua pun orng yg kata pd saya nih ) ..alam rumahtangga biasanya akan diduga setiap 5 tahun sekali..5 tahun pertama itu biasanya menjadi bulan madu buat pasangan yg berkahwin..hmmm yer ker? saya baru 2 tahun berkahwin...anak baru seorang kalu nak dibandingkan dengan kawan2 saya yg lain yang anknya dah pun masuk darjah dua tahun ini..( u know who u are..hehehe buddy ) Mungkin benar..buat masa ini segalanya masih lagi berjalan baik....nak kata saya tertunggu-tunggu dugaan apa yg bakal saya terima sepanjang perkahwinan kelak....tidak juga...cuma saya mahu bersedia....siapa mahu  alam perkahwinan nya dilanda gelora dan siapa yg tidak mahu bahagia, namun rasionalnya... pantai mana yg tidak dihempas gelombang..... Alhamdulillah..saya mengambil kira ...

kalau sudah jodoh.....

Image
Saya kahwin lewat.....usia 29 tahun, saya masih single and available...tak cari ker? tak larat cari dah..hehehe yg saya berkenan tak berkenan pada saya...yg berkenan pada saya...saya susah pulak nak terima.... Tapi sebenarnya bak kata orng tua-tua, itu semua cerita jodoh........ Saya tidak mencari namun saya tidak pula menanti jodoh itu tiba...... Setiap hari saya berdoa agar ALLah tetapkan yg terbaik untuk saya.....Saya berusaha untuk memperbaiki diri saya...dan saya mengambil iktibar dari kisah rumahtangga yg ada dihadapan saya, mempersiapkan diri dan cuba untuk menerima hakikat bahawa hidup ini ALlah jadikan punya fasanya tersendiri.....dan akhirnya atas usaha mama dan temannya, bakal suami saya menjengah ke rumah untuk perkenalan yg pertama....... Walaubagaimanapun..saya masih ragu....saya tidak pasti keputusan mana yg terbaik...Saya tidak mahu memperjudikan nasib saya untuk sesuatu yg tidak pasti...... saya tidak dapat membayangkan hidup bersama seseorang yg tidak...