Posts

Showing posts from February, 2013

masa

Image
zaman ibu, masa berlalu sangat-sangat cepat. Laju. 1 minit bakal membawa perubahan dan macam-macam boleh berlaku. I minit ibu lewat keluar, jalan jadi sesak dan punch card ibu boleh merah. Dulu...masa yang dipinjamkan ini sepenuhnya untuk ibu. Sekarang ibu perlu kongsi 24 jam ini dengan kesayangan ibu, tentu sekali diri ibu sendiri, suami, anak-anak, pelajar2 ibu dan tentunya buat teman2 ibu. Pembahagian masa yang harus dilakukan dengan bijak. Tentu sekali, ibu mahu yang terbaik untuk kit semua..untuk ibu sendiri dan paling penting untuk mereka disekeliling ibu, Abdul Muhaimin, adik dalam rahim ibu sekarang ini, suami ibu, pelajar2 ibu, mereka yang hampir dengan ibu. Ibu bukan orang hebat sayang untuk melakukan itu semua....Cemburu hati ibu melihat ibu-ibu hebat yang lain....Cemburu dengan Dr. Muhaya, Dr Harlina Siraj dan tentu sekali Ibu DarwishDarwisya Puan Lina Karim....wanita yang hebat di pandangan ibu... Ibu tidak mengimpikan sehebat itu cuma cukuplah menjadi contoh terba

terima kasih

Lama betul ibu tidak berkunjung ke sini.....ibu terasa lama tidak membebel malahan terasa lamanya tidak berbual dengan anak-anak ibu... banyak yang ingin ibu tulis dan banyak yang ingin dicatatkan sepanjang perjalanan kehidupan yang kita lalui  bersama.....sebolehnya ibu mahu rakamkan setiap saat dan catatkan dalam tulisan ibu ini untuk tatapan anak-anak ibu...sayangnya kebersamaan kita juga membataskan ibu untuk itu semua.... Bila ibu mengadap lap top atau gadget2 lain....sayu bila Amin datang dan bersuara 'nak ibu..nak ibu'...walaupun ibu sememangnya ada dihadapan kamu setiap masa.... ibu tutup note book atau sebaliknya note book akan bertukar kepada sesi pembelajaran Amin..... Sudahnya...apa yang terakam di minda ibu...apa yang tercatat di hati ibu...ibu simpan diam-diam.....nak menulis semuanya sekali....sudah tentu tidak sama ketika saat keterujaan melalui detik-detik yang telah berlalu tersebut..... Banyak yang telah berlaku....Alhamdulillah kita banyak menghabiskan