Posts

Showing posts from July, 2021

Naluri ibu dan hamba.

Image
 Alhamdulillah, Maha besar ALlah yang mengurniakan nikmat yang paling besar Islam dan iman.. Mudah-mudahan ALlah kurniakan ihsan dan tawakal yang tidak berbelah bagi. . Harijadi nenek. . Ibu rancang untuk berkunjung bersama ayah petang nanti . Awal pagi ciksu datang bawakan rambutan dari nenek 😅 ALlah.. . Bila jadi ibu... Betapa rasa itu mula ibu fahami SubhanaALlah yang mengurniakan ibu untuk memahami dan merasainya  .  Rambutan nenek dan cik Nor bagi ibu buka satu2 letak dalam bekas, anak-anak tak perlu bergaduh dengan semut yang banyak... Naluri itu datang sendiri...  .  Allahu Rahman ALlahu rahim... Bayangkan rahmah dan kasih sayang seorang ibu sudah cukup besar, cukup menakjubkan, berada dekat dengan ibu memeluknya sudah cukup menenangkan... apatah lagi ALlahu Rabbi yang mengurniakan rasa tersebut.. MashaaALlah..  .  Maka anak-anak... sentiasalah bersyukur untuk nikmat hari ini kerana tanpa kita sedar apa sahaja yang kita perolehi lantaran doa dan barakah ibu.. Dan tentunya kasih

Cerita

Image
 Maha suci ALlah yang bukan sahaja Al Khalik menciptakan setiap individu berbeza sejak zaman Nabi ALlah Adam, malah menyusun cerita yang unik untuk setiap mereka itu termasuk kita. . ALlahu Bari'.. Ibu selalu percaya setiap individu punya kisah tersendiri.. Yang di atur dan disusun sangat cantik oleh ALlahu rabbi..Menakjubkan bukan... hingga kita sangkakan ia adalah kebetulan... Anak2.. Yakinlah.... Tiada kebetulan dalam islam... ALlahu Bari' Ada banyak kisah musim Covid ini .  Kisah yang ALlah lakar untuk kita tadabbur buat bekal dalam kehidupan Kisah yang menjadi ujian buat penentu akhir kehidupan bertemu tuhan kelak.  .  Musim covid ini..  Kisah turun naik kes yang adakalanya menjadi hitungan buat penilaian pulihnya bumi.  Kisah ada yang tewas berakhir dengan keputusan membunuh diri Kisah bendera putih usaha dan ikhtiar tanpa henti.  Kisah menteri dan selebriti yang menjadi idola kemudian pengikut berubah hati.  Kisah ujian dan dugaan para ilmuwan malah mereka yang memanggil

Damai dan tenang

Image
  Alhamdulillah ibu berjaya menamatkan bacaan sebuah buku lagi . Membaca adalah cara ibu lari jauh dari memikirkan situasi yang berlaku hari ini, cubaan untuk melarikan diri dari tekanan, depressi dan anxiety. Adakala ibu cuba dengan jauhkan diri dari media sosial, mengemas rumah, memasak, membaca dan menulis untuk kalian semua....Apatah lagi bila  ALlah beri ruang. ABC (ALLah bagi Cuti) untuk ibu. Mudah-mudahan ia menjadi sebahagian dari ibadah. . Buku kali ini ibu baca seiring dengan kebangkitan perjuangan pembebasan Palestin yang nampak kian giat dijalankan tahun ini. Untuk pengetahuan anak-anak, tahun ini..Bumi Gaza berdarah lagi, peristiwa yang berlaku Ramadhan baru-baru ini membuka mata banyak pihak.  Malah, Mashaallah ia menyemarakkan rasa persaudaraan yang kuat dan teguh..Nanti ada masa-masa anak-anak cari maklumat tentang "israel koyak" dan "Sheikh Jarrah".  . Dalam buku ini ibu temui Jafah, Hebron, Haifa, Juruselem dan beberapa nama lain..watak-watak yang

Tanda buat kita

Image
Anak-anak  Hari ini.. Masih lagi dalam situasi wabak Covid 19 Keadaan dan situasi di Malaysia hari ini mendebarkan. Menakutkan? ALlahu tiada yang lebih menakutkan dari menerima azab Allah... Mudah-mudahan ini ujian.. Tanda sayang ALlah pada kita hambanya.  Benar,  ALlah tinggalkan tanda di segenap ruang mukabumi..  .  Tanda kita ini masih dalam perjalanan ke Negara abadi .  Ibu seronok sangat dapat tanda ingatan di ruangan autograf buku pilihan bacaan ibu hari ini..  Namun sebenarnya lebih utama, terima kasih  tak terhingga kepada penulis  kerana meninggalkan tanda di hati ibu.. . ALlahu  Ada banyak bab dan perenggan dalam buku ini yang melekat di hati ibu Kebanyakan bab buat ibu teringin sangat nak mengelilingi dunia. Mentadabbur alam..  Lucukan, ibu lahir di luar negara, tapi tidak pernah keluar dari Malaysia (kecuali tanah haram) sejak dipos balik ketika berusia 2 tahun.. (ibu tak ingat ada tak cerita pada anak-anak, nanti ibu tulis sini)  ALlahu Bari' Ada bab buat ibu rindu san

Vaksin

Image
Semalam kes covid di Malaysia mencecah 11 000..Hari ini masih lagi 11 000 lebih . Hari ini atas lintasan hati yang  ALlah kirimkan buat salah seorang sahabat ibu, ibu dapat peluang mendapatkan suntikan vaksin.. ALlahu Hafiz, ALlahu Bari', ALlahu Muhaimin . Sayu rasa hati . ALlahu Bari' Yang Maha Merancang Hari ini hambaMu melalui sebahagian dari takdir dan ketetapanMu..  Allahu Akbar..  Yang Maha Besar Mudah-mudahan usaha ini meningkatkan tawakal dan kebergantungan kami pada kekuasaan dan kebesaran mu Ya ALlah ALlahu Malikul Mulk Yang Memiliki Segenap Kerajaan Mudah-mudahan usaha kami ini menzahirkan keimanan kami terhadap qada  qadar dan ketetapanmu..  ALlahu A'fuww Yang Maha Pengampun Ampunilah dosa-dosa kami, hamba yang menzalimi diri sendiri.. ALlahu Syahiid Yang Maha Menyaksikan Saksikanlah usaha kami ini Ya ALlah ALlahu 'Jabbar Yang Maha Kuasa Angkatlah wabak ini.. Ya ALlah .  ALlahu Mujib Yang Maha Mengabulkan Doa Perkenankanlah permintaan hamba-hambaMu..  Tiada

Cerita Satria

Image
Satu hari Muhaimin tanya ibu dah baca Hikayat Satria-satria Pejuang? . Satu hari dari hari-hari yang berlalu, ibu ambil masa untuk membacanya 4 hari 5 buah buku kegemaran Abdul Muhaimin  Mashaallah, maha suci ALlah yang menganugerahkan idea 💡 dan bakat menulis cerita yang bukan sahaja menarik minat seorang anak berusia 10 tahun malah menimbulkan rasa kagum ibu berusia 41 tahun menyelak lembaran demi lembaran, sedar-sedar 4 hari berlalu dan 5 buku telah tamat.  Moga setiap tulisan diberkati dan memberi kebaikan.  Anak - anak , teruslah membaca. Mudah-mudahan ia menanam jati diri yang baik, menyubur rasa cinta dan semangat perjuangan yang positif.  Untuk ibu. Adakalanya masuk ke dalam imaginasi dan fiksyen anak-anak membawa diri jauh dari kekalutan dunia yang kini penuh tipu daya..Mudah-mudahan menanam rasa percaya  yang haq akan sentiasa menang.  .  Ibu letak sini perenggan yang menjadi kegemaran ibu.. Satu hari nanti bila ibu tiada, dan kalian baca buku ini... Doakan ibu 😊 agar doa i