Posts

Showing posts with the label Book review

Baca : Nabi Muhammad SAW dalam Al Quran

Image
  “Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul daripada golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad SAW) yang sangat mengambil berat tentang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat inginkan kebaikan bagi kamu (dan) dia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih-sayangnya kepada orang-orang yang beriman. " (surah At Taubah 9:128) Ibu tidak pernah tidak menangis membaca hasil penyampaian asy syahid Dr Muhammad Sa'id Ramadhan Al Buti. Allahuakbar, tulisannya memang dari hati..  .  Moga ALlah tempatkan beliau di kedudukan tertinggi .  Sama-sama kita sedekahkan AL Fatihah buat beliau.  .  Baca wahai anak...  .  Biar cinta mu pada Nabi bertambah 😍

Baby proof

Image
Done while she is still sleeping. 8.56am @ Bkt Kepong , Beranang " Things certainly aren't the way you imagine them when you're kid and dreaming big dreams about what your life as a grown-up will look like. Even with a mother like mine, even with my untraditional wishes, even with all the books I've read about all the people with lives screwed up in one way or another, I still could have sworn things would be so much neater and easier than they're turning out to be." pg 124-125: Baby proof by Emily Griffin.

Diagnosis 2

Image
Alhamdulillah tamat ~ tak sia-sia 1 Mei " Life is shorter than you could imagine. Better make full use of it. Don't just sit around in your chair whining about how bad life is treating you" pg 271: Diagnosis2

+ TUHAN Sedang Menguji Kita +

Image
Janji Allah adalah pasti. Sebagaimana Allah menjanjikan bahawa setiap yang bernyawa akan merasai kematian, sebagaimana Allah menjanjikan ada kemudahan selepas kesulitan, begitu juga janjinya bahawa setiap mukmin tidak akan hanya dibiarkan berkata mereka beriman selagi tidak diuji. Allah berpesan, jika belum datang ujian, janganlah menyangka bahawa kita ini ahli syurga. "Demi sesungguhnya! Kami a kan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut kepada musuh Dan dengan merasai kelaparan Dan dengan berlakunya kekurangan dari harta benda Dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar; iaitu orang yang apabila ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata "sesungguhnya kami adalah kepunyaan ALLAH Dan kepada ALLAH jualah kami kembali" (Al Baqarah:155-156) 17 Julai 2014 MH17 ditembak dan mengorbankan 295 nyawa... dan kisah Gaza diserang masih belum berhenti.... tenanglah wahai hati....siapapun empunya diri..yakinilah inilah ujian datang...

Ajar , mahu dan marah

Bila dengan anak… Ibu marah nasi bersepah……tapi yang dilihat bila masak ibu sering membuang… Ibu mahu dia dekat dgn Al Quran…..sayangnya ibu leka…Quran lama tidak dibaca Ibu idam alhafiz dalam keluarga…surah yang ibu hafal boleh dikira itu pun yang wajib-wajib sahaja Ibu mahu anak berilmu…..tapi sayang majlis-majlis ilmu, ibu kurang bertandang…malu Ibu mahu anak menghadapi kenyataan dan realiti…..kenapa pula anak diajar fantasi TV..beri dan beri Ibu mahu Rasulullah jadi ikutan…kenapa ultraman yang disebut contoh utama, " Ultraman pakai baju…." Aneh ya bukankah Rasululullah ajar ilmu dan adab berbaju sempurna   Ibu marah minta-minta di pasaraya….tapi ibu kerap tanya nak apa Ibu marah tonton tv hingga pagi..bukankah ibu pernah beri sekali kenapa tidak lagi Ibu suruh berkata baik-baik sahaja…kenapa keburukan orang yang ibu kata ..mengata anak orang bukankah sama sahaja Ibu pesan sabar…kenapa pula ibu marah-marah begini… Ibu kata marah tanda sayang…..kenapa pula...

Pengakhiran yang indah...

Image
Ini kisah dia perjalanan kehidupan seorang hamba Allah 20 tahun ..dan dia menyentuh hati banyak pihak..memberi pengajaran   menginsafkan... Moga hari-hari kalian...permata hati ibu..Abdul Muhaimin dan Nuha Salsabila akan sentiasa memberi erti... dan moga detik akhir kita ibu....merupakan saat terindah sepanjang kehidupan kita...

Pak Ngah dan sabar

Image
Amin dan Nuha ingat Pak Ngah tak sayang...... Satu sifat yang ada pada dia yang sangat ibu kagumi ialah sabar. Sabar milik pak ngah kita tidak ternilai Satu: dia tidak pernah tinggi suara walau sedikit Dua: marahnya tidak kelihatan langsung..tapi dia marah Tiga: dia suka senyum( kecuali kalau bergambar ) Empat: Dia terlepas banyak perkara sepanjang hampir 10 tahun dia di mesir 1. dia terlepas kenduri Pak Lang..adik dia sendiri 2. Dia terlepas kenduri ibu ...kakaknya sendiri 3. dia tidak sempat melihat jenazah arwah nenek dan paling terkesan sekali bila dia tidak dapat menatap wajah arwah abah untuk terakhir kalinya. Namun SubhanaALLah Pak Ngah tenang biar pun riak wajahnya sedih. Dia Sabar, sangat sabar. Redha. Dan Aminlah yang sentiasa menemani Pak Ngah menziarahi kubur tok abah. Hari-hari bersama kita di bumi Malaysia dihiasi dengan senyuman Pak Ngah. Pak Ngah sudah berangkat kembali ke Mesir, bumi tanah tumpah darahnya sendiri, bumi anbia yang masih lagi bergolak da...

Hakikat Kehidupan

Image
Realitinya : Yang telah pergi yang baru kini Abdul Muhaimin :  Tok Abah selalu pesan katanya Amin la harapan tok Abah untuk doakan Tok Abah, hafaz Quran, ikut Tok Abah ke surau.  Sekarang kita tidak akan dengar lagi harapan tok abah, ibu pun tak pasti samaada Amin masih ingat kenangan dengan tok abah..tp yg ibu tahu bila ibu tanya kamu mana tok abah ketika ini kamu akan kata " kesian tok abah sakit, tok abah gi hospital..." Adik Nuha Salsabila : Nama Salsabila itu datang dari Tok Abah kamu sendiri...dia mahu kamu dinamakan sebegitu...sebelum sakit sering menyanyikan lagu Salsabila..berangan-angan berbual dengan kamu dalam bahasa arab.. Sayang, ibu rindu tok abah...In sha ALLah harapan tok abah akan ibu usahakan, bukan hanya kerana tok abah..tapi ibu merasakan ia tidak sedikit pun merugikan kalian.... Moga-moga kalian faham...

Jadi baik...

Image
Sejak akhir-akhir ini ramai yg berhijrah...Baru2 ni terjumpa gambar pelakon sharifah sofea yg manis bertudung (gambar ambl dr fb wardina dr program poitive heart solution)..Siapa sangka dan siapa tahu pada siapa dan bila hidayah itu akan datang...Saya masih belum tahu bgaimana Sh. sofea mahu memakai tudungnya..tp saya dh dengar pelbagai cerita tentang hidayah Allah yg turun sehingga memungkinkan mereka semua untuk berhijrah..... Subhanallah, kasih sayang Allah tidak bertepi..... Pada pandangan mata kita (saya la tu )satu ketika dahulu " ish dia nih..seksinyer" atau " ish dia nih mcm orang putih jer gaya hidupnya" dan macam2 lagi..tak keluar kat mulut tp terdetik juga dlm hati.....Namun, rupanya pandangan yg Maha Kuasa itu berbeza....Orng yg kita kata itulah yg menjd pilihanNya untuk memperolehi hidayah dlm keadaan yg cukup berbeza dan istimewa. Kita? (especially penulis nih) sudah cukupkah hidayah kita? Kita berpuaa, solat, menutup aurat, namun adakah itu cukup un...

hah..dah sunat? kecik lagi..sian dia...

" dah sunat ye kak.." senyum jer... " kesian dia...sakit ek...." hmmmm banyak kali juga lah soalan yg sama diajukan setiap kali buat pemeriksaan untuk Amin di klinik desa.... sakit ke dia..hmmm tapi tengok macam ok je..pagi tuh sunat petang tuh dia dah main2 air dah.... Salahke sunat ketika baby nih..hmmm mungkin orang kita banyak dipengaruhi oleh budaya melayu itu sendiri..bersunat tunggu besar sikit...kemudian ada majlis khatan dikampung2..ada juga upacara mandi berendam ramai2 dalam sungai.... Waktu menyuarakan hasrat untuk khatankan Amin ketika baby lagi, nampak macam abang agak ragu2..tapi dia ok jer.... Dalam bahasa Arab sunat nih kita panggil khitan...maksudnya memotong qulfah yakni kulit yang menutupi kepala zakar...... Wajib ke khitan nih??? Menurut riwayat Imam Ahmad di dalam musnadnya dari Hadis Ammar bin Yasir katanya: Rasulullah telah bersabda: Diantara fitrah ialah berkumur-kumur, membersihkan hidung dengan air, menggunting misai, bersiwak (menggosok ...