Posts

Showing posts from 2005

+REMEMBERING 29 deCeMBer+

Why Should I remember? 29 December 03, Isnin End of final year..2 bulan menganggur dan baru pulang bercuti di Pangkor… Lega…bebas dari kesibukan assignment, kelas, project paper n etc Seumpama baru menamatan satu larian yang sangat panjang... Telefon berdering..saat khabar ditanya.. " Alhamdulillah..sibuk " Terpempan seketika..... 29 December 04, Rabu 9am-5pm Kalut?!? Majlis Pelancaran Ulung 'Kempen Budi Bahasa' tinggal 2 minggu lagi. Budget kempen? Budget 5 tahun bahagian? Surat Menteri? Banner? Lagu Kempen? Buku?? Hah reject lagi...buat baru!?Hah..nak Segera?! Argh takkan nak tuang kelas lagi?? 6-9 pm dalam Kelas..apa nih? Blur?! Tak faham?? alamak assignment??! After class kita buat group discussion k.....hmm 29 Disember 05, Khamis Tamat KPLI setelah letak jawatan di Kementerian, menanti surat posting... Plan hari nih..basuh kereta..hujan?! reda dah...alamak bekalan air tak de pulak.... Mati kutu.Nak buat apa nih?...saat ini terngiang-ngiang.." Alhamdulillah..

+mengapa menunggu??+

Mengapa menunggu? Kerana walaupun kita ingin mengambil keputusan, Kita tak ingin tergesa-gesa Kerana walaupun kita ingin cepat-cepat, Kita tak ingin semberono Kerana walaupun kita ingin segera, menemukan orang yang kita cintai Kita tidak ingin hilang jati diri kita dalam proses pencarian itu Kerana walaupun kita ingin lekas mengapai impian, kita akur ketentuan tuhan... Jika ingin berlari, belajarlah berjalan dahulu, Jika ingin berenang, belajarlah mengapung dahulu Jika ingin dicintai, belajarlah mencintai dahulu Perlu diketahui bahawa bunga tidak mekar dalam waktu semalam Kota rom tidak dibangun dalam sehari Kehidupan dirajut dalam rahim selama sembilan bulan Cinta yang agung terus tumbuh selama kehidupan

+ remembering 26 DeCeMbeR 2004 +

Image
Walau badai datang melanda Walau alam terbahagi dua Demi kasih sesama manusia Rupa dan darjat mengatasi segala ~ Ada hikmah dan pengajaran dalam setiap rahsia alam.....~ AL Fatihah buat mereka yang tiada.. Salam perjuangan bagi mereka yang meneruskan kehidupan... Istimewa buat teman dari Acheh: Ratna Mulyani dan pasangan Hafas Furqani .jemputan kalian lewat sms tak lama selepas peristiwa 26/12 tak dapat dipenuhi..Namun saya iringi doa agar semuanya baik2 belaka..moga tercapai segala impian dan bahagia keakhirnya..mungkin terlalu awal untuk saya ucapkan ' Selamat menyambut Hari Ulangtahun Perkahwinan yang pertama...' tapi apa salahnya.... Orang Acheh pulang ke Acheh sehari-hari berkebun pisang Budi dan kasih tidak tersisih Lekat tersemat dikenang orang

+ tiS giRl 25 years old already, Huh! +

Image
Kali ini saya akan bercerita tentang seorang teman…. One of my 14 dan adik bongsu kami…'klien' tetap saya….sering meluahkan rasa dan meminta pendapat saya dalam segala hal. Pernah dalam satu waktu ketika di U dia 'menetap' di bilik saya...hahaaha….sangat workaholic (kalah orang lelaki). So..sesiapa yang ada hati tuh terpaksa ler memahami situasi adik saya sorang nih..(she's not single but still available hahahaha)….bersamanya menyenangkan dan menyeronokkan tapi kadang2 buat saya rasa macam kakak..kadang2 harus berlagak seperti ibu dan ini buat saya rasa tua sebelum waktunya...tak sangka dia dah dewasa...hari ini dah 25 tahun. . To my dear sister, Allah has not promised... Skies always blue Flowers strewn pathways All our lives through Allah has not promised… Sun without rain Joy without sorrow Peace without pain But, Allah has promised Strength for the laborer Light on the way Grace for the trial Help from the above Unfailing sympathy Undying LOVE Happy birthday de

+ WaJaH +

Berbumbungkan angkasa kelabu Lantainya bumi retak seribu Setiap langkah perjalananmu Beronak berliku Betapa berat mata memandang Berat bahu menggalas bebanan Belum sempat menitis ke pipi Tangisan kering sendiri Berkali tersungkur Pandanganmu kabur Namun azam meneruskan hidup Tak pernah luntur Engkau lah pewira Di medan derita Merentasi ranjau kehidupan Dengan harapan Luahan rasa derita jiwa Pada wajah tiada rahsia Menunggu malang berganti tuah Usah kau berputus asa Kaulah perwira..... 3 tahun lepas...saat pulang dari berhari raya dan singgah di sebuah Masjid di bandar berhampiran..saya lihat Shifa' adik bongsu saya menghulurkan angpau raya yang diterimanya pada hamba ALlah yang sedang berteleku atas kerusi rodanya..shifa' senyum dan saya tahu dia gembira.. Hari ini...Shifa' tak pernah lupa pada teman-temannya yang telah kehilangan bapa mereka..adakalanya dia simpan apa sahaja yang saya beri dan bawa ke rumah sebelah..dia tertawa dan teman-temannya sangat gembira dengan keha

:.:KeTeNtuAn @ PiLihaN ??:.:

Bila diajukan persoalan dan permasalahan dunia korporat, sales dept, training dept atau Management dept dalam sesebuah organisasi ...saya jadi kaget dan buntu..sejak mengikuti kursus perguruan, persekitaran saya agak berubah... perakaunan, finance dan seumpamanya juga sudah lama tidk saya sentuh... Jenuh memikirkan perkara tersebut..janji untuk post pendapat saya disini terpaksa saya tunda hingga kesaat ini...maaf... Saya sering pandang tinggi buat mereka yang bergelar..trainer..ialah ..kerjanya train orang..sudah pasti ilmunya bagus, kemahirannya tinggi dan yang pasti pengalamannya lebih...Apa yang orang lain tiada dia ada.....Kata-kata mereka mampu mempengaruhi orang lain malahan memotivasikan mereka yang berada di bawahnya...Agaknya inilah juga rahsia jutawan-jutawan yang menjalankan perniagaan direct selling..mereka bukan sahaja buat sales tapi train orang-orang bawahan mereka...iya ker....Hahaaha..teringat K.Shada...Sorry yeer Melihat peluang yang sukar diperolehi sebagai titik no

::KEEP IN TOUCH WITH MY FRIENDS::

Image
Setelah lama bergelumang dengan assignments dan buku, cuti kali ini saya beri peluang untuk berhubung dengan teman lama saya…. Mengunjungi Syamoon teman sekelas Mstr Finance dahulu sangat mengajar saya erti kekuatan, sabar dan tabah...dia meneruskan pengajian bersama tanggungan 2 anak kecil bersendirian memandangkan suami yang mencari rezeki jauh diperantauan....tanpa keluarga disisi dia tenang dan tidak merungut...kagum... Su'ad masih lagi ramah dan kian cerdik.Kalau dulu Suad hanya berpaut pada mama, kali ini tidak lagi..kali ini juga berpeluang berkenalan dengan Khaleed yang baru 11 bulan...tingkahnya sangat comel..sampaikan auntie terbayang-bayang wajah anak-anak saudara auntie ini.. Oh ya..Syamoon...thanks untuk jubah yang cantik tuh...actually saya sangat sukakannya tapi malu nak cakap kat awak...heheehe Mengunjungi eina di rumah barunya penuh dengan kejutan..sejak akhir-akhir ini teman baik saya sejak sekolah menengah ini sering mengheret saya dalam keadaan yang tidak terdug

awal dan akhir

Image
Pernah pegang globe? dimana pun kita dan ke mana pun kita berada dan menemui penghujung kawasan yang ingin kita lalui, sekali lagi kita akan bermula kembali... Selama mana manusia itu bernyawa..awal dan akhir merupakan sebahagian dari rencah hidupnya...Ia akan bermula berakhir, bermula semula dan kembali menemui penghujungnya..putaran tersebut akan terus berputar hinggalah ke pengakhiran yang sebenar..dan yang ini pun bakal memulakan sesuatu yang baru....yang lain dari dunia kini..mungkin sebab tu ALlah jadikan bumi ni berbentuk sfera... Dulu sewaktu berakhirnya musim persekolahan dan tamat peperiksaan SPM...saya sangat sedih..tak tergambar perasaan waktu itu..Saya menangis sepanjang perjalanan dari asrama hingga tiba ke rumah...dan itulah antara pengakhiran yang terawal mengajar saya lebih dewasa... berakhirnya gelaran sebagai pelajar universiti meninggalkan pengalaman yang cukup-cukup manis dan paling hebat buat diri saya..pengakhiran yang membentuk diri saya.. tak sangka saya dah me

tetamu

Image
Saya pernah dengar orang kata tetamu bakal bawa dosa kita keluar... Sayangnya saya jarang menjemput teman-teman saya ke teratak buruk keluarga saya.. Bukan saya sombong..lagipun nak sombong apa rumah saya idak ler besar sangat..cuma ia sangatler jauh...saya tak mahu menyusahkan orang...saya juga tak mahu membazirkan masa teman lain.. Namun apa salahnya sekali sekala.. Rentetan itu, kami sekeluarga mengadakan open house buat kesekian kalinya...itupun selepas desakan 2-3 org teman rapat abah..hmm hasilnya..ramai juga yg jd tukang bawa dosa kami keluar... (",) heheehe Kasihan Asma' yg tenat dengan gastriknya..makanya terpaksale saya mengambil kontrak buat roti jala menggantikan tempatnya....boleh tahan juger roti jala sayer..hehe Sempat juga bertemu dengan Eina, Abg Iza dan Wardah (huh, dah besar baby ni rupanyer)..Oh yer, riuh juga bila rumah kami dikunjungi klon 'Mawi' yang tidak kami duga. Bukan senang nak bawa 'Mawi' kesini.Terima kasih kerana sudi hadir dan

~ nyum nyum ~

Image
Khamis petang.... Just after KISm course for that day, went to K.Yus's house.. beraya??..actually memenuhi perancangan yg tak jadi.. Laluan nak kesana..agak adventure hahahaa.. actually dekat jer.. Sian k.yus terpaksa sibuk-sibukkan diri.. +K.Zura, K.Wan, K.Zuraidah n K.Yus+ yang best nyer bila makan KFc..heehe kurang lebih dapat gak kita org gi rumah akak before akak gi Sabah nanti.. thanks kak.... Jumaat Petang Jamuan Puteri Islam.. Masa rehat waktu bebudak laki nih solat Jumaat, kami sempat komplot makan satey... sayangnyer...makanan idak ler menepati bilangan yg kami pesan... Sian Pn Zainah n Pn Norma..hehhee, mujur depa sporting dan amat memahami kami yang agak kebuluran... almaklumlah whole morning dalam dewan dengar ceramah... namun..maaf kami ucapkan atas ketidak cukupan + Pn Zainah dan Hadiah besornyer + Sempat ambil intipati ucapan persaraan puan Zainah yg kami panggil "makcik".. "saya minta maaf, saya banyak salah..saya suka kacau orang, saya nakal..

wishes

Image
Some of my wishes are belated already .. but it cant deny the fact that ur existance do cherish my journey Your presence is a gift to the world , You're unique and one of a kind. Your life can be what you want it to be Take it one day at a time.. Count ur blessings, not your troubles, And you will make it through what comes along Within you are so many answers Understands, have courage and be strong Don’t put limits on urself Your dreams are waiting to be realized Don’t leave ur important decision to chance Reach for ur peak, ur goal and ur prize Nothing wastes more energy than worrying The longer problem is carried, the heavier it gets Don’t take things too seriously Live a life of serenity, not a life of regrets Remember that a little love goes a long way Remember that a lot goes forever Remember that friendship is a wise investment Life's treasures are people…together Have health and hope and happiness Take the time to wish on a star And don’t event forget for even a day Ho

Citer Rayer, ExAm dan ......

Terlalu banyak yang ingin diperkatakan…almaklumlah agak lama juga tak menceceh di sini…. Dan terlalu banyak peristiwa yang berlaku... Hari Raya..sekeluarga balik Sekinchan..wah rindu betul kat kg... Rumah tengah sawah milik arwah atuk adalah tempat yg sering terbayang difikiran... Bukan mudah nak lihat rumah kg sekarang nih... Dan paling menarik sekali tak sangka still dapat angpau dari tuk-tuk sedara yg dilawati.. Aiks terbalik pula..Suppose to be...saya yang memberi... Kad-kad rayer pula idakle banyak..tapi kad walimatulurus tuh lebih2 pula.. Sampaikan confused whether now is Raya month or kahwin month… Tak lama after Rayer. exam.. 3 hari berturut-turut… Playing with facts and words…challenging.... Keluarlah teori Bandura,Ausebell,Maslow dan ntah apa-apa ntah lagi.. Bab aplication..hmm I goreng mana yg mampu.... Saat nih la macam2 ragam orang yg ditemui… Kata yg terkeluar...rasa yg tak terduga.. Well I tried to be the best person that I could to others.. Namun persepsi orang berbeza.

::AIDILFITRI 1426::

Image
:Salam Aidilfitri : Rusdy @ Egpt ( we miss u a lot), my 14: naem, nani, mila,Lond, Cha, Ita, Wa, remek, mamek, Sara, aishah, raudz, yana, Eina n family, warga Bhagian Warisan, KKKW, PTD members: Nasar, Azam, G, Aniz, Asha, K.Norma n family, K.Syella n family, classmates, x-clasmates, lectures , x-lecturers, Fatimah,atie, Djho,Padel, my children from Convent Kajang n Convent Jln Peel...n for viewers n readers .... Maafkanlah saya atas... Kata, salahlaku dan tindakan yang terlanjur, hutang yang tidak berbayar, niat yang hilang sucinya, rasa yang penuh curiga, amarah yg tidak pada tempatnya, kesilapan dek alpa dan lupa, kekurangan dan kesilapan diri. ~ maafkanlah saya ~

+refleksi ramadhan+

kali terakhir post blog...subject: Ramadhan.. Kali ini..Ramadhan lagi... Kala berulang alik dari maktab ke rumah hujung minggu terpandang kain rentang menyambut awal Ramadhan..tertulislah.. " Ramadhan hadirmu dinanti..pemergianmu ditangisi" Sama ada tangisan kemenangan, kegagalan menjalani ibadah sepanjang bulan indah ini atau tangisan menghadapi hari muka..ramadhan tetap akan berlalu..dan untuk mengakui bahawa Syawal ini adalah kemenangan buat diri amat le memalukan sekali.. Nak rayer dah ker??!! Sedar tak sedar dlm sibuk bulan ibadah yg menghampiri hari periksa nih...sempat gi 2,3 kursus yg diwajibkan, buat assignment dan tentu sekali melawat Jln TAR 2 kali, Giant ntah berapa kali, ke bazar Ramadhan berkali-kali, mujur berbuka di luar tuh hanya sekali...sayangnyer macam tak sempat pula nak cover tadarus ngan roomate, solat terawih penuh...bangun malam?!? belum lagi kesempatan yg dibuat bila melahirkan rasa tak puas hati, mengumpat, marah dan macam2 lagilah... Hmm...berbaloi

~ ahlan wa sahlan ya RamaDhan ~

R E N U N G A N Telah diriwayatkan bahawa AbduLlah b. Amir b. al-Aash r.a menyebutkan NAbi S.A.W bersabda: " Puasa dan Al-Quran akan memberi syafaat kepada seorang hamba.Puasa akan berkata (membela) : " saya telah menahani dia makanan dan selera keinginan di siang hari,maka izinkanlah saya mensyafaatkannya." dan berkata pula Al-Quran:"saya telah menghalangi dia tidur di malam hari,maka berilah syafaat saya terhadapnya." Maka kedua-duanya pun memberikan syafaat " " Malam itu panjang maka jangan kau singkatkannya dengan tidurmu, dan siang itu terang maka jangan kau gelapkan dengan dosa-dosamu ." ~ seLamat KembaLi PesTa Ibadah ,kami rindu padamu ~

+ im back +

Image
lama tak meng update blog... sejak duk maktab balik saya tak sempat nak pk apa2 xcept klas (ths sem ada PJ lagi), assignment, discussion,kursus n program yg x abis dan tentu sekali exam 7 Nov nih beberapa hari lepas raya..huh..memang tak dan nak beraya sakan... Bila dah buhsan dan tak larat sgt..dan ler saya lawat tmn tasik pmaisuri dkat dgn maktab tuh.. tunggu ler saya kat sana every wed ptg n early saturday...hehe tapi yg menariknyer sem nih, hostel saya sebelah surau maktab.. tak derle alasan untuk tidak mengimarahkannya especially ramadhan nih... Kehidupan saya kali ini.... menakutkan...bukan shj dek kerana kejutan2 yang ada tapi kejutan2 yang bakal ada.. serabut..sudah tentu... adakalanya nak jerit, nangis dan mcm lg lebih2 lagi mengadap buku yg penuh teori..kalah subjek Fin Acc 6 waktu kat u dulu lebih2 lagi bila rasa dirikian tua dan otak semakin tumpul nih mengeluh! putus asa..tidak insyaALlah.. I already choose to be here, Im willing to do it and I dare...InsyaALlah "la t

+ M.A.U.T +

Image
Blog kali ini terpaksa dimulakan dengan berita sedih.... Takziah buat kak Nazatul Shima my KPLI mates dan keluarga Allahyarham Prof. Dr Unvar Abd Mutalib.... Sangat memeranjatkan bila berhadapan dengan K. Shima yang menerima khabar bapanya yang tenat dihadapan mata, dan sejurus kemudian pemergiannya..... Sangat memeranjatkan juga menerima khabar dari Kak Iza (my senior UIA) tentang perkhabaran Dr Unvar ( My Managerial Acc's lecturer)... "Hanya keratan ini yang sempat saya baca" Moga roh mereka ditempatkan dikalangan mereka yang beriman.... terdetik juga berapa banyak lagikah kejutan yang bakal diterima kelak... Urusan mereka di alam ini telah selesai...they already reached their journey... They already started their new journey....... dan disini masih ada hamba ALlah yang terus melangkah....moga hamba ALlah ini melalui perjalanan ini dengan sebaiknya.... sesungguhnya mati itu benar..dan tiada siapa yang mampu menghalangnya... "Abul-Laits salah seorang sahabat nabi b

ThouGhT

The highest aim in life - To know God and do His will The most enriching good habit - Complimenting others The most destructive bad habit - Worry The greatest joy - Giving The greatest loss - Loss of self-respect The most satisfying work - Helping others The ugliest personality trait - Selfishness The most endangered species - Dedicated leaders Our greatest natural resource - Our youth The ugliest look - A frown The greatest "shot in the arm" - Encouragement The greatest problem to overcome - Fear The most effective sleeping pill - Peace of mind The most crippling failure disease - Excuses The surest way to displease God - Unbelief The most powerful forces in life - Love T he most dangerous piranha - A gossiper The Greatest Life-Giver - The Creator The worlds most incredible computer - The brain The worst thing to be without - Hope The deadliest weapon - The tongue The two most power-filled words - "I Can" The greatest asset - Faith The most worthless emotion - S

JaLaN MesTi Ke DEpaN.......

Ke maktab..ingat nak regist bilik..tapi tutup rupanyer.. hmm nampaknya tak esok, lusa.. Haaha..isnin minggu hadapan kembali ke tapak perhimpunan dan nyanyi lagu maktab balik... Alamak buka semester nih ada subjek PJ lagi.... Opss Adeq Padel..memang minor kami 2 laa...English n PJK...ari tu tersalah informasi.. Balik dari maktab nampak muka my bro sedey semacam.... rupanya..kena saman..bawah umur bawa motor.. Apalagi bisingla mama n abah...sian dia As elder sis, try to cover for him.. kesian kat dia...lagipun he realised his mistakes.... sampai tak dinner adik saya sorang nih.. balik surau abah pujuk balik...kasih ayah tak kemana hidup....belajar dari kesilapan moga apa yang terjadi sebahagian dari kafarah dosa yang dilakukan... lepas tu lepas lah..ambil pengajaran.. jalan mesti kedepan... Ya ALlah..terima kasih..moga diri terus diperingatkan.... especially nak dekat Ramadhan nih....

A beautiful message that proves a loving point!

There was a little boy visiting his grandparents on their farm. He was given a slingshot to play with out in the woods. He practiced in the woods, but he could never hit the target. Getting a little discouraged, he headed back for dinner. As he was walking back he saw Grandma's pet duck. Just out of impulse, he let the slingshot fly, hit the duck square in the head, and killed it. He was shocked and grieved. In a panic, he hid the dead duck in the wood pile, only to see his sister watching! Sally had seen it all, but she said nothing. After lunch the next day Grandma said, "Sally, let's wash the dishes." ButSally said, Grandma, Johnny told me he wanted to help in the kitchen." Then she whispered to him, "Remember the duck?" So Johnny did the dishes. Later that day, Grandpa asked if the children wanted to go fishing. Grandma said, "I'm sorry, but I need Sally to help make supper." Sally just smiledand said, "Well that's all right b

:: GooD ByE ::

Image
YaNG Ditinggalkan.... YanG akaN dirindui, So long ...farewell To you my friend Goodbye for now Until we meet again Its being great to play and sing together in a box and its time to say goodbye.. so long...farewell To you my friend Goodbye for now Until we meet again Thanks dear... ^ Gonna miss all of you ^

Am I Lucky??

Kata Thiru, one of my classmate: ur damn "lucky" .... My best friend since my age is 5 years old, Suhana said: nasib selalu menyebelahi awak.... Bertuahkah saya??? Mama sering kata saya tidak bersyukur dan sering mengeluh?? Benarkah??! Saat mereka sukar untuk mendapat tempat.. disitu saya berdiri.. dan disitu juga saya.. masih menyanyikan lagu sakit dan pedih Adakalanya peluang tidak datang sekali. Adakalanya keputusan harus dibuat biar perit. Benar kata Sara.. Tidak perlu memenjarakan diri kali keduanya.. kerana tiada ertinya manis tanpa wujudnya kepahitan.. Belajar untuk bersedia atas seribu keperitan kelak.. Mungkin langkah ku agak lambat... namun cita tak pernah mati.. Mungkin langkah ku agak terbatas.. namun kali ini biarlah bukan untuk diri sendiri.. tapi untuk mereka... mungkin untuk Ashwa, mungkin Fatiha, Amelia, Santhene dan ramai lagi... terima kasih kerana memberikan cikgu kekuatan.. Yes..I'm damn lucky to meet these girls.. Yes..I'm damn lucky to be given

"GReAt AdVenTuRe"

Image
When a challenge invites us to try something new, To attempt something different from most things we do When we look deep within or go out on our own To discover ourselves To explore the unknown When our strong curiosity dares us to learn And horizons expand with each corner we turn Then we know how adventure Puts dreams to test And how great life can feel When we give it our best ~*~ Special Dedication to Mrs Asmiza @ Wardah's ummi "Whatever delights you, Whatever intrigues you, Whatever, you'd like to explore, This comes with the wish, That the year ahead leads you To all that you dream of- and more" ~ happy Birhday buddy ~ ~*~

` 4 those Who are StruGGling `

Sometimes it's everyone saying, "well done!" When goals have been met or a game has been won, Its trophies, awards, or an A on a test, A standing ovation for doing your best, More often, Its simply a feeling of pride, A sense of accomplishment deep down inside, And better than any award on a shelf, Its the honest respect you can feel for yourself You can do it! You will succeed There isnt any doubt, For you have been blessed with all you need to bring great things about- Character, ability, strength and courage too Plus many people, just like me who believe in you! For my two sisters yg tgh exm gerak gmpr SPM, My bro at Azhar, Egypt:Miss u soo much, My future dietitian at UPM , my famili, my KPLI coursemates: see ya nxt week @ mktab, x-masters coursemates, my 14: saper2 g Melaka infrmler, my PTD members, Fadhil: All d best 4 ur i/view, Eina n famili and of course me myself!!! oh yaa..not 2 4get for those who are reading this.... =D

BeAutIfuL GiRls

Image
Both of you are.. Superbly special, Gloriously gifted, Truly terrific, unquestionably unique, Notoriously nice, Astoundingly amazing, Flat out fantastic.... Happy birthday girls .. Hope you enjoy the praises as a gift.... p/s: Moga Iman dan amal kita semua selaras dengan pertambahan usia..

.. thank you ..

Image
Dearest sister Rosliza, Well congratulation for your practicum... Hope you pass the cemerlang observations. You can do it!! Go sis go.... n thank you for being there for me........

k o n k l u s i

Sepanjang minggu ini: Dunia tak lekang dengan cerita, tragedi dan peristiwa: Katrina, Mandala Airlines, Kisah Selatan Thailand, dan sudah tentu peristiwa berdarah Palestine yang tak pernah tamat, tak lupa juga peristiwa memperingati 911 hari ini. Tanah Air pula heboh dengan cerita kesan kenaikan minyak, pertikaian kemerdekaan DAP dan usaha kerajaan meringankan beban rakyat.... Sayang sekali..minggu ini saya hanya nampak diri saya..Rasa yang dialami setelah tidak lagi bergelar pelajar 'postgraduates'. Mengejutkan sekali bila rasa itu diseret ke laman ini. Dari sembunyi hinggalah ia nyata. Apapun, terima kasih sahabat atas segalanya.Rasanya minggu ini saya dikaburi dengan rasa tamak, malahan penilaian akal yang agak tersasar..... Bukannya saya tak boleh sambung Master saya kelak..InshaALlah Malahan...saya lupa impian, niat dan cita2 saya... Anggap sahaja ia pengorbanan untuk apa yang saya amat cintai... Untuk apa hidup jika hanya ada diri sendiri sedangkan ... saya mampu menjadi

~ h u j a n ~

Image
Berhentilah hujan Jangan di bawa ribut dan taufan.. Jangan di asak ombak di tengah lautan.. Deras hujan Tak mungkin menyatu dengan terik matahari Bahangnya suria Tak mungkin menyatu dalam lautan air yang menari Usah rakus mengaut semua sabarlah..

.:: taNdAtaNya ? ::.

Sekolah agak lengang memandangkan ketidakhadiran pelajar tahun 1 dan 3 sempena peperiksaan UPSR... Tiada kelas hari ini...agak bosan.. Dalam perjalanan balik teringat perbualan dengan salah seorang guru yang amat3x saya kagumi.... cerita pengalaman hidup dan anak2nya yang amat berjaya.. "harus belajar pandai2x supaya tak perlu jual yong tau foo lagi" "go as far as you can, achieve the highest...." hati saya menangis lagi mengenangkan keputusan yang telah dibuat... tepatkah ia.. benarkah penilaian akal saya??? jika benar kenapa saya terlalu sedih??? rasa sangat jauh.........sangat kesal..... tiba-tiba saya terdengar dentuman dari belakang.... argh!!!?

BeBaS ?!!?

Image
Inikah kemerdekaan yang dicari selama ini.. Jika merdeka itu indah... kenapa.. merdeka kali ini terlalu perit dan pedih.... kenapa... amarah menguasai diri kenapa... terlalu sayang rasanya untuk terus memerdekakan diri... ingin kembali memenjarakan diri.. mungkin bukan di penjara itu... dan saat itu.. aku mahu merdeka lagi... Merdeka yang benar-benar mampu dihayati.......

merdeka

Image
Awal pagi Mengadap tv menonton siaran langsung upacara Kemerdekaan di Putrajaya. Menarik! terutama sekali upacara pembukaan "bunga bangsa" dan acara padang oleh budak2 comel tuh.....saya sangat sukakannya..... Merdeka..luas dan dalam maknanya. Seluas mana makna kemerdekaan, seluas itu jugalah erti penjajahan. Sesetengah pihak terus dijajah terang-terangan, ada pula terus dijajah dengan ratapan nasib diri sedangkan kunci kemerdekaan ada ditangan, ada pula tak sedar-sedar yang diri tu kena jajah, tak kurang juga yang terus dijajah dengan kisah semalam malahan ada yang tak mahu bebas dan suka dijajah... Mencapai kemerdekaan umpama membebaskan diri dan sampai kepuncak...namun bebas itu perlu ada batasnya..Bebas bukanlah peluang untuk menurut rasa hati sebaliknya. Bebas perlu berakar dengan nilai agama, ilmu, budaya dan jati diri. Bebas yang utama tentunya dari tautan dunia dan nafsu yang memerdekakan akal dan seterusnya membentuk tingkah yang memerdekakan keadaan dan situasi.....

:: KEJUTAN ::

Cuti sekolah berakhir lagi....Perjuangan bermula kembali. Sepatutnya, hari nih hari pemantauan terakhir dari Guru pembimbing saya....sebaliknya saya dikejutkan dengan berita ketidak hadirannya kerana tumpah darah (guru pembimbing saya pregnant). Sebelum pulang dari sekolah pula, dikejutkan dengan berita dari G (my x-officemates) tentang kematian anak sulung Azam (x-officemates) yang baru 5 bulan. Benar2 tersentak. Minggu lepas, G ada hubungi saya dan ajak melawat...waktu tu baby tgh tenat...tapi tak kesampaian.. Rasa kesal yang amat sangat. Kalau nak direnung kembali...3,4 bulan lepas, saya dihujani dengan sms tentang ayah eita (one of my best 14) yang tenat...dan kerana "kesibukan", saya tidak berkesempatan bersama eita hinggalah pemergian ayahnya....Hari ini, kesilapan sama berulang lagi....Kesal, sebal dan kecewa dengan sikap diri sendiri..... If I really wanted to make differences, I would Be sensitive to the losses and dissapointments of others. Dissapointments and loss

erti hidup

ERTI HIDUP-Dayang Nurfaizah- Angin kau membawa bahtera ku ke mana mahumu... Di kamar daku sering bertanya Mana tempat ku di dunia Tepuk dada tanyalah selera Jika daku ingin berjasa Memberikan hidupku makna Tepuk dada tanyalah selera Ingin ku (kini ku) mengenali Erti hidup yang diberi Dunia jadi saksi liku-liku kan kuharungi Tiada lagi kan ku di situ Menyaksi kehidupan berlalu Kan ku kerah darah keringatku Tiba waktu aku tiada Tidak akan daku sesali Daku hidup caraku sendiri Angin kau membawa bahtera ku ke mana mahuku... Kini ku berani mengemudi, kemana ku pergi Bagai guruh menggegar bumi, aku tetap teguh berdiri Penuh pengorbanan yang sejati

.........

Lama tak jengok blog. Kesan calar kucing yang tak mencakar hari tuh masih dalam..ditambah pula beberapa peristiwa yang amat mengelirukan. Namun reunion 14 sedikit sebanyak mengurangkan ketegangan... Malam 25: 12 pasang mata yang kian dewasa. Akur dalam tawa setiap mereka ada duka yang tersimpan...Ada dilema dan ada keputusan yang perlu dibuat... Perit dan pedih kita berbeza.. Tak sama rasa tapi ia nyata.. cuma.. diri yang mengerti.... Ketakutan menghadapi hakikat realiti... Dalam kekuatan..aku ada kelesuan... Mencari kekuatan diri menghadapi kenyataan.....membuat pilihan... My Dear Sara: Happy 25th BirThdaY!!! Che' Raudz: don't repeat d same mistake..b strong k.. K. Liza Jusuh: Percaya Rezeki Allah.. Eina: Doakan saya....

T R A G E D I

hari penentuan... bagi guru praktikal, inilah waktu menggerunkan..bila 2 orang hamba Allah dok perati dan menilai.........bila markah bakal dicatit.... namun bagi saya ia jadi tragedi.... dengan suara yang mengalahkan Ramli Sarip dan kdg2 tenggelam timbul..gagahkan juga untuk dipantau......... Entah dari mana,datang pulak seekor kucing putih ni melawat waktu saya mengajar.. cepat2 saya ambil dan campak keluar.. Tapi..tak lama lepas tuh 3-4 org students saya menjerit sampai naik atas kerusi..(lecturer and my guru pembimbing kat belakang tuh..) Datanglak kucing hitam nih..dgn suara Ramli Sarip yang tenggelam timbul tuh sapa nak dengar cakap saya..maka hingaqlah kelas............. Kucing nih pun satu...kelas tuh ada 4 pintu, tapi dia dok buat 5 pusingan dan lawat tiap penjuru..........so..students dah hilang fokus dan masa pun berlalu ~ Rasa kecewa dan sedih Tuhan saja yang tahu..... ~

** Bad AIR Day **

Sampai di pintu pagar sekolah dah nampak muka guru besar........(Mujur hari nih kereta dah baik: kalau tidak makan asap bas + jerebu mcm semalam) oh sekolah cuti rupanyer.....iyalah jerebu memang buruk skrg nih...menyakitkan kepala Tapi...cikgu2 tak boleh balik lagi....so..memerap dalam bilik guru tengok berita.... "Sekolah sekitar selangor cuti besok..." " Malaysia tidak akan mengadakan konflik dengan Indonesia berkaitan masalah jerebu bagi memelihara perhubungan serantau" "Malaysia sanggup membantu Indonesia berkaitan masalah Jerebu" Sekitar perbincangan guru-guru disekolah: "API dah lebih 500 kat Klang, dahsyat yer" " Anak I kat Shah Alam dah call minta jemput balik" "Indonesia nih suka ler..iyalah jerebu yg dulu tuh,PBB turun, kita turun tolong padam api.." Ish bila boleh balik nih....lastly, GB bagi balik kul 3 ptg....sakit kepala memandu dalam jerebu nih.. Jerebu?!!?Kenapa yer? Jerebu merupakan satu fenomena yang dise

~ c i n t a ~

Image
Menghadiri majlis penyatuan cinta seorang teman lama Azlina Azmir dan Mohd Fakhzan di Shah Alam….. Wah serba biru temanya kali ini…………air minumnya pun biru juga... Cinta itu universal, maka tak salah rasanya untuk kita terus membicarakannya…. Abdullah Nasih Ulwan telah menyenaraikan cinta kepada 3 kategori utama: Cinta agung: Cinta yang meletakkan Allah dan RAsul lebih dari segalanya. Cinta Pertengahan: Mencintai kerana akidah Cinta Hina: Cinta berlandaskan tuntutan nafsu Agungkah cinta hingga Qais sanggup berkorban untuk Laila manakala Romeo minum racun, usah lupa cinta agung Saidina Abu Bakar menahan diri dari kesakitan dipatuk ular agar Rasulullah tidak terganggu lenanya, Cinta Rasul untuk ummatnya hingga membawa ungkapan ummati3x diakhir hayatnya dan mungkin juga cinta Rasul junjungan pada Isterinya Saiditina Khadijah yang membawa pada cemburu Si Aishah. Nyata sekali agungnya cinta kerana agungnya pencipta cinta. Namun sesuatu yang indah tidak akan dicipta untuk mudah dinikmati d

SaBtu dan ReJab

Image
2 hari lepas, saya diperingatkan oleh seorang teman dan mama tersayang berkaitan kehadiran Rejab....peringatan kalian amat dihargai...... Arwah nenek dulu sgt gembira dengan kehadiran Rejab...disitulah bermulanya pesta ibadah buatnya... dia tak pernah lupa puasa 3 bulan penuh(Rejab, Syaaban dan Ramadhan) Buat saya..latihan ibadah sebegitu semakin kurang saya lakukan semenjak menamatkan universiti..Anehkan??? tidak cukupkah apa yg dipelajari di institusi islam yg agak terkenal itu..... hah..usah salahkan lantai andai tidak pandai menari...usah salahkan institusi andai diri tidak pandai menghargai dan mengaplikasi....... Saya sering memandang bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan sebagai latihan untuk mengubah diri...Berubah kerana dia...kerana aku??!! (refer:: kerana dia..kerana aku: www.abdeellah.blogspot.com ), adakalanya kita memerlukan dorongan luar untuk berubah..mungkin kerana Dia, mungkin juga dia...namun kita tak mampu mengukur tahap mana yang perlu diubah jika tiada dia mahupun