Posts

Showing posts from May, 2017
Image
Saya beli harumanis ini di sekolah .. Datang seorang guru lain bertanya harganya.. .. Terkejut dia bila saya kata RM40 sekilo .. " Boleh buat belanja dapur Aini" .. Terkesima saya.. Dan saya habiskan RM200 untuk mangga harumanis sahaja.. .. ALlahuakbar...saya ditegur ALlah secara tidak langsung .. Rasanya macam mangga biasa, mungkin lebih lemak dan manis...tapi masih rasa mangga...tiada yg jauh berbeza.. Namun teguran ALlah beri buat saya terngiang-ngiang hingga kini. ... Betul apa yang @drmaza_official tulis .. " sedap atau tidak makanan sering terletak pada lidah yang memakannya. Walaupun resepi itu penting, namun jiwa dan lidah yang menikmati itu lebih penting. Tidakkah kita lihat orang sakit yang merasai segala makanan itu pahit dan hilang selera? Tidakkah kita lihat orang terguris dan merajuk itu hilang minat kepada hidangan yang diberikan? Demikian setiap keindahan sering bergantung kepada mata orang yang melihatnya. Orang yang melihat dunia dari

Makan kerana ALlah

Image
. Dulu dari muda sampai la anak dara... Diet sebab nk kurus . . Baru sedar dan insaf kini.. ALlah beri nikmat ini untuk kita melaksanakan tanggungjawab yg dia dah beri.. . . Mama cerita waktu arwah abah ada dulu..dia cuma demam sekali.. Mama kena kuat sebab arwah abah tak sihat.. Mama kena kuat sebab dialah supir, teman dan langkah arwah abah untuk kemana-mana... Mama kena kuat supaya arwah abah tak patah semangat... Mama kena kuat supaya anak2 dia yg belajar hidup ini dpt mencontohinya dgn baik.. . . Pada waktu yg sama Mama tak tinggal Al Quran Mama tahajjud tiap malam Mama ulang mathurat pagi dan petang. . Saya mahu sihat..saya perlu jaga makan Saya perlu makan yg sihat2 untuk sihat. . Saya mahu menikmati setiap hela nafas dgn penuh bererti Saya mahu menyokong suami dan anak2 dlm apa jua keadaan mereka nanti. Saya mahu sihat dan tidak mahu menyusahkan sesiapa pun nanti . Saya perlu jaga makan, agar makanan itu nnti membawa saya dekat dgn Ilahi.. . Keran

Larian Zahran 2017

. Sudah ibu pesan Teruskan lah melangkah Biar penat biar lelah Biar kaki tidak mampu berlari Biar lewat mahupun lambat . . . Sudah ibu pesan Andai hati kata tiada daya Tanam dalam jiwa Daya itu milik ALlah jua Dia beri banyak mana pada siapa dia suka Melangkah dan berzikirlah.. ALlah...ALlah...ALlah... Itu beza langkah awak hari ini dan hari awak alpa . . . Seperti itu juga perjalanan hidup kita Tidak ALlah janjikan indah jika tidak mampu berlapang dada... Tidak ALlah janjikan nikmat jika tiada sabar dan redha... Bukankah Rasulullah sudah bersabda "Sungguh menakjubkan perkara orang yang beriman, kerana segala perkaranya adalah baik. Jika ia mendapatkan kenikmatan, ia bersyukur kerana (ia mengatahui) bahawa hal tersebut adalah memang baik baginya. Dan jika ia tertimpa musibah atau kesulitan, ia bersabar kerana (ia mengetahui) bahawa hal tersebut adalah baik baginya. (Hadis Riwayat Muslim]" Melangkahlah Bila penghujungnya syurga  Kerana itu sungguh

Day 4

Image
Bekal hari ini....lunch :protein, fiber dan epal buah...😂 ini aje yang sempat pagi2

Day 3

Image
Buka puasa roti untuk fiber telur untuk protein... Paling cepat...azan dah baru masak telur..huhuhu

Journey to healthly lifestyle

Image
Perjalanan baru bermula... Hari pertama 21 day journey to healthly lifestyle.... Puasa hari ni..buka puasa sup brokoli, bunga kobis n telur...

Buat anak dara

Image
Anak... Tidak salah memasang impian Tidak salah merangka angan-angan Dan tiba waktu... Bila mimpi jadi realiti Bantu ibu Agar kuat untuk melepaskanmu Agar kuat untuk meyakini bahawa ALlah itu sentiasa ada untukmu Agar kuat utk terus memperingatkan diri... Tanggungjawab ibu ada waktu untuk berganti... Moga dia yg datang nanti Memegangmu sebagai amanah dari Ilahi Menjaga mu untuk dibawa kesyurga seperti impian mula2 memiliki amanah ini... Moga dia ada angan yg tiada beza dgn kita Ke syurga kita bersama ♥inshaallah ....