Posts

Showing posts from 2010

KULIAH AHAD 31 OKT

Kembali lagi dengan kuliah Ahad di Surau Annur... Alhamdulillah, ALlah temukan saya dengan suami yg memberi kebebasan dalam keadaan yg terkawal....... terima kasih abang... Rindu kuliah sangat2..berdebar saat menjejakkan kaki ke surau...hehehehe Dari Jauh dah kelihatan wajah kawan mama yg sering berkunjung kesana... Kuliah hari ini tajuknya ialah... Doa , dan yg paling best sekali doa yg biasa dibacakan oleh saya setiap hari...sejak sebelum kahwin hinggalah kini... Kuliah yang disampaikan oleh Ustaz Hasnan Kasnan itu isinya ringkas namun cukup padat dan berkait dengan kehidupan saya hari ini... saat bergelar isteri... Doa yang dimaksudkan ialah dari ayat Al Quran surah AL Furqan ayat 74 yg bermaksud: Mereka berkata, wahai Tuhan kami, kurniakan bagi kami daripada pasangan-pasangan kami, zuriat kami cahaya mata dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang yg bertakwa..... Disebalik penerangan tentang doa tersebut, Ustaz sempat menyelitkan kempen mari membaca Al Quran pd kami

Saat bergelar isteri

Image
Sekali lagi..saya lama tidak menulis, saya juga lama tidak berlama-lama melayari internet sejak bergelar isteri…rutin banyak berubah dan ada juga yang hampir saya tinggalkan. Benar.. we used to start at the end of something. Saya menamatkan zaman bujang atas dasar tanggungjawab, cinta dan kasih pada mama dan abah. Seterusnya saya berazam memegang tanggungjawab isteri sebaiknya..rupanya tanggungjawab itu perlu ada mawaddah, cinta, rahmah dan kasih sayang. Kerana itu salah satu asas pada keikhlasan selain asas utama iaitu mempercayai ketetapan ALLah adalah segala-galanya. Alhamdulillah..hari ini saya seronok bergelar isteri Saya rasa dihargai bila masakan saya dipuji Saya rasa sangat terharu bila kerja-kerja saya mendapat ucapan terima kasih Saya bangga bila suami hulurkan wang nafkah buat saya Saya rasa tenang bila suami imamkan solat saya Saya rasa ringan bila suami bantu cuci pinggan dan kemas bilik Saya senang bila suami sapukan minyak dan picit kepala bila sakit… Kerana, ada yang be

Kuliah Hari Ibu

Image
Hari ini hari ibu..makanya tajuk kuliah Ahad di surau annur pagi ini tentunya i.b.u Kuliah disampaikan oleh Dato' Hasn Din Al Hafiz..... Lama tak dengar dia berceramah kat sini...hmmm Betapa kehadiran Islam itu menaikkan taraf ibu lebih dari segala-galanya.... Islam menjaga martabat da mengiktiraf kedudukan ibu... Ustaz bercerita tentang 5 ibu yang diiktiraf oleh ALLah da Islam.. 1. Ibu kandung..ibu yang melahirkan anak yang sah tarafnya..walaupun demikian anak kepada ibu yang berzina tidak dijatuhkan hukuman dan tidak berdosa...Ustaz menerangkan pula bahawa ulama telah mempersetujui anak yang sah taraf itu ialah anak yang dilahirkan setelah cukup 6 bulan 1 lahzah dari tarikh ijab dan qabul seseorang itu. Ustaz menasihati ibu yang ada agar sentiasa memerhatikan anak2 perempuan mereka yang berada di rumah.....ini dibuat untuk memelihara kehormatan keluarga itu sendiri. 2. Ibu susuan..Sesungguhnya apa yang diharankan kepada keturunan, diharamkan juga pada penyusuan.. U

dikejar atau mengejar dunia.....

Saya lama tak menulis….hingga bila laptop ini dibuka…saya buntu.. sudah tidak tahu apa yg perlu saya tulis… Saya mahu bercerita tentang apa yang telah saya lalui..kenangan ketika bersungguh berlatih untuk sukan sekolah..kenangan tidur di sekolah ketika khemah ibadah, kenangan teman2 dan kawan2 yang sanggup berhabis duti belanja saya makan sempena hari lahir saya…kenangan lawatan ke kilang roti dan chocolate.. cerita terharunya saya melihat adik bongsu yg saya hntar stiap ptg untuk berlatih memegang title pertahanan terbaik untuk sukan yg diminatinya…cerita tentang keputusan pelajar2 yg adakalanya menggusarkan saya.. cerita proses pembelian rumah saya yg lebih setahun tidak selesai lagi, cerita peningnya kepala saya menguruskan majlis yg bakal saya langsungkan… Saya juga mahu bercerita perasaan saya..mahu meluah rasa..betapa kecewa bila banyaknya rutin yang kerap saya tinggalkan..betapa gembiranya bila kawan2 saya yang menghabiskan waktu menyambut hari lahir saya..terima kasih k.pisah.

TUNJUKKAN .. DIMANA TUHAN????

Image
Ini kisah pemuda dan pak Kiyai, juga kisah kembara saya ke gunung senyum.... Ada seorang pemuda yang lama sekolah di luar negeri, kembali ke tanah air. Sesampainya di rumah ia meminta kepada orang tuanya untuk mencari seorang guru agama, kiyai atau sesiapa sahaja yang boleh menjawab 3 pertanyaannya. Akhirnya orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut, seorang kiyai. Pemuda: Anda siapa? Dan apakah bisa menjawab pertanyaan-pertanya an saya? Kiyai : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda. Pemuda: Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya. Kiyai : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya. Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan:- 1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukan wujud Tuhan kepada saya 2. Apakah yang dinamakan takdir 3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama.. Apakah Tuhan tidak pernah

kuliah ahad yg semakin dirindui.....

Sejak akhir-akhir ini keterbatasan waktu menyebabkan saya agak tidak berkesempatan untuk menghadiri kuliah… kuliah khamis malam jumaat Tuan Guru Haron Din minggu pertama dan ketiga tidak dapat saya hadiri dek kerana mengajar tusyen… Kuliah ahad minggu lepas sahaja terganggu dengan camping sekolah ke gunung senyum… Mujur berkesempatan menghadiri kuliah Ustaz Muda Amir Muttaqin yang baru sahaja melangsungkan perkahwinannya… Selamat Pengantin Baru Ustaz.. Tajuk kuliah kali ini…wanita syurga, ustaz ada menyediakan nota..sayangnya saya tidak berkesempatan mengambilnya…dek kerana minggu seterusnya ke gunung senyum…. Dan mukadimahnya kali ini berkaitan 10 tanda untuk mati: 1. tapak kakinya lurus 2. hidungnya pucat dan tidak berpeluh 3. sendi, pergelangan tangan renggang, dan bila dicengkam ia masih terkulai 4. lidah kelu dan selera tertutup 5. tidak mengecam sahabat-sahabatnya 6. perubahan tabiat buruk kepada baik 7. terlalu dahaga dan selalu minta air 8. mengidam yang ganjil2 9. mata sentias

erti cinta

Lelaki yang dicintai

Saya banyak mendengar cerita tentangnya, membaca perjalanan hidupnya...... hingga timbul kasih yg disemai sedari kecil Dia penuh kesempurnaan..biar dia manusia biasa. Dia insan terpilih.... Dia Rasulullah....Selawat dan salam ke atas junjungan Diriku berlari Kejar buih di kaki sirahmu Malangnya tak jumpa Hilang ditelan ombak masa Lelah aku Dan termangu di sini Mencari sinar Ku cuba mengutip Butir bistari di pesisir kalammu Inginku sematkan Menghiasi dada kehidupanku lalu terang destinasi abadi Di hujung langkahku Kau inspirasi Jiwa nan suci Inginku terus selami Di dasar dirimu kilau cahaya Mutiara putih Menyinar ke dalam lubuk jiwa Nan gelap gelita Di dasar dirimu Karang indah Halus penuh seni meneguh perjuangan kebenaran Hikmah pekerti Kau inspirasi Permata hati Ingin ku terus selami Kau inspirasi Walau kau pergi Namun ku tetap di sini.. Lagu: Aidit Alfian 12 Rabiulawal 1431H/ 26 Februari 2010 Salam maulidulrasul....

tis entry is 4 me myself

Image
Akhir2 ini saya jadi takut dgn seribu satu cerita perhubungan rumahtangga... kisah yg pelbagai... walaubagaimanapun diri perlu rasional, artikel yg saya perolehi dr iLuvislam.com ini benar2 membantu... Malu sendiri bila dalam ketidaksempurnaan dan kekurangan yg saya miliki...sering mengharapkan yg terbaik, maafkan saya...moga ALlah pimpin dan pandu saya manusia, siapapun dia....memang sukar untuk dipercayai...namun saya yakin takdir dan ketetapan ILahi..dan dengan keikhlasan doa serta keagungan kasih..takdir boleh berganti, moga yg terbaik mengiringi HATI manusia sangat fleksibel, tersentuh, mudah bimbang tatkala takdir tidak sebulu dengan fitrah, tatkala diserang malapetaka di luar dugaan resah bukan kepalang, akal separa waras. Bila keinginan diharapkan menemani, datang pula bebanan menghantui. Kenapa, mengapa, apa berlegar, berputar ligat membunuh daya mampu dan mahu. Mampu, dalam erti kata berpecak silat menentang badai, dan mahu, berubah. Berkali-kali kita diingatkan, manusia tid

semalam dan kelmarin

Image
Ini cerita semalam...dan cerita sehari sebelum semalam Cerita ini perlu ada dlm ruangan ini.... ia sbhgian dr cerita' My journey to d end ' Sehari sebelum semalam... menghabiskan masa dgn kwn2 : K.Pisah, K.Fidah dan Ita ( it should be K. Ita...tp rasa pelik pula la nk sebut gitu... ;) Lama tak spent time bersama-sama gitu...teringat pula saat g jalan cuti sekolah hari tuh.... Best3 Visited K. Fidah @ her new home sweet home.... nice home, especially when it is facing the lake.... but, having k.fidah living there alone really make us ......... worry ( Ya ALLah, cepatkanlah K.Fidah bertemu teman yg boleh menemani dia duk dalam rumah besar yg chantek depan tasik tuh..heheheh) Kami makan, kami bergurau, kami berbual, gelak sama2......mengumpat sket sama2, planning our member's future sama2 hehehehe.... seronok3 suddenly the journey for that day need to stop..... Kami pulang dr rumah K.Fidah, hantar K.Pisah balik dan saya perlu kembali ke kereta yg saya tinggalkan..... gambar in

jgn pndang sebelah mata ;)

Image
1 hari seorng professor menyeberang sungai dgn sebuah sampan yg dikayuh oleh seorng pengayuh sampan. di tengah2 sungai, professor bertanya: kau pandai membaca dan menulis? Pengayuh jawab: tidak saya buta huruf Professor balas: kalau begitu, kamu sudah hilang separuh drpd kehidupan kamu. Orng yg tidak pandai membaca dan menulis seolah-olah hilang separuh keupayaan untuk hidup... Tidak lama selepas itu, professor bertanya lagi: Kamu ada membuat simpanan wang di bank? Pengayuh menjawab: Tidak, pendapatan saya cukup2 makan. Professor membalas: kalau begitu, kamu hilang lagi separuh drpd kehidupan kamu. Mana mungkin orng yg tiada wang boleh hidup dgn selesa pada masa tua nanti. sampan terus bergerak.. Tiba2 sampan itu bocor. Air masuk dgn banyaknya. dan sampan hampir tenggelam. Si pengayuh sampan bertanya kpd professor: Tuan pandai berenang?? Professor jawab: errrr, err...saya tidak tahu Pengayuh kata: Kalau begitu , tuan akan kehilangan seluruh kehidupan tuan..... Suka dgn cerita nih..amb

Bila nafsu menguasai....

Image
Akhir2 ini sering diasak dgn pelbagai persoalan... dan rupanya tanpa disedari masa kian menghampiri..... sakit kepala, malas mahu memikirkan...tapi dari satu sudut, keinginan agar ianya sempurna tetap ada..cuma saya hanya mahu sederhana.... Bila malas berfikir...akhirnya kereta saya pandu ke secret recipe...... One classic cheese and one apple pie cheese...hohoho geram kah itu, marah atau lapar... sebetulnya nafsulah yg menguasai diri..... Makan tepi tasik sendirian....hmmm tak seronok pun, tak puas pun.. Teringat asmak...pasti syok kalau asmak makan sama.... the more the merrier.... apatah lg kalau ada shifa...n yg lain2 Apa erti memiliki bila kita sendiri.... Apa erti ada, bila kita tidak boleh berkongsi Buat apa kaya jika tidak boleh memberi.. buat apa juga sempurna dan cantik jika tidak ada yg memuji makanan yg lazat jadi tiada rasa... Menyeronokkan bila kita melakukan sesuatu tidak sendirian....adakala yg tidak sedp jadi sedap.. Kdg2 makanan terhidang tidak sedap mana, tp bila mak

Kuliah Ahad 14 feb 2010 : Ustaz Roslan Mohd

Majlis itu adalah bayangan syurga. Hadith Nabi : Apabila kamu melintasi taman syurga hendaklah kamu masuk ke dalamnya. Sahabat bertanya: Apakah dibumi ini ada taman syurga: Nabi Muhammad SAW menjawab Taman Syurga yang dimaksudkan nabi ialah majlis2 ilmu dan majlis2 zikir memperingati ALlah. Moga kehadiran dalam majlis ilmu bukan sekadar pahala tetapi jiwa yang mulia, hati yang bersih, kehidupan yang diredhai. Moga langkah saya ini dikira dan tidak tersasar. Hidup biarlah memperolehi keredhaan ALlah. Sekurang-kurang dalam mencari keredhaan ALlah, perlulah dijaga 1. Nikmat usia @ nikmat nyawa Satunya nikmat yang tidak panjang. Sebaik-baik manusia ialah mereka yang memanjangkan usianya dengan amal soleh. Biar jasad terpisah, mereka yang beramal, umurnya masih hidup kerana bangkit dalam nikmat ALlah. Realiti hari ini, majoriti tidak mengambil pusing tentang masa dan usia. Hinggalah Allah rakamkan hal ini dalam surah Al-Asr ( Demi Masa ) ALlah berkata: Sesungguhnya manusia itu berada dalam

Kuliah Ahad ustazah Salbiah

Lama tak mengupdate kuliah Ahad di sini...berkesempatan untuk pergi kecuali ahad minggu lepas tapi tiada kesempatan untuk menulis disini..apa ketidaknya minggu lepas shj kerja 12 hari, termasuk mesyuarat pibg pada hari ahad.. seminggu tanpa henti... mujur cuti tahun baru cina seminggu..... Kuliah yg ingin ditulis ini...tak ingat bila tarikhnya tap ia disampaikan oleh ustazah Salbiah yang tegas dan kuat berpegang pada prinsip.. alkisahnya saya dtg lewat, maka tajuknya pun lupa..antara isinya...... Adakala kita mampu mengawal diri, namun adakalanya kita lebih terikut-ikut keinginan dan nafsu diri kita..tanpa memikirkan logik dan kebaikan sesuatu perkara yang telah Allah takdirkan buat kita. Kita seharusnya yakin bahawa janji ALlah itu sentiasa betul, dan Dia akan mengambil nyawa kita saat kita melakukan perkara yang sering kita lakukan... Maka, carilah jalan ke syurga..berjuanglah melawan kehendak dan keinginan diri yang boleh membinasakan..belajarlah untuk redha dengan ketetapan dan tak

Tolong beritahu dia....

Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya.. Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya.. Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa.. Tolong nasihati si dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa.. Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa.. Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya.. Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada redha.. Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di situ syurganya.. Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa.. Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta.. Tolong ingatkan si dia. aku kasihinya kerana santunnya.. Tolong ingatkan si dia, aku sayangkan dia kerana akhlaknya.. Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia.. Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya. . Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya.. T

1431 Hijrah & 2010 Masihi

Lama tak mengupdate blog, waktu2 terluang saya lebih banyak membaca hasil tulisan sendiri. Mengimbas apa yg telah saya tulis. Tempat saya membina kreativiti dan mengaktifkan penggunaan otak kanan dan kiri. Dari catatan kehidupan, luahan rasa dan kini saya lebih banyak menulis isi2 kuliah2 yg dihadiri. Ada kala rasa otak tepu dan beku. Terasa perbezaan hasil tulisan dulu dan sekarang. Mungkin faktor usia menjadi alasan dan mungkin sekali diri sudah semakin kurang membaca berbanding dulu. Kini, melalui fasa2 kehidupan mengikut ketetapan dan takdir ALlah. Masa itu berjalan tidak mengira apa pun. Dan dari perjalanan masa itu kita melewati 1001 malah lebih ribu rencah kehidupan. Tidak mungkin sama sekali masa akan berputar kembali..mustahil Dulu saya awal 20 an kini hujung 20 an Dulu belajar kini bekerja Dulu murid kini guru Dulu rasa selesa diam dalam rumah mama dan abah, kini teringin punya rumah sendiri Melewati fasa kehidupan yg baru menimbulkan perasaan yg pelbagai. Teruja, kadang2 kel

Kuliah Ahad 27 Dec 2009

Penceramah untuk kuliah terakhir 2009 ialah ustaz Zulkiflee yg bersuara lunak. Kuliah kali ini bercerita tentang perlunya untuk kita sebagai hamba ALLah mencari sesuatu untuk memelihara keimanan diri kita. Sesungguhnya pokok2 atau asas orang beriman itu 1. Beriman kepada Allah swt. Ia diterjemahkan dalam a. ucapan b. perbuatan c. iktikad hati Percaya bahawa setiap rezeki, kebaikan dan kemudaratan, segala sesuatu itu semuanya dari ALLah. Sesungguhnya umat Islam itu sebenarnya mempunyai kekuatan tersendiri, betapa Allah itu sebenarnnya memelihara umat islam itu sendiri. Antara kekuatannya: 1. Geografi: kedudukan umat islam biasanya mnjadi laluan utama perdagangan malah jauh dr gunung2 berapi. 2. Mempunyai jumlah yg ramai 3. Ekonomi : mempunyai hasil ekonomi yg baik seperti getah dan kelapa sawit 4. Sumber petroleum utama 5. Akidah yg menjadi kekuatan utama. Maka, apabila tercabut kekuatan yg satu ini maka akan tercabutlah sem

Kuliah Ahad 15 Nov 2009

Penceramah kali ini memulakan ceramah dgn peringatan. Barangsiapa yg mahu menemui Allah dalam keadaan sebagai islam, mukmin, maka jagalah solat dan peliharalah dengan betul. Allah telah menjanjikan syurga bagi mereka yang melaksanakan 5 fardhu sembahyang dengan sempurna. Malah, pada hari kiamat kelak, solat akan menaungi kita dan menjadi a. Naungan dari cahaya matahari b. Mahkota dikepala c. Cahaya yg berjalan dihadapannya d. Menjadi pelindung e. Hujah bg orng2 yg beriman f. Memberatkan timbangannya g. Pembantu menyeberangi sirat h. Kunci untuk ke syurga Solat itu adalah tasbih, tahmid, takdis, takzim, qiraah dan doa. Sementara seafdhal-afdhal solat itu ialah apada awal waktunya. Ada beberapa perkara yg perlu diperhatikan ketika mendirikan solat. Awal solat adalah ilm. Sesungguhnya amalan yg sedikit adalah lebih baik daripada amalan yg banyak tp jahil. Malah pernah diriwayatkan bahawa orng alim yg tidur lebih ditakuti daripada orng yg tidak tidur kerana ilmunya. Janganlah kita mempelaj

Kuliah ahad 8 Nov 2009

Kali ini berkisar tentg riba’ dan jualbeli. Ustaz Mohd Izwan Mahyuddin memulakan kuliah dgn bacaan ayat al-quran dari surah Al-Baqarah ayat 275 dan 276. Beliau menghuraikan riba sebagaimana yang disabdakan oleh rasulullah sebagai 1 daripada 7 dosa besar. Beliau seterusnya membacakan hadith yang mksudnya membayangkan kepada simbolik positif dan negartif dalam kehidupan. Setiap satu perkara di dunia ini ada positif dan negatifnya, dan ini termasuklah jualbeli. Antara contoh perkara baik yg sering disebut untuk kita bawa mati ialah: anak yg soleh, ilmu yg bermanfaat dan sedekah atau kebaikan yg berpanjangan. Selain itu ditekankan juga bahawa setiap umat itu mempunyai fitnya tersendiri dan fitnah bagi umat Nabi Muhammad SAW kini ialah harta. Nabi Muhammad SAW berkata pada satu saat umatnya tidak terlepas dari debu2 riba. Riba’ itu termasuk dlm bidang ilmu muamalat atau fiqh muamalat. Salah satu riba’ yg diberi nama riba’ ad duyun bermaksud lebihan dari transaksi pinjaman. Dalam islam pinja

Kuliah Ahad 1 November 2009

Kuliah kali ini khusus untuk ibu2 yg baru mendapat bayi....hmmm ustazah Kalthum memang rajin memberi petua untuk yg berkeluarga.. Tatacara membelah mulut kanak2 (tahnik) beserta doanya 1. Letakkan bayi dihadapan pelaku tahnik 2. Baca Bismillahirrahmanirrahim 3. Menghadiahkan Al Fatihah kepada Rasulullah SAW 4. Membaca ayat 12-14: Surah Al Mu’minun Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati yg berasal dari tanah. Kemudian Kami jadikan “pati” itu setitis benih pada tempat penetapan yg kukuh. Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku; lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian kami ciptakan daging2 itu menjadi beberapa tulang; Kemudian Kami balut tulang2 itu dgn daging. Setelah sempurna kejadian itu, Kami bentuk dia menjadi makhluk yg lain sifat keadaannya. Maka Nyatakanlah kelebihan dan ketinggian ALLah sebaik-baik pencipta. 5. Baca Surah Al Falaq 1 kali 6. Baca Surah AN Nas 2 kali 7. Membaca doa : Aku berlindung dgn kalimah All