kuliah ahad yg semakin dirindui.....

Sejak akhir-akhir ini keterbatasan waktu menyebabkan saya agak tidak berkesempatan untuk menghadiri kuliah… kuliah khamis malam jumaat Tuan Guru Haron Din minggu pertama dan ketiga tidak dapat saya hadiri dek kerana mengajar tusyen…

Kuliah ahad minggu lepas sahaja terganggu dengan camping sekolah ke gunung senyum…

Mujur berkesempatan menghadiri kuliah Ustaz Muda Amir Muttaqin yang baru sahaja melangsungkan perkahwinannya… Selamat Pengantin Baru Ustaz..

Tajuk kuliah kali ini…wanita syurga, ustaz ada menyediakan nota..sayangnya saya tidak berkesempatan mengambilnya…dek kerana minggu seterusnya ke gunung senyum….

Dan mukadimahnya kali ini berkaitan 10 tanda untuk mati:
1. tapak kakinya lurus
2. hidungnya pucat dan tidak berpeluh
3. sendi, pergelangan tangan renggang, dan bila dicengkam ia masih terkulai
4. lidah kelu dan selera tertutup
5. tidak mengecam sahabat-sahabatnya
6. perubahan tabiat buruk kepada baik
7. terlalu dahaga dan selalu minta air
8. mengidam yang ganjil2
9. mata sentiasa merenung ke atas, menanti kehadiran malaikat maut.
10. tidak ada timbal balik pernafasan yang lancar…sedutnya lama dan mengambil masa yang lama untuk menghembus kembali.

Ustaz bercerita lagi, intuk orang yg mati itu, permulaannya, roh ditarik dari tapak kaki ke lutut, saat ini kaki akan sejuk2. seterusnya dari lutut ke pinggang akan ditarik oleh malaikat yang kedua….malaikat ke tiga pula akan menarik roh dari pinggang ke perut. Seterusnya malaikat berikutnya akan menarik roh dari perut ke dada. Saat itu kita akan kepanasan yang amat sangat… ustaz menasihatkan agar tidak diberi air sebaliknya dilembabkan putik kapas dan dibasahkan bibir dan dadanya.

Saat roh ditarik dari dada ke kerongkong..saat itulah yang dipanggil nazak, saat taubat tidak lagi boleh dterima. Dan seterusnya Malaikat Izrail sendiri akan menarik roh keluar dari kerongkong….

Ustaz menasihati agar hidup itu biarlah dalam keberkatan…dan inshaallah matinya mudah.

Berbalik kepada tajuk asal : wanita syurga…asasnya hanyalah
1. Mentaati ALLah dan Rasulnya
2. Mentaati suaminya

Taat Kepada ALLah

i. Mencintai ALLah dan Rasulnya lebih dari segala-galanya….lebih dari pertalian duniawi yg ada malah lebih dari harta dunia yg tidak kekal. Sayangkan harta tidak boleh dibawa ke dalam kubur. Saat hidup berbelanjalah ikut kemampuan..jangan sayang dunia lebih, dan jangan juga sayang anak lebih…

ii. Mengikut perintah Allah..menutup aurat dan tidak berlebih-lebih dalam berhias. Usah berperangai seperti wanita jahiliyyah…dan seharusnya zaman kita ini, kita tidak boleh mengaku kita jahil memandangkan sumbernya terlalu banyak.. ada kuliah di merata-rata tempat, imformasi yg disalurkan melalui tv dan sumber2 lain..masalahnya ialah diri..

iii. Tidak bermusafir kecuali ada mahram bersamanya….memelihara kehormatan diri…Ada yg menanyakan bagaiman pula pertemuan di internet…selama mana ia merupakan sembang2 yg berunsur kan nafsu, ia masih dikira khalwat.

iv. Bersikap baik terhadap tetangganya , yg mudahnya ikut sahaja apa yg Allah suruh dan tinggalkan sama sekali larangannya.


Taat kepada suami

i. Menjaga kehormatan dri dan keselamatan harta dan kehormatan suami, mematuhi perintahnya selama mana ia tidak bertentangan dengan syariat islamiah

ii. Ustaz senaraikan 4 faktor yang merendahkan martabat wanita

1. lupa mengingati ALLah kerana sibuk dgn tugas, kegiatan luar..kelalaian membahayakan…( sayakah itu??????)

2. mudah tertipu dgn keindahan dunia…sebaliknya kita perlu yakin dgn keindahan syurga.
3. Mudah terpedaya dengan syahwat
4. lemah imannya…lemah iman seorang wanita itu bila dia
a. terus menerus dengan dosa
b. hati jadi keras dantidak minat baca quran
c. lambat dalam melakukan kebaikan
d. meninggalkan sunnah
e. memiliki hati yang goyah, bosan dalam majlis ibadah
f. tidak merasa apapun ketika membaca alquran
g. menghadapi kesulitan dalam berzikir dan mengingati ALLah
h. tidak merasa risau ketika melakukan dosa
i. cakap tidak serupa bikin
j. takjub dengan diri sendiri.

Astaghfirullah…moga diri dijauhkan dari itu semua, mahu jadi wanita solehah… akui adakalanya jauh tersasar…namun saya masih mahu kembali…jgn biar saya menoleh dan tidak berpaling dari mu Ya ALLah…

Kuliah tamat dengan doa ustaz agar kami menjadi wanita solehah laksana siti khadijah dan anak Rasulullah fatimah…….terasa doa itu tersangat indah, teringat anna dalam cerita ketika cinta bertasbih… terima kasih ustaz muda…

Comments

Popular posts from this blog

The E.N.D

MIHRAB AL QURAN 58: NILAI KEMAHSYURAN YANG BARAKAH

+melepaskan rasa+