Posts

Showing posts from January, 2012

Riadah Keluarga.

Image
Alhamdulillah..tahun baru ini kami mulakan aktiviti keluarga kami dengan jogging di Tasik Cempaka.... Lama betul tak jogging.... Abdul Muhaimin memang tidak ada masalah untuk bangun awal pagi... Seronok menolak stroller sambil berlari-lari anak.... Berazam untuk jadikan ia aktiviti hujung minggu keluarga. Salah satu aktiviti yang membantu keluarga menghabiskan masa bersama-sama. Moga latihan ini turut membantu pembentukan keperibadian Abdul Muhaimin. Buku " Pendidikan Anak-anak Dalam Islam" bab pendidikan Jasmani ; pendidikan yang ke enam ialah membiasakan anak pandai berolah raga dan meningkat berani. ( mukasurat 254 ) Nabi Muhammad SAW di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim: " seorang mukmin yang kuat adalah lebih utama dan lebih dikasihi ALLah daripada Mu'min yang lemah" Buku yang sama mukasurat 224 pula menyatakan bahawa para Ulama dan para imam mujtahid pada semua zaman telah sepakat bahawa pokok perundang-undangan Islam terdiri atas lima perka