Modul Transformasi Diri.


 Allahuakbar

.

Ramadhan datang dengan peluang untuk menyucikan bukan setakat jiwa dan hati malah peribadi bersekali dengan tubuh badan individu sendiri... Syaitan disekat, nafsu diajar agar tunduk pada Ilahi.. Makan, minum dan perkataan di ajar agar semuanya buat Rabbi.. 

Bukan sikit-sikit ALlah beri.. Malah ALlah sediakan sejak Rejab dan Syaaban lagi.. 

Biar hamba itu bertatih memperbaiki diri

ALlah beri peluang untuk tarbiah diri bukan tiba-tiba tapi dalam keadaan bersedia untuk sesuatu yg sungguh2 istimewa.. Lailatulqadr yang sangat manis dan dambaan semua. 


.

Syawal : Ujian pertama.. Menang atau tewas setelah berusaha... ALlah buka ruang untuk bergembira, syukur dengan setiap peluang yang ada..

.

Zulkaedah.. Bulan persiapan untuk ujian ketaatan yg seterusnya...Dan kemudian Zulhijjah tiba

.

Zulhijjah : detik yang membawa mereka yang Dijemput lebih dekat dengan Dia...Bulan terakhir dalam Islam, persediaan diri bagi menyambut Muharam sebagai individu yang lebih baik dari semalam..

Tanya sahaja mereka yg kembali dari mengerjakan haji.. Tenang dan lapang itu bagaikan dilahirkan kembali... Dan itulah bekal menempuhi tahun baru dengan jiwa dan azam terkini.. 

.

Maha suci ALlah yang menyusun waktu, mencipta ruang dan peluang, mengurniakan kebaikan yang bukan kepalang tahun demi tahun, agar setiap tahun baru individu Muslim itu lebih baik dari yang telah lalu...

.

Mashaallah... Sungguh Yang Maha Pengasih dan Penyayang.. Sungguh yang Maha Tinggi, Yang Maha Tahu, Yang Maha Bijaksana..... tiada lagi program transformasi yang lebih baik dari ini...

Persediaan yang tersusun dan rapi.

Sungguh saya rindu tanah haram... 

Comments

Popular posts from this blog

MIHRAB AL QURAN 58: NILAI KEMAHSYURAN YANG BARAKAH