Posts

Showing posts from July, 2006

+a.j.a.l+

Image
Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin ALlah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya.....Ali-'Imran: 142 Membicarakan soal ajal dan maut menakutkan...lain rasanya berbanding berbicara tentang jodoh meskipun nyata sekali perkara tersebut di bawah pengetahuan yang Maha Kuasa.... Maha suci ALlah yang menciptakan dua misteri yang sering menjadi tandatanya...umum maklum berita jodoh yang seringkali dikaitkan dengan harapan,impian...kegembiraan hingga alpa dengan erti tanggungjawab manakala ajal dan maut penuh dengan tandatanya penerimaan ALlah ke atas diri yang bergelar hamba...penuh dengan momokan penderitaan hinggakan lupa pada janji yang benar buat orang beriman dan beramal soleh.... namun kisah kematian yang ada dihadapan kita hari ini amat menakutkan....13 Julai 2006;Israel serang Beirut Bila sang mentari dan setiausahanya berbuat jahat di bumi ini begitulah juga hakimnya zalim dalam memutuskan. Celaka, sungguh celaka, dan celakalah bagi hakim bumi in

+My best friend's wedding anniversary+

Image
+ sudah tiga tahun rupanya..........+ Jangan cinta kerana dia lelaki Kelak kita akan membenci Jika dia bukan lelaki yang di cari Hanya pandai menabur janji Jangan dirindu pada paras rupa Kelak kita akan terseksa Jika dia tidak sebaik rupanya Senyumnya manis tipu belaka Jangan disayang kerana berharta Kelak kita hidup menderita Jika hartanya habis dibelanja Sukarnya hidup miskin dan papa Jangan di kasih kerana di puji Kelak kita menagih janji Jika rupa berkedut di mamah hari Hilang sudah puji-memuji Jangan dicari seorang kekasih Kelak kita akan disisih Jika kasih luntur bersih Menangislah diri hidup bersedih Jangan disambut salam rindu Kelak kita menahan sendu Jika rindu tak dapat disatu Dimanakah kita akan mengadu Jangan di layan seorang teman Kelak hidup menjadi ancaman Jika teman tidak beriman Dibakar api di hari kemudian Wahai sahabat, wahai teman Carilah dia kerana T.U.H.A.N Untuk menambah ceteknya iman Bekalan diri hidup berteman Wahai sahabat, wahai teman Cintailah dia kerana be