+My best friend's wedding anniversary+

+ sudah tiga tahun rupanya..........+

Jangan cinta kerana dia lelaki
Kelak kita akan membenci
Jika dia bukan lelaki yang di cari
Hanya pandai menabur janji

Jangan dirindu pada paras rupa
Kelak kita akan terseksa
Jika dia tidak sebaik rupanya
Senyumnya manis tipu belaka


Jangan disayang kerana berharta
Kelak kita hidup menderita
Jika hartanya habis dibelanja
Sukarnya hidup miskin dan papa

Jangan di kasih kerana di puji
Kelak kita menagih janji
Jika rupa berkedut di mamah hari
Hilang sudah puji-memuji

Jangan dicari seorang kekasih
Kelak kita akan disisih
Jika kasih luntur bersih
Menangislah diri hidup bersedih

Jangan disambut salam rindu
Kelak kita menahan sendu
Jika rindu tak dapat disatu
Dimanakah kita akan mengadu

Jangan di layan seorang teman
Kelak hidup menjadi ancaman
Jika teman tidak beriman
Dibakar api di hari kemudian

Wahai sahabat, wahai teman
Carilah dia kerana T.U.H.A.N
Untuk menambah ceteknya iman
Bekalan diri hidup berteman


Wahai sahabat, wahai teman
Cintailah dia kerana beriman
Dijadikan Tuhan sebagai pasangan
Baik buruk ketentuan Tuhan


Wahai sahabat, wahai teman
Terimalah dia penuh keikhlasan
Andai buruk anggaplah dugaan
Andai baik pujilah tuhan


Wahai sahabat, wahai teman
Ingatlah janji tuhan
Isteri yang baik besar balasan
Suami penyabar itulah kemenangan



~Selamat Hari Ulangtahun Perkahwinan~






Comments

Popular posts from this blog

The E.N.D

MIHRAB AL QURAN 58: NILAI KEMAHSYURAN YANG BARAKAH

+melepaskan rasa+