J.O.D.O.H


Sejak akhir2x ini isu jodoh sering mendapat perhatian umum.....
dari isu wanita profesional yang tidak berkahwin....kahwin misyar,isu tiada jodoh Erra,Yusri dan Noraniza Idris, dan sudah tentu isu jodoh Siti Nurhaliza yang masih menjadi tandatanya dan rahsia.....

Anehnya, masyarakat tidak muak dengan cerita sebegini..namun inilah realitinya bila kita hidup bermasyarakat

selagi manusia itu hidup,sudah tentunya perkara yang berkaitan dengan kehidupan ini terus diperbincangkan.....apatah lagi bila perjalanan hidup kita ini masih lagi menitikberatkan isu adat dan sudah tentunya syariat yang perlu dipatuhi....cuma sesekali rasa muak bila ia terlalu diperkatakan,dan tentunya cuak bila harapan tinggal impian......namun meyakini bahawa ia fitrah yang telah ditentukan Tuhan... terselit rahsia dalam setiap perancangannya....


Saya juga akur keyakinan terhadap ketentuan Tuhan ini jugalah memberi kekuatan buat sahabat Naemah, Normah, Azmila, Noor Ilyana dan Norhanani Shahbani untuk menghadapi hari bahagia bergelar isteri.......
Moga kalian hadapi saat darah manis musim pertunangan kalian sebaiknya.....

Dan sudah tentunya saya tidak layak membicarakan apa yang bakal dihadapi......apapun setiap satu perkara ada dugaan dan cabarannya, sudah tentu kebahagian kalian menjadi sebahagian dari harapan saya.......


Moga persahabatan kita jua kekal hendaknya........dan yang terbaik untuk kita semua sentiasa insyaALlah......

p/s: Selamat pengantin baru kak Saliza dan Zuhdi....semoga jodoh berkekalan insyaALlah




Comments

Popular posts from this blog

+persepsi dan pengorbanan+

Kembara Rohani yang baru.. .