Posts

Showing posts from 2013

Ajar , mahu dan marah

Bila dengan anak… Ibu marah nasi bersepah……tapi yang dilihat bila masak ibu sering membuang… Ibu mahu dia dekat dgn Al Quran…..sayangnya ibu leka…Quran lama tidak dibaca Ibu idam alhafiz dalam keluarga…surah yang ibu hafal boleh dikira itu pun yang wajib-wajib sahaja Ibu mahu anak berilmu…..tapi sayang majlis-majlis ilmu, ibu kurang bertandang…malu Ibu mahu anak menghadapi kenyataan dan realiti…..kenapa pula anak diajar fantasi TV..beri dan beri Ibu mahu Rasulullah jadi ikutan…kenapa ultraman yang disebut contoh utama, " Ultraman pakai baju…." Aneh ya bukankah Rasululullah ajar ilmu dan adab berbaju sempurna   Ibu marah minta-minta di pasaraya….tapi ibu kerap tanya nak apa Ibu marah tonton tv hingga pagi..bukankah ibu pernah beri sekali kenapa tidak lagi Ibu suruh berkata baik-baik sahaja…kenapa keburukan orang yang ibu kata ..mengata anak orang bukankah sama sahaja Ibu pesan sabar…kenapa pula ibu marah-marah begini… Ibu kata marah tanda sayang…..kenapa pula

Remember me, remember Allah

Image
Ada sesetengah perkara akan mengingatkan kita pada seseorang Ibu Rindu Tok abah dan bila rindu dan ibu berharap kalian akan berbuat perkara yang sama bila ibu dan ayah tiada nanti... jadi anak yang baik kerana sahamnya akan datang pada kami.....

Selamat Pengantin Baru

Image
Dia kesayangan arwah abah…Dia peneman, kawan, jururawat, driver dan orang kanan abah. Dia juga kawan gaduh abah. Kami adik beradik faham bila abah lebihkan dia dalam beberapa hal…Dia tidak pernah membantah, apa sahaja..hatta keluar makan kedai tengah malam saat hujan lebat turun. Dalam banyak hal abah akan sebut nama dia dahulu..Dia ambil sebahagian besar tugas adik-beradik lain sebagai anak…Terima kasih adik, meski sepatutnya status isteri bukanlah halangan untuk berbakti pada ibubapa sendiri. Hari ini tanggungjawabnya kian bertambah, malah keutamaan sudah berubah….. Mungkin ini alasan arwah abah tiada di sini…. Mungkin juga ini alasan untuk takdir yang telah menjadi ketetapan Ilahi Sebagai ayah..bukannya mudah melepaskan anak yang sentiasa ada disisi… Sebagai ayah..ragu dan sangsi untuk seseorang yang baru dikenali untuk menjaga permata hati itu tentu wujud dalam diri Sebagai ayah..keinginan agar anaknya sempurna terjaga hati, tindakan dan perasaan tidak akan lari Dan ALLa

Pengakhiran yang indah...

Image
Ini kisah dia perjalanan kehidupan seorang hamba Allah 20 tahun ..dan dia menyentuh hati banyak pihak..memberi pengajaran   menginsafkan... Moga hari-hari kalian...permata hati ibu..Abdul Muhaimin dan Nuha Salsabila akan sentiasa memberi erti... dan moga detik akhir kita ibu....merupakan saat terindah sepanjang kehidupan kita...

cuti sekolah 2013

Image
Cuti sekolah bermula dan abg amin kena campak " Abg Amin tak demam...Abg Amin kuat" Alhamdulillah...moga ALLah terus-terusan memberi kekuatan untuk anak-anak ibu...

bila bersama...

Image
Amin      : Ibu, dalam peti ais ada tepung tak? Ibu         : Ada, kenapa? Amin      : Ibu buatla kek....Amin nak kek Dah lama kita tak buat kek sama-sama rupanya....Jom, kita buat sama-sama  Kali ini kita buat sama dengan adik. Ibu kendong adik guna 'carrier'. Adik tepuk-tepuk abang.  'Apa ni..kita kan adik-beradik'...Ibu suka ayat abang Amin yang itu... Oh ya...dengan bertanggungjawabnya Abg amin juga tolong ibu kemas lepas masak dan hasilnya.. Hmmm...sedapnyer... dan  seronoknya bila bersama.....

Cita-cita

Image
 Ibu           : Abang Amin lukis apa tu? Amin         : Abang Amin lukis api...ibu tolongla lukis bomba padamkan api ni (Ibu lukiskan batang kayu sekali ...) * Waktu ni kamu sangat fanatik dengan bomba..semua benda jadi hos bomba..cita-cita kamu nak jadi bomba, hari-hari pasal bomba.... apapun cita-cita mu sayang, ibu mengharapkan agar ianya adalah jalan dan bekal untuk sesuatu yang abadi dan benar-benar realiti. Lakukannya kerana ALLah....

Nuha Demam

Image
Balik kursus Nuha demam...selsema dan batuk  Kesian anak ibu Ibu tidak lena tidur, setiap jam ibu pantau suhu Nuha...memandangkan Nuha belum pun sampai setahun, ibu tak berani bagi ubat...lap bila panas, ibu sapu dengan minyak habbatussawda dan bawang putih bakar untuk hilangkan kahak... Sterimar untuk selsema.. Nuha batuk teruk dan muntah-muntah kahak... tapi Nuha kuat.... ALLah bagi kekuatan dan Nuha masih boleh tersenyum walaupun suhu hampir mencecah 39 darjah... Reminder untuk ibu.. 1. letakkan termometer di tempat yang mudah capai 2. Pastikan cool fever sentiasa ada. 3. simpan ubat demam masuk bontot untuk kecemasan

Nuha Dan Ibu

Image
Minggu depan ibu bakal kursus lagi. Kali ini 5 hari... Cabaran untuk ibu yang mahu menyusu badan penuh hingga 2 tahun untuk Nuha.  Ibu hanya mahu berikan yang terbaik untuk anak-anak ibu...Ibu tidak boleh mengalah, kita akan lakukannya bersama-sama sayang...                                         ~*~ Ibu sayang Nuha sama seperti ibu sayangkan abang Amin. Ibu sayangkan Nuha bukan kerana Nuha milik ibu, ibu sayangkan Nuha kerana ALLah. Ibu tahu, Nuha tidak pernah memilih ibu, tapi ibu telah memilih untuk ada Nuha dalam kehidupan ibu. Ibu akan cuba yang terbaik untuk memberikan yang terbaik untuk kita semua. Moga ALLah permudahkan perjalanan kehidupan kita.....                                           ~*~

September oh September

4 September  : ibu ada bengkel di SK Saujana Impian….pening, ada banyak benda nak kena explore dan siapkan 11 september :  Whats up!!!! Birthday one of “14 buddies till jannah” Nani Shahbani….happy birthday dear 14 September :  terlepas Birthday kawan baik ibu Fadhlina Zakri pada 13 September…huhu terlepas wish pd hari yg tepat…frust!!!! 16 September : Sambutan Hari Malaysia Sekolah. Tinggalkan Amin dgn ayah, Nuha dgn Mummy Malamnya Tahlil 100 hari arwah abah 17 September :  Bengkel lagi, kali ni di SMK Taman Tasik Ampang…huhu until 4.30…on the way balik hujan lebat…..di kepala..nuha ..amin..nuha..amin 18 september :  Bengkel lain pula…kali ni di SK Taman Cuepacs…pening lagi 19 September :  Whats up 14 buddies till jannah – Birthday seorang lagi kawan baik ibu Naemah…Alhamdulillah  dah tua masing-masing 21 September:  Sabtu yg indah dgn Kelas Tambahan tahun 4 dan 5, maaf ibu tak dapat teman jogging 22 September:   jumpa Tok Aki di Se

Pak Ngah dan sabar

Image
Amin dan Nuha ingat Pak Ngah tak sayang...... Satu sifat yang ada pada dia yang sangat ibu kagumi ialah sabar. Sabar milik pak ngah kita tidak ternilai Satu: dia tidak pernah tinggi suara walau sedikit Dua: marahnya tidak kelihatan langsung..tapi dia marah Tiga: dia suka senyum( kecuali kalau bergambar ) Empat: Dia terlepas banyak perkara sepanjang hampir 10 tahun dia di mesir 1. dia terlepas kenduri Pak Lang..adik dia sendiri 2. Dia terlepas kenduri ibu ...kakaknya sendiri 3. dia tidak sempat melihat jenazah arwah nenek dan paling terkesan sekali bila dia tidak dapat menatap wajah arwah abah untuk terakhir kalinya. Namun SubhanaALLah Pak Ngah tenang biar pun riak wajahnya sedih. Dia Sabar, sangat sabar. Redha. Dan Aminlah yang sentiasa menemani Pak Ngah menziarahi kubur tok abah. Hari-hari bersama kita di bumi Malaysia dihiasi dengan senyuman Pak Ngah. Pak Ngah sudah berangkat kembali ke Mesir, bumi tanah tumpah darahnya sendiri, bumi anbia yang masih lagi bergolak da

Amin tidak menangis lagi

Alhamdulillah....Amin sudah tidak menangis lagi Ibu sudah boleh pergi kerja awal.. Setelah seminggu Amin menangis setiap pagi.. Amin sudah mula memahami Ibu : Ibu balik tengahari nanti yer..Amin jangan nangis tau (sikit pun tak sentuh pasal dia bakal ditinggalkan) Amin : hmmm bila dia mula  merengek Ibu: cuba lihat nuha, dia banyak kena tinggal..tapi dia tak nangis dia tunggu juga ibu dan ayah Amin: Amin tunggu dengan adik nuha lah Alhamdulillah..Amin memahami setelah kami suami isteri cuba untuk memahami Balik kerja tumpuan kami memang untuk anak-anak Ibu dengan Nuha dan ayah banyak uruskan Amin Hampir 2 minggu TV kami tidak bersuara, gelap. Handphone cuba dijauhkan sebaiknya.. Masa singkat itu adalah masa kami... Alhamdulillah mereka mula mengerti erti berkongsi. Berkongsi masa yang terhad ini dengan tanggungjawab lain yang perlu kami laksanakan dan kami belajar mendahulukan perkara yang perlu menjadi keutamaan...dan ia tentunya kalian Amin dan Nu

HUjung Minggu

Image
Hujung minggu ibu Hujung minggu ayah  bersama bidadari ibu : Nuha salsabila dan tentunya imam kesayangan bakal suami mithali : Abdul Muhaimin Ibu dan ayah berusaha sedaya upaya mempersiapkan diri untuk jadi contoh yang terbaik untuk anak-anak ibu. Terubat juga rasa hati dan rindu ibu untuk menghadiri majlis ilmu sebegini..dan sememangnya aura bersama penceramah-penceramah hebat cukup terasa....terasa sangat kerdil dan sangat jauh. Terima kasih suami, Abdul Rahman Abdullah kerana sudi menemani. Sesungguhnya wahai suami anda telah pun memenuhi tuntutan perkahwinan mendidik isteri ilmu agama meskipun ilmu tersebut bukan dari anda sendiri. Sokongan dan keberadaan itu amat-amat dihargai, dicatat malaikat dan tentunya dibawah pemerhatian ALLah. Moga kita sama dapat membina keluarga yang sentiasa di bawah lembayung kasih sayang dan rahmat ALLah. Sebagai ibubapa kita  tidak perlu hebat untuk lahirkan anak-anak yang hebat, kita cuma perlu memperhebatkan usa

Kami tetap sayang!!!!

Minggu pertama bekerja setelah cuti bersalin lama, suami pula selesai bercuti hari raya: Pagi pertama bekerja Amin : ibu tak boleh work, ayah tak boleh work Ibu : Ayah dan ibu memang kena pergi kerja sayang Kalau ibu tak pergi kerja, kakak2 dan abang2 anak murid ibu tidak dapat ilmu, kesian mereka semua.Ayah kena kerja sayang, kalau ayah tak kerja , kita tidak ada duit. Amin: Amin ada duit (sambil tunjuk tabung miliknya) Mampukah duit beli segalanya? Pagi2 minggu pertama dipenuhi tangisan Amin..Nuha masih kecil, dia masih lagi mampu senyum bila saya cium pipi mengucapkan selamat tinggal pada setiap pagi. Tapi Amin, dia protes sepanjang minggu itu. Keluar macam-macam perangai pelik tanda protes. Namun protesnya semalam adalah protes paling sedih. Semalam, saya balikagak lambat dari jam 2 tghari. Saya mencari air kotak utk program jamuan raya di sekolah hari ini. Ketika balik, Abg Amin masih lagi tidur. Saya biarkan. Tidak lama kemudian dia terjaga sambil menangis. Saya da

Tahnik NUHA SALSABILA

Image
Alhamdulillah , inilah wajah tetamu dari syurga yang ibu nanti-nantikan selama ini. Alhamdulillah, kamu lahir berdasarkan perancangan ALLah yang maha mengetahui mana yang terbaik. Sekali lagi sayang, sebagai ibu...tentunya kami mahu yang terbaik untuk kamu....                                             Yang terbaik tentulah berdasarkan Quran dan Sunnah, apa yang diajar Rasulullah dan apa yang termaktub dalam kitabullah....dan ini adalah apa yang harus kalian lakukan apabila menimang cahaya mata kelak 1. Bersyukur : Maha suci ALlah, kalian Nuha Salsabila dan Abdul Muhaimin adalam lambang kekuasaan ALLah..kebesaran dan keagunganNya..Saat kalian berdua diletakkan atas dada ibu sejurus selepas lahir, tiada lafaz yang mampu mengungkapkan betapa bersyukurnya ibu dipilih ALLah untuk menerima kehadiran kalian... 2. AZan dan Iqamat : Ibu ingat lagi, ayah sebak ketika azan dan iqamat untuk abang Amin....hingga tidak dapat meneruskannya dan tersekat-sekat..saat kamu Nuha Salsabila..a

Hakikat Kehidupan

Image
Realitinya : Yang telah pergi yang baru kini Abdul Muhaimin :  Tok Abah selalu pesan katanya Amin la harapan tok Abah untuk doakan Tok Abah, hafaz Quran, ikut Tok Abah ke surau.  Sekarang kita tidak akan dengar lagi harapan tok abah, ibu pun tak pasti samaada Amin masih ingat kenangan dengan tok abah..tp yg ibu tahu bila ibu tanya kamu mana tok abah ketika ini kamu akan kata " kesian tok abah sakit, tok abah gi hospital..." Adik Nuha Salsabila : Nama Salsabila itu datang dari Tok Abah kamu sendiri...dia mahu kamu dinamakan sebegitu...sebelum sakit sering menyanyikan lagu Salsabila..berangan-angan berbual dengan kamu dalam bahasa arab.. Sayang, ibu rindu tok abah...In sha ALLah harapan tok abah akan ibu usahakan, bukan hanya kerana tok abah..tapi ibu merasakan ia tidak sedikit pun merugikan kalian.... Moga-moga kalian faham...

Ulangtahun Perkahwinan ke 3

Image
3 Tahun lalu :  Abah jadi wali perkahwinan saya dan suami Semalam adik Asmak bercerita Abah menangis lepas pernikahan kak Nee, Kata Abah " Takpe..Asmak kan ada lagi ...." Esoknya abah dah suruh kemas barang untuk pindah berjiran dengan Kak Nee.. Hampir 3 tahun berjiran dengan abah sendiri... Kelmarin, abah pindah lagi......tapi kali ini sendiri... Kami masih berjiran...walaupun bukan jasad yang kelihatan..... Rindu Abah.... Sempena Ulangtahun Perkahwinan kami ini... "Moga-moga restu abah sentiasa mengiringi kerukunan rumah tangga kami...moga ikatan pernikahan ini dirahmati, mendatangkan manfaat dan kebaikan buat agama kami dan tentunya menambahkan kecintaan kami dan ahli keluarga kepada ALLahu rabbi...."

Bila Dugaan Datang Menjengah...

Image
Masuk hari ke 3 Tok Abah di hospital...masih di ICU Pagi ni kita ke Azzahra check up adik...ibu sudah 36 minggu lebih ...esok cukup 37 minggu, anggaran 3 minggu lagi untuk adik tiba... Abang Amin masih kelihatan tidak bermaya...demam Nanti lepas check up kita bawa Abang Amin jumpa Dr Nazim k... Tup tup...ayah hampir nak pitam.... Ayah admitted Azzahra, sempat juga ibu bawa Amin jumpa Dr Nazim...dan ibu bawa Amin pulang.. Alhamdulillah Amin tidak banyak meragam, Alhamdulillah adik dalam perut ibu tiada masalah.... Alhamdulillah ibu masih diberi kekuatan buat masa ini ALhamdulillah kita menjadi antara yang terpilih.... Moga Ujian demi uijian dapat dilepasi..moga bertambah keimanan dan cinta dalam hati Moga Allah beri kesembuhan untuk mereka yang ibu sayang, Tok Abah, ayah dan tentunya  kamu Abdul Muhaimin... Sentiasa berlapang dada dengan ujian dan berbaik sangka dengan apa yang telah ALLah takdirkan...

Ulangkaji 1 : Ajar Quran Pada Bayi dan Kanak-Kanak

Image
 Sempena menyambut kelahiran adik yang bakal lahir....ibu mengulangkaji Teringat permintaan kawan ibu Raudzhatul Fathiyah yang baru habis pantang....Apa salahnya berkongsi ilmu Pn. Lina : mohon dihalalkan perkongsian ini. 1st lesson : Deria pendengaran Selepas kenduri aqiqah hari yang ke 8. Ibu dan ayah resah, Abdul Muhaimin menangis tanpa henti seawal selesai isha hinggalah ke jam 5 pg dan adakalanya hingga subuh. Ketika itu, kami belum berkenalan dengan IPN ( Islamic Parenting Network lagi ) Kami buntu..Di Office, ayah tidur di klinik office, ibu hampir-hampir tertekan... Alternatif:  Ayah pasang player kuat2, 30 juzu' Al quran..berkumandanglah rumah dengan ayat Al Quran dari mula ayah balik kerja hinggalah ke subuhnya....khatam 1 Quran 8 bulan kemudian: Secara kebetulan, ibu jumpa Islamic Parenting Network melalui laman sosial Facebook..Terima kasih buat Mak lang kamu....Zarita. Ibu hadiri kursus dan 1 maklumat yang sangat penting dikongsi ketika itu ialah deria

IBu N gUrU

Image
Kenapa Ibu bekerja? Kenapa kerja ibu itu guru ? Sejujurnya ibu ada niat untuk berhenti seperti kawan2 ibu yang bergelar surirumah sepenuh masa... Namun, ibu sudah mula sayang pada kerjaya ini... dan satu yang ibu dapat kali ini.... Inilah peluang untuk menyediakan yang terbaik untuk anak-anak ibu..Mereka yang ibu didik berkemungkinan adalah mereka yang akan kalian temui suatu hari nanti...mereka juga mungkin pemimpin dan adalah sebahagian dari pada persekitaran anak-anak ibu di masa hadapan.. Ibu mahupun persekitaran yang terbaik untuk kalian...ibu akan usaha sedaya mampu agar kalian menemui orang2 terbaik yang mampu membawa kebaikan sepanjang kehidupan kalian...... dan sebab itulah hari ini ibu bergelar guru... Maaf jika ibu bnyak meninggalkan kalian untuk tugas2 tertentu...tapi fahamilah tiada satu yang ibu lakukan melainkan kebaikan untuk kebaikan kalian juga..anak-anak ibu sendiri sempena hari guru ini pula..tiada hadiah yang lebih bermakna melainkan anak-anak

+ Bedtime STORY +

Abdul Muhaimin..rindu tak saat-saat ini... Ini kali kedua ibu cerita kisah Nabi Ibrahim pada Amin..... Lepas ni kita bercerita dengan adik pula k..... Selamat Malam sayang ibu semua..moga mimpi indah2...

+Celebrating 10 years Graduation & 15 years of blessed Friendship+

Image
Ini kawan-kawan baik ibu ketika di UIA.... 14 orang semuanya.. "14 positive, cheerful, energetic and motivated best buddies" Alhamdulillah....kami jumpa lagi  cuma 6 orang dari 14 yang ada... Tolong hormati mereka, kasihi mereka dan sampaikan salam ibu buat mereka.... Anak2 ibu pandai2 pilih kawan.. Sabda Nabi SAW seperti yang diriwayatkan oleh AL Bukhari dan Muslim " Perumpamaan teman yang salih dan teman yang indah laksana pembawa wangi-wangiandan tukang besi. Adapun pembawa wangi-wangian, sama ada dia memberimu sedikit, ataupun anda membeli daripadanya sedikit, ataupun anda dapat mencium daripadanya bau-bauan yang wangi. Adapun tukang besi, sama ada dia membakar bajumu, ataupun anda akan mencium daripadanya bau-bauan yang busuk "

PRU 13

Image
Ibu pilih untuk mengundi......biarpun hati cukup tidak senang dengan senario politik yang ada sekarang.. Mahu tidak mahu....pilihan harus dibuat.....dan ibu pilih untuk mengundi... Bukan untuk sesiapa..tapi sejak bergelar seorang ibu...semua tindakan nampaknya sudah sinonim dengan anak-anak...dan kali ini ibu memilih atas dasar masa depan anak-anak ibu.... Alhamdulillah PRU 13 selesai... Suka post Amin Idris melalui laman sosial FB PRU sudah tamat! Kepada sahabat-sahabat dalam BN yang menang, tahniah! it's time to walk the talk. Allah sengaja meletakkan Surah an-Nasr di dalam al-Quran agar manusia tidak lupa kemenangan pembukaan Kota Mekah disusuli dengan 'Tasbih, Tahmid dan Istighfar'.   Saya harap ada banyak pembaharuan kepada Malaysia selepas  ini terutama dalam hal pengagihan kekayaan negara dan keseimbangan media. Malah semangat prinsip 'federalisma' dilaksana dengan penuh ukhwah. Tidak ada double standard antara kerajaan persekutuan dengan negeri wa

Ajaibnya doa

Image
Seorang kawan ibu pernah tanya...boleh tak kita minta sesuatu yang mungkin mustahil untuk kita perolehi? dan ini jawapan dari mereka yang lebiha arif..... Selamat berdoa semua...jangan putus asa dengan rahmat ALLah...dan bersyukurlah sentiasa kerana kita ada DIA!!!! :)

hujung minggu

Image
suka bila rumah bersih..suke suke suke Sabtu : Ganti teacher ita untuk kelas tambahan tahun 6.. Balik rumah 12.30  ayah baru selesai basuh kereta dengan Amin...Ibu masuk dapur ayah dah kemas dapur Sukernyer... Petang tuh ayah basuh tandas....Tambah-tambah suke hati ibu Ahad : Ayah dan Amin basuh kereta ibu..... Ibu senyum lebar Ganjarannya ibu masak soto untuk makan tengahari....... Hati rasa sangat lapang..hmmm bahagianya "Terima kasih sayang, ayah dah memudahkan tugas ibu, meringankan kerja dan membahagiakan....ALlah permudahkan urusan ayah pula dan tentu sekali....ayah suami soleh ibu"

1 tahun 10 bulan

Ya ALLah..berikanlah diri kekuatan untuk terus mendidik amanah Mu ini. Ya ALlah..Moga diri mampu mengembalikan amanah Mu ini ke asalnya..tempat yang sepatutnya sebagaimana Adam dan Hawa dicipta... Anak-anak merupakan ahli syurga yang diamanahkan kepada kita..dan tanggungjawab kita untuk mengembalikannya ke syurga jua.. Moga diri ini mampu..mari ibu-ibu semua...inilah jihad kita   :)

Teruja

Image
  Teruja!!!!! Boleh agak tak keputusan scan doktor buat masa nih???? Huhuhu kalau sebaliknya nasibla sayang... Kali ini ibu sertakan doa yang ibu ambil dari buku AMALAN IBU MENGANDUNG MENURUT ALQURAN, ASSUNNAH DAN PENGALAMAN : Ustazah Siti Nor Bahyah terbitan Telaga Biru " Ya ALLah..peliharalah anakku selama ia dalam kandunganku dan sembuhkanlah segala penyakit. SesunggunyaEngkau Maha Penyembuh dan tiada smbuhan melain dengan penawar-Mu. Ya ALLah lahirkanlah dari kandunganku ini dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera. Ya ALLah, jadikanlah anakku ini sihat, sempurna, cerdik, berakal dan berilmu serta beamal soleh. Ya ALLah, elokkanlah perangainya, fasihkanlah lidahnya dan merdukanlah suara untuk membaca al-quran dan hadith dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w"

ditinggalkan...

Image
" Kau pernah rasa ditinggalkan orang yang kau sayang??? Soalan yang membuatkan ibu terkesima sebentar. Terdiam. Benar ibu sendiri tidak membayangkan keadan ibu andai ditinggalkan ayah atau anak-anak ibu sendiri... Tidak tergambar perasaan ibu andai ibu merupakan salah seorang isteri kepada perajurit tanahair yang mempertahankan negara di Lahad Datu ketika ini. Kuat atau tabahkah ibu menghadapinya. Saat minda ini masih dalam kewarasan, ibu rasa ibu perlu mempersiapkan diri untuk semua ini..tiada jalan mati di dunia ini melainkan kematian itu sendiri..maka, perlukah ibu mematikan hati dan butakan mata hanya kerana ditinggalkan. Sayang, hati kita ini pinjaman Allah buat kita..dan ia khusus untuk kita..perlukah kita serahkan anugerah Allah yang satu ini pada yang lain..hanya kerana sayang dan kasih kita yang tidak bertepi..dan satu saat bila dia pergi..kita sendiri, patah hati dan dunia kita jadi sepi dan kosong.. Syukurlah sayang, kita dikurniakan ilahi hati kita ini..dan men

Disiplin

Dalam banyak perkara, kita seharusnya redha untuk memaksa diri sendiri melakukan perkara yang tidak kita senangi..Yang sukar dan susah untuk kita mulakan dan adakalanya menyiksa diri Tapi..bukankah nabi ALlah Adam sendiri sukar menjalani kehidupan saat pertama kali dihantar kedunia.. Kehidupan yang indah hanya bakal dikecapi dengan memaksa diri membuat keputusan dan melaksanakan tindakan yang betul.. Tiada tindakan yang betul dalam dunia ini melainkan sesuatu yang diredhai ALLah, berlandaskan syariat biarpun berat untuk dilakukan... Keliru dengan keputusan..paksalah diri untuk bangun bertahajud di malam hari, pohon petunjuk dan jalan Paksalah diri untuk bersangka baik dengan ketentuan ALLah Paksalah diri untuk mengakui kebenaran biarpun ia amat pahit untuk ditelan... Andai keindahan dunia itu masih kabur setelah 1001 kepayahan dalam keterpaksaan .. Yakinilah wahai anak, bahawa Allah menjanjikan keindahan itu bukan di sini tapi nanti..saat kita mengadap hadapannya nanti...

masa

Image
zaman ibu, masa berlalu sangat-sangat cepat. Laju. 1 minit bakal membawa perubahan dan macam-macam boleh berlaku. I minit ibu lewat keluar, jalan jadi sesak dan punch card ibu boleh merah. Dulu...masa yang dipinjamkan ini sepenuhnya untuk ibu. Sekarang ibu perlu kongsi 24 jam ini dengan kesayangan ibu, tentu sekali diri ibu sendiri, suami, anak-anak, pelajar2 ibu dan tentunya buat teman2 ibu. Pembahagian masa yang harus dilakukan dengan bijak. Tentu sekali, ibu mahu yang terbaik untuk kit semua..untuk ibu sendiri dan paling penting untuk mereka disekeliling ibu, Abdul Muhaimin, adik dalam rahim ibu sekarang ini, suami ibu, pelajar2 ibu, mereka yang hampir dengan ibu. Ibu bukan orang hebat sayang untuk melakukan itu semua....Cemburu hati ibu melihat ibu-ibu hebat yang lain....Cemburu dengan Dr. Muhaya, Dr Harlina Siraj dan tentu sekali Ibu DarwishDarwisya Puan Lina Karim....wanita yang hebat di pandangan ibu... Ibu tidak mengimpikan sehebat itu cuma cukuplah menjadi contoh terba

terima kasih

Lama betul ibu tidak berkunjung ke sini.....ibu terasa lama tidak membebel malahan terasa lamanya tidak berbual dengan anak-anak ibu... banyak yang ingin ibu tulis dan banyak yang ingin dicatatkan sepanjang perjalanan kehidupan yang kita lalui  bersama.....sebolehnya ibu mahu rakamkan setiap saat dan catatkan dalam tulisan ibu ini untuk tatapan anak-anak ibu...sayangnya kebersamaan kita juga membataskan ibu untuk itu semua.... Bila ibu mengadap lap top atau gadget2 lain....sayu bila Amin datang dan bersuara 'nak ibu..nak ibu'...walaupun ibu sememangnya ada dihadapan kamu setiap masa.... ibu tutup note book atau sebaliknya note book akan bertukar kepada sesi pembelajaran Amin..... Sudahnya...apa yang terakam di minda ibu...apa yang tercatat di hati ibu...ibu simpan diam-diam.....nak menulis semuanya sekali....sudah tentu tidak sama ketika saat keterujaan melalui detik-detik yang telah berlalu tersebut..... Banyak yang telah berlaku....Alhamdulillah kita banyak menghabiskan