Kami tetap sayang!!!!

Minggu pertama bekerja setelah cuti bersalin lama, suami pula selesai bercuti hari raya:

Pagi pertama bekerja
Amin : ibu tak boleh work, ayah tak boleh work
Ibu : Ayah dan ibu memang kena pergi kerja sayang Kalau ibu tak pergi kerja, kakak2 dan abang2 anak murid ibu tidak dapat ilmu, kesian mereka semua.Ayah kena kerja sayang, kalau ayah tak kerja , kita tidak ada duit.
Amin: Amin ada duit (sambil tunjuk tabung miliknya)

Mampukah duit beli segalanya?

Pagi2 minggu pertama dipenuhi tangisan Amin..Nuha masih kecil, dia masih lagi mampu senyum bila saya cium pipi mengucapkan selamat tinggal pada setiap pagi.

Tapi Amin, dia protes sepanjang minggu itu. Keluar macam-macam perangai pelik tanda protes.

Namun protesnya semalam adalah protes paling sedih.

Semalam, saya balikagak lambat dari jam 2 tghari. Saya mencari air kotak utk program jamuan raya di sekolah hari ini. Ketika balik, Abg Amin masih lagi tidur. Saya biarkan. Tidak lama kemudian dia terjaga sambil menangis. Saya datang dekat untuk memujuk tapi katanya

"Amin tak mau ibu, amin mahu Mummy sahaja" Mummy ialah adik saya yang menjaganya. Meruntun hati saya...Saya dokong dia dan itulah yang disebutnya. Saya hantar dia pada mummynya dan saya sangat sedih...Luluhnya hati saya..

Pagi tadi : Amin menangis lagi dan ayah cuba untuk memujuk
:Ayah bagi RM5, nanti Amin beli chocolate dengan pakngah ye..

Amin senyap. Lega tp sekali lagi hati saya sedih.
Apakah kini anak kami menilai masa untuk bersama kami dengan hanya RM5 yang boleh membeli barang yg disukainya, hinggakan dia boleh terpujuk dan berhenti menangis.

Fahamilah anak, tiada nilai boleh menggambarkan kasih sayang kami, cuma masa dan waktu yang ALLah beri ini perlu kita kongsikan bersama, bukan hanya untuk diri kita tapi orang sekeliling juga..

Benar, andai ada peluang, ibu mahu sentiasa bersama kalian anak-anak ibu. Setiap saat tanpa lepas, namun harus diingat sekali lagi..Dunia ini cuma pinjaman dan bukan milik kita sepenuhnya..Jangan TAmak dan jadikanlah diri : Bermanfaat untuk orang lain. Menjadi seorang guru merupakan sumbangan kecil ibu untuk masyarakat. Satu cara untuk menjadikan ibu bermanfaat pada orang lain.

Benar, duit bukanlah segalanya sayang...malah ia tidak mampu membayar harga kasih sayang dan nilai masa. Namun, hakikatnya saat kita masih lagi bernyawa, kita perlu hidup, perlukan makanan, pakaian , tempat tinggal, dan masa kini keperluan asas itu hanya dapat dipenuhi dengan duit atau wang. Malahan beribadah juga memerlukan wang, mampukah ibu menunaikan haji, berzakat dan bersedekah tanpa wang yang mencukupi...Malah mampukah ibu memberi peluang kalian menuntut ilmu tanpa wang.

Anak-anak: Langkah ibu bekerja dipenuhi dengan rasa bersalah...Hati penuh rindu pada kalian.
Maafkan ibu dan ayah sayang. Percayalah bukan wang dan harta benda itu yang ibu dan ayah cari. Cuma tanggungjawab itu menuntut agar masa yang terhad itu dikongsikan bersama.

Dalam doa kami, ALLah akan sentiasa memelihara kalian sepanjang ketiadaan kami.

Dalam harapan kami, timbal balik sumbangan dan kecil dan ikhlas dalam menunaikan tanggungjawab ini akan kembali kepada kalian juga...

Fahamilah kami dan maafkan kami sayang...

Comments

Popular posts from this blog

The E.N.D

MIHRAB AL QURAN 58: NILAI KEMAHSYURAN YANG BARAKAH

+melepaskan rasa+