Posts

Showing posts from 2011

program solehah, pendakwah wanita dan saya

Menonton program realiti tv penentuan gelaran Solehah malam tadi menyebabkan banyak airmata saya mengalir...maklumlah realiti tv ala-ala akademi fantasia gitu.. Bezanya tangisan dalam solehah ini banyak memberi kesan pada rohani dan pembangunan kendiri...tidak sama dengan tangisan AF yang lebih banyak berkisar pada simpati dan empati ( itu saya lak..lain orang lain ek..) Bezanya juga tangisan dalam rancangan program solehah ini InsyaALLah dikira sebagai satu wadah mendekatkan diri pada Allah, mengajak kepada kebaikan dan menyeru 'amal ma'ruf nahi mungkar' Akur..program sebegini tidak lari dr kritikan2 sosial, mungkin kerana menampilkan peribadi wanita itu sendiri dikhalayak ramai..lari dari adat timur yang kebiasaannya tidak mahu anak2 gadis menonjolkan diri... Tapi kalau nak dibandingkan dengan filem 'ombak rindu' yang menjadi bualan hangat dan filem pecah panggung baru-baru ini..ikon gadis melayu islam yang ingin ditampilkan antara keduanya bagi saya jelas berbeza

hah..dah sunat? kecik lagi..sian dia...

" dah sunat ye kak.." senyum jer... " kesian dia...sakit ek...." hmmmm banyak kali juga lah soalan yg sama diajukan setiap kali buat pemeriksaan untuk Amin di klinik desa.... sakit ke dia..hmmm tapi tengok macam ok je..pagi tuh sunat petang tuh dia dah main2 air dah.... Salahke sunat ketika baby nih..hmmm mungkin orang kita banyak dipengaruhi oleh budaya melayu itu sendiri..bersunat tunggu besar sikit...kemudian ada majlis khatan dikampung2..ada juga upacara mandi berendam ramai2 dalam sungai.... Waktu menyuarakan hasrat untuk khatankan Amin ketika baby lagi, nampak macam abang agak ragu2..tapi dia ok jer.... Dalam bahasa Arab sunat nih kita panggil khitan...maksudnya memotong qulfah yakni kulit yang menutupi kepala zakar...... Wajib ke khitan nih??? Menurut riwayat Imam Ahmad di dalam musnadnya dari Hadis Ammar bin Yasir katanya: Rasulullah telah bersabda: Diantara fitrah ialah berkumur-kumur, membersihkan hidung dengan air, menggunting misai, bersiwak (menggosok

memanfaatkan dan menghargai apa yg dimiliki

Alhamdulillah ..saya bernafas lagi untuk menyambut tahun baru... 1433 hijrah Azam baru..hmm terlalu banyak azam dah dibuat... mahu memiliki, meninggalkan sesuatu malah mengharapkan kesempurnaan... Azam silih berganti...tidak menjadi kesalahan bukan? Sempena tahun baru, lembaran baru, maal hijrah yang sering dikaitkan pengorbanan dan penghijrahan...saya hanya mahu menikmati kehidupan mendatang dengan MEMANFAATKAN DAN MENGHARGAI APA YANG SAYA miliki hari ini..... cukuplah apa yg saya ada sekadarnya...bukan bermaksud saya berada di dalam zon selesa cuma saya mahu belajar mensyukuri.... Manfaat, memperolehi kebaikan daripada satu-satu perkara...tekad mahu mengoptimumkan manfaat dari apa sahaja yang telah saya miliki.....no more baju baru, no need kereta baru or even bag baru....manfaatkan dari apa shj yg telah ada... selama mana msih boleh digunakan.... dan tentunya saya mahu memanfaatkan setiap detik dan waktu yg ada sebaiknya..biarlah setiap detik 1433 ini menjadi ibadah..dipenuhi dengan

apa ada pada nama...

Image
Muslim, Abu Daud dan At Termizi telah meriwayatkan daripada Samurah bin Jundub r.a katanya: Telah berkata Rasulullah S. A. W " sebaik-baik nama kamu di sisi ALlah Azzawajalla ialah Abdullah dan Abdur Rahman" Abu Daud dan An Nasai tela meriwayatkan daripada Abu Wahab AL Jasymi r.a katanya telah berkata Rasulullah S.A.W : Namakanlah anak-anak kamu dengan nama-nama para Nabi. Dan sebaik-baik nama di sisi ALLah ialah Abdullah dan Abdur Rahman. Yang bagus ialah Haris, Hamman, dan yang buruk sekali ialah Harb dan Murrah" Awal kehamilan, saya dan suami sangat teruja... merasai keajaiban dan keagungan ALLah dalam rahim sendiri sangat menakjubkan.. dan antara perkara pertama yg bermain di minda kami ialah bagaimana nak kami panggil namanya nanti.... Kami mahu nama itu melambangkan peribadinya...orangnya... dan tentunya nama yang perlu kami beri itu nama yang baik2.. Kalau boleh nama yang bakal menjadi sebutan baik2 Kalau boleh nama yang baik di sisi ALLah Azzawajalla Kalau menuru

pesan buat anak....

Alhamdulillah usia kandungan saya kini mencecah 30 minggu, Sudah 7 bulan rupanya..merasakan kehadiran keagungan ALLah dalam diri... " Apakah redha hai golongan wanita, bahawasanya seorang wanita yg sedang hamil dari suami yg telah dinikahinya dengan halal. ALLah memberikan pahala kepadanya sebagaimana pahala orng yg berjihad fisabilillah. Apabila ia merasa sakit untuk melahirkan anknya, maka ia mendapat pahala yang banyak sekali hingga manusia tidak mengerti betapa banyaknya pahala itu. Apabila telah lahir lalu disusui, bagi ibu itu setiap teguk dari susunya. ALLah memberi dia pahala satu kebaikan. Apabila si ibu semalaman tidak tidur dan memelihara anaknya yangsakit, maka ALLah memberi pahala seperti memerdekakan 70 org hamba dengan ikhlas untuk membela agama ALLah " Riwayat Al Hasan B. Safwan Tabrani & Ibnu As Sahin & Salamah yang menyusukan Sayyidina Ibrahim putera Rasulullah. Namun, gentar takut dan harap silih berganti. Takut dengan tanggungjawab yang bakal dipeg

31 Tahun.....

Image
Alhamdulillah, usia saya menjengah 31 tahun... dan Terima kasih ALLah mengurniakan saya suami yg sering menghargai... Disebalik apa yg dilihat moga singgah jua doa buat saya agar tetap menjalani kehidupan kerana ALLah...mempelajari kesilapan dan mengakui kelemahan diri. Malah tabah menjalani kehidupan bersama kelak.... Terima kasih ALLah untuk hadiah ini.... Terima kasih untuk kehidupan yg dilalui sehari-hari, terima kasih untuk ujian yg membentuk diri, terima kasih untuk keluarga, teman dan sahabat yg hadir di sisi, terima kasih untuk suami yg sangat memahami.. terima kasih ALLah... Moga diri sentiasa dalam perlindungan Ilahi dan moga ALLah tidak meninggalkan saya pergi tanpa mengingatinya... Firman ALLah dlm surah An Nisa: Apabila kamu dihormati dengan sesuatu penghormatan, maka hormatilah semula orang itu dengan penghormatan yang lebih baik daripada itu, ataupun penghormatan yang serupa dengannya....

RISK

To laugh is to risk appearing to b fool to weep is to risk appearing 2 b sentimental to reach out 4 another is 2 risk involvement to xpose feeling is 2 risk xposing ur true self to place ur ideas and ur dreams b4 a crowd is to risk their loss to love is to risk not being loved in return to live is to risk dying to hope is to risk despair to try is to risk failure but..risk must be taken bcause the greatest danger in life is to risk nothing the person who risk nothing, does nothing , has nothing and is nothing they may avoid suffering and sorrow but they cant learn, feels, change, grow, love and lie chained by their attitudes they are slaves they havelost their freedom only a person who risks is free

my prayer......

Image
I do not pray for riches I do not pray for fame I care not for glory Or a great and famous name I only pray for wisdom That to my children I may be A wise and loving mother As my mother was to me