hah..dah sunat? kecik lagi..sian dia...

" dah sunat ye kak.."

senyum jer...

" kesian dia...sakit ek...." hmmmm

banyak kali juga lah soalan yg sama diajukan setiap kali buat pemeriksaan untuk Amin di klinik desa....

sakit ke dia..hmmm tapi tengok macam ok je..pagi tuh sunat petang tuh dia dah main2 air dah....

Salahke sunat ketika baby nih..hmmm mungkin orang kita banyak dipengaruhi oleh budaya melayu itu sendiri..bersunat tunggu besar sikit...kemudian ada majlis khatan dikampung2..ada juga upacara mandi berendam ramai2 dalam sungai....

Waktu menyuarakan hasrat untuk khatankan Amin ketika baby lagi, nampak macam abang agak ragu2..tapi dia ok jer....

Dalam bahasa Arab sunat nih kita panggil khitan...maksudnya memotong qulfah yakni kulit yang menutupi kepala zakar......

Wajib ke khitan nih??? Menurut riwayat Imam Ahmad di dalam musnadnya dari Hadis Ammar bin Yasir katanya: Rasulullah telah bersabda:

Diantara fitrah ialah berkumur-kumur, membersihkan hidung dengan air, menggunting misai, bersiwak (menggosok gigi), memotong kuku, mencabut bulu ketiak, memotong bulu di kemaluan dan khitan...

Sahih Al Bukhari dan Sahih Muslim dari hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a pula berkata: Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Fitrah itu lima iaitu, khitan, memotong bulu di kemaluan, emnggunting misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak

Hmmm tapi dimanakah pula letak hukumnya?? Sebenarnya para fukaha banyak yang berselisih pendapat tentang ini.. Yang mengatakan sunat ialah Al Hassan Al Bishri, Imam Abu Hanifah dan setengahnya dari Hambali..Mereka berlandaskan dalil yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad daripada Syaddad bin Aus daripada Nabi S.A.W, bahawasanya baginda bersabda:

Khitan itu sunat untuk lelaki dan suatu penghormatan untuk perempuan

Yang kata wajib pun juga ada berdasarkan dalil2 nya, salah satunya daripada Imam Ahmad dan Abu Daud yang meriwayatkan daripada 'Utsaim bin Kulaib daripada ayahnya, daripada datuknya: bahawa dia telah mendatangi Rasulullah s.a.w seraya berkata Saya telah memeluk Islam. Maka sahut baginda; Bersihkan dirimu dari rambut kufur dan berkhitanlah...

dan banyak lagi dalil2 lain..itu kena cari sendirilah yer... yang pentingnya. wajib atau tidak ia sebahagian dari sunnah Rasulullah...

Sekarang nih bila pula masa yang sesuai untuk khitan?.. inilah isunya..menurut pembacaan saya dari buku : Pendidikan anak2 dalam Islam (buku nih bagus tau..bacala)mukasurat 125 Kebanyakan Ilmuwan Islam menyatakan khitan itu wajib ketika anak sudah hampir akil baligh, kerana tidak berapa lama lagi ia akan menjadi mukallaf untuk mematuhi segala hukum syariat dan perintah ALLah...

Tetapi yang afdhalnya, hendaklah wali anak itu mengkhitannya di hari-hari pertama selepas ia dilahirkan, supaya nanti apabila ia sudah sempurna berakal, faham segala urusannya serta dapat membezakannya, ia sudah pun mendapati dirinya sudah berkhitan..

Dalilnya pula adalah dari Hadis yang diriwayatkan oleh AL Baihaqi daripada Jabir r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah mengaqiqahkan untuk Al Hasan dan Al Husin serta menghitannya pada hari ketujuh...

Jadi gitula sebabnya..kami khatankan Amin awal2.... Alhamdulillah senang nak jaga...

Macamana? ada berani???? hehehe.. mehla sama2 ikut sunnah nabi........

Comments

Popular posts from this blog

The E.N.D

MIHRAB AL QURAN 58: NILAI KEMAHSYURAN YANG BARAKAH

+melepaskan rasa+