Posts

Showing posts from 2015
Image
Dalam kerisauan dan resah hati ibu yang bakal menghadapi temuduga HLP hari ini, ibu terkesan dengan peristiwa yang berlaku malam tadi..... Abg Amin menangis sambil berkata Abang tidak suka tengok muka ayah macam tu.... Ibu : Kenapa sayang, ayah tidak marah pun Abg : Muka ayah macam marah jer....Ayah tu tak sayang abang Amin, ayah sayang adik jer...           Ayah asyik marah abang Amin jer..... Ibu terkedu...Abang tidak pernah mengeluarkan ayat begini.... Abang, Kami sayang abang dan adik sama... Abang anak lelaki kami Adik anak perempuan kami.... Kalian berbeza jantina, cara sayang kami perlu berbeza... Lelaki kuat, hatinya perlu kental....tidak salah menangis tapi jiwanya perlu tabah... Perempuan, biar nampak kasar.... tapi jiwanya halus...manjanya lebih.... Kekuatannya tidak sama dengan jantina yang ALlah pilih untuk jadi ketua... Jangan ragu sayang... Kasih kami kerana Allah kerana Kalian bukan milik kami.... Milik ALlah jua... sedalam mana cinta yang

Maal Hijrah 1437H

Image
Salam Maal Hijrah 1437H Moga ALlah tambahkan kekuatan untuk melaksanakan amal soleh Permudahkan setiap urusan Datangkan kebaikan untuk setiap pekerjaan... Meningkatkan keimanan Dan taqwa Memberi peringatan bahawa... Masa akan terus berlalu.... Dan Tujuan kita hanya satu..... Kembali kepadanya pada detik Dan waktu yang kita sendiri tidak tahu

Suami

Image
Dia Suami ibu.....ayah kalian. Hargailah dia sementara ada kerana dia sangat cintakan kalian..... Muliakan dia sebagai orang tua  Kerana Cinta dan kasihnya buat kalian.....

hobi baru ibu

Image
menghabiskan masa dengan hobi baru... ketinggalan tapi tidak pernah terlewat untuk sesuatu jika kita mahu mencuba... Jangan pernah rasa ketinggalan kerana masa itu milik ALlah Lakukan .....lebih baik Dari tidak pernah mahu mencuba Dan meninggalkannya begitu sahaja...

bersama

Image
Cerita semalam berdua Hari ini masih berdua Esok Doa ibu agar kalian tetap bersama Jika ibu tiada ALlah akan tetap menjaga Hotel Bangi-putrajaya Graduasi Cik su 12 Sept 2015

dewasa

Image
Ibu ajak abg Amin mengaji di sini..... Amin: Ibu, abg Amin terganggu la....ada adik.... Setelah Ibu hantar adik pada nenek Amin : Ibu, abg Amin terganggu lagi...ada mainan..... Mengaji dalam bilik sudahnya... Sebelum itu...tanpa diberitahu Abg Amin sudah ambil berus Gigi dan gosok sendiri tanpa di suruh... Ahh...anak Ibu mula kenal tanggungjawab......dia kian dewasa dan Ibu makin tua....

Mural

Image
Cubaan untuk melukis mural di pagar tidak berjaya Kelulusan telah diberikan untuk melukis mural di tempat yang lebih sesuai.                         Peringatan keibubapaan ( for me myself) : Sila sediakan ruang untuk anak-anak berkarya....jangan tahan tapi kawal....

Jumpa.....

Image
Ibu hilang telefon Kes selesai, telefon ditemui dalam beg suspek utama yang sangat tidak puas hati bila ibu leka mengadap telefon... Kes selesai dalam masa 6 hari. Kes ditutup PERINGATAN KEIBUBAPAAN: 1. Jangan LEKA mengadap telefon Aini please follow rules...jagan main HP depan anak...huhuhuh Kengkawan maap yer jika wa dan telegram atau apa sahaja berkaitan HP tidak dilayan bila berada di rumah..... 2. Apa-apa..tolong check beg anak dulu...walaupun dia tak sekolah...hihihi

ja............uuuuuuuh

Image
"Hari ini, ibubapa bekerja cari duit untuk beli kegembiraan anak. Sedangkan anak hilang kegembiraan semasa ibubapa gila dengan kerja. Selepas itu ibubapa beli semula kegembiraan anak yang hilang itu dengan duit yang mereka cari Berikan anak harta, mereka akan hantarmu ke Rumah orang tua. Berikan anak ilmu, mereka akan hantarmu ke pintu syurga" Saiful Nang, Kisah Orang Menang mukasurat 343 Dalam bas OTW Bengkel Math @ Pangkor  7-9 Ogos 2015 Pertama kali berjauhan dengan  Nuha Salsabila...Latihan untuk bercerai susu badan. Video panggilan telefon jam 4.30 pagi....

Baby proof

Image
Done while she is still sleeping. 8.56am @ Bkt Kepong , Beranang " Things certainly aren't the way you imagine them when you're kid and dreaming big dreams about what your life as a grown-up will look like. Even with a mother like mine, even with my untraditional wishes, even with all the books I've read about all the people with lives screwed up in one way or another, I still could have sworn things would be so much neater and easier than they're turning out to be." pg 124-125: Baby proof by Emily Griffin.

Diagnosis 2

Image
Alhamdulillah tamat ~ tak sia-sia 1 Mei " Life is shorter than you could imagine. Better make full use of it. Don't just sit around in your chair whining about how bad life is treating you" pg 271: Diagnosis2

+ Dewasa...+

Image
Tidur lewat Siapkan keje sekolah (Hmm siapala yg kata cikgu ni keje senang banyak cuti ye....) Sempat intai anak bujang Dah 2 malam tidur asing dr ibu ayah Tidur dengan sepupu2 nyer.... Hati sayu Dia kian dewasa... Dia bakal melangkah dan menentukan pilihan hidupnya Dia bakal membuat pilihan sendiri... Moga dia faham melangkah disini hanya satu ilusi Yang Allah cipta untuk satu Realiti Moga dia mengerti Dunia ini seronoknya sementara tempat berlelah-lelah memegang tanggungjawab sebagai khalifah Ibu bakal rindu keletah comel kamu... Oh...ibu perlu bersedia berhadapan dgn kamu yg bakal penuh dengan jiwa sentiasa ingin mencuba... dengan jiwa muda yg sering penuh dgn tandatanya.... sekali lagi Moga Allah mudahkan kita semua... Moga Allah tunjukkan jalan yang benar untuk ke syurga...