Posts

Showing posts from June, 2014

Muhasabah perkahwinan

Anak-anak Hari ini genap 4 tahun usia perkahwinan ibu dan ayah…. Sambutan?? Kejutan?? Ibu teruja untuk macam2…tapi seketika ibu terdetik…usia kami baru 4 tahun, kalau anak kecil…ada yang baru boleh memikir…baru belajar dan baru cuba untuk memahami.. Apalah sangat nak dibandingkan dengan mereka yang sudah 10, 12, 15 tahun berkahwin… Makanya..ibu tukar strategi…Menilai semula erti perkahwinan ini, meletakkan kertas peperiksaan di hadapan ibu setelah 4 tahun belajar….. Alhamdulillah kami telah bersama 4 tahun….Bahagia….sangat bahagia…namun, setakat mana bahagia itu…..akan berhenti di sini kah?…dunia ini…atau bahagia ini mampu bawa kami ke syurga…bawa kita semua ke syurga. Setakat mana kami saling mengenali antara satu sama lain? Setakat mana kami benar-benar memahami satu-sama lain? Setakat mana kami menampung kelemahan antara satu sama lain? Setakat mana kami cuba memperbaiki diri kami untuk kebaikan perkahwinan ini? Ungkapan bercinta hingga syurga banyak

+7 Sya'ban 1435 H+

Image
Bulan Islam, Hari ini Nuha Salsabila genap setahun... Bidadari Ibu Jelita ibu puteri di hati ibu 'Aishah Humaira' ibu Sayang dan kasih ibu buat kamu tidak ada bezanya berbanding abang.... Umpama sepasang mata, itulah ibarat kalian berdua buat ibu Bagai sepasang tangan...demikianlah kalian di hati ibu... Kudunglah ibu tanpa salah satu dari kalian berdua Cacatlah ibu jika hilang satu mata..... Nuha Salsabila... Dalam diam ibu melakar impian dan harapan biarpun wanita namanya lemah tapi doa ibu agar kamu gagah Dalam ayu dan lembutnya kamu Ibu tahu kamu teguh kerana di hati kamu utuh meyakini bahawa tiada mampu siapa menyentuh Kerana yakin kamu Tuhan itu ALlah dengan alasan itu sayang hati kamu tidak akan rapuh biar seribu dugaan perasaan sayang dan cinta datang berlabuh Tiada yang retak mahupun terbelah Tiada sengsara mahupun gundah bila hati benar2 milik ALLah Simpan hati itu sayang buk