Muhasabah perkahwinan
Anak-anak
Hari ini genap 4 tahun usia perkahwinan ibu dan ayah….
Sambutan?? Kejutan??
Ibu teruja untuk macam2…tapi seketika ibu terdetik…usia kami
baru 4 tahun, kalau anak kecil…ada yang baru boleh memikir…baru belajar dan
baru cuba untuk memahami..
Apalah sangat nak dibandingkan dengan mereka yang sudah 10,
12, 15 tahun berkahwin…
Makanya..ibu tukar strategi…Menilai semula erti perkahwinan
ini, meletakkan kertas peperiksaan di hadapan ibu setelah 4 tahun belajar…..
Alhamdulillah kami telah bersama 4 tahun….Bahagia….sangat
bahagia…namun, setakat mana bahagia itu…..akan berhenti di sini kah?…dunia ini…atau
bahagia ini mampu bawa kami ke syurga…bawa kita semua ke syurga.
Setakat mana kami saling mengenali antara satu sama lain?
Setakat mana kami benar-benar memahami satu-sama lain?
Setakat mana kami menampung kelemahan antara satu sama lain?
Setakat mana kami cuba memperbaiki diri kami untuk kebaikan
perkahwinan ini?
Ungkapan bercinta hingga syurga banyak kami terima dalam kad-kad
tahniah buat kami 4 tahun lepas…
Setakat mana pula usaha kami untuk merealisasikannya?
Serius…jika ajal kami sampai…benarkah hujung jalan kami ini
syurga? Bercinta di syurgakah kami kelak?
Apa sahaja yang kami lakukan sekarang, benarkah ia mampu
membawa ikatan yang termetri ini ke syurga? Membawa bukti ikatan kami…kalian
tentunya ke syurga jua?
Dalam keadaan kita sekarang ini, Ke syurgakah keluarga kita
ini sayang?
Oh ya…ini soalan terakhir sepatutnya…. Soalan pertengahan
Ikhlaskah kita sekeluarga?
Tahajjud, Qiamullail, taubatkah kita sekeluarga?
Jemaah kah kita sekeluarga?
Sunnah Rasullullah, itukah amalan keluarga kita hari ini?
Al Quran..Kalamullah di dada ibukah? Ayahkah? Kalian kah
sayang? Dibaca hari2?
Benarkah zina dan maksiat dan yang haram itu telah ibu ayah
jauhkan dari keluarga ini….dari hasilan ikatan perkahwinan ini?
Masa dan detik yang berlalu….perkataan, tindakan, perayaan….apakah
telah ikatan perkahwinan ini isi dengan niat untuk kembali bertemu di syurga
ALLahu Akbar
Benar, kami telah melepasinya 4 tahun lalu…dan sekali lagi
kami bahagia…Namun setakat mana bahagia itu sayang. Setakat mana gembiranya 4
tahun itu sayang….kosong atau berisi? Cantik bagai bunga api atau indah seperti
purnama yang tenang, kekal dan menjadi bukti kewujudan tuhan.
Sudahkah 4 tahun ini meningkatkan kebaikan dalam diri kami?
Sudahkan 4 tahun ini meningkatkan takwa dan cinta kami buat
ALLah?
Sudahkah 4 tahun ini memperbaiki kelemahan kami?
Sudahkah 4 tahun ini menampung kekurangan kami?
Dan sudahkan 4 tahun perkahwinan ini mendatangkan kebaikan
dan manfaat buat agama tercinta kami?
Sayang….setakat mana pula isteri ini memegang
tanggungjawabnya sebagai isteri? Setakat mana pula usaha ibu ini memastikan
impian membawa mereka yg hadir dlm ikatan perkahwinan ini bertemu di syurga? Ke
syurgakah pelakon tambahan ini, isteri, ibu ini?
Suami…Abdul Rahman Abdullah…kita telah melaluinya 4 tahun
lalu…dan moga kita akan berjaya melaluinya lg…kali ini dan sekali lg tanpa jemu…Moga
ikatan perkahwinan ini mendtngkn kebaikan buat diri kita, membentuk diri menjd
org yg lbih baik dr semalam, mampu memperbaiki kelemahan kita, mningkatkan
kecintaan dan ketakwaan kita buat Rabbul Izzati….dan tentunya memberi kebaikan
buat islam deen kita….
Isteri ini mencintai suaminya kerana Allah…inshaallah moga
cintanya ke syurga….
Anak-anak
Jika kalian berkesempatan untuk memperingati tarikh ini…ingatkan
jua kami tujuan perkahwinan ini…apa jua bakal berlaku kelak….bantulah kami agar
kita sama-sama dapat berkumpul di syrga nanti…
Doakan ibu, ayah dan ikatan perkahwinan ini…..
Salam sayang…
Kami.
Comments