Selamat Pengantin Baru
Dia kesayangan arwah abah…Dia peneman, kawan, jururawat, driver dan orang kanan abah. Dia juga kawan gaduh abah. Kami adik beradik faham bila abah lebihkan dia dalam beberapa hal…Dia tidak pernah membantah, apa sahaja..hatta keluar makan kedai tengah malam saat hujan lebat turun. Dalam banyak hal abah akan sebut nama dia dahulu..Dia ambil sebahagian besar tugas adik-beradik lain sebagai anak…Terima kasih adik, meski sepatutnya status isteri bukanlah halangan untuk berbakti pada ibubapa sendiri.
Hari ini tanggungjawabnya kian bertambah, malah keutamaan sudah berubah…..Mungkin ini alasan arwah abah tiada di sini….
Mungkin juga ini alasan untuk takdir yang telah menjadi ketetapan Ilahi
Sebagai ayah..bukannya mudah melepaskan anak yang sentiasa ada disisi…
Sebagai ayah..ragu dan sangsi untuk seseorang yang baru dikenali untuk menjaga permata hati itu tentu wujud dalam diri
Sebagai ayah..keinginan agar anaknya sempurna terjaga hati, tindakan dan perasaan tidak akan lari
Dan ALLah menetapkan segalanya agar harmoni….
Kali ini arwah abah tidak perlu menangis seperti mana tangisan anak perempuan sulungnya yang dilepas pergi
Senyumlah adik….kerana perancangan ALLah itu penuh hikmah bererti meski tersembunyi
Selamat Menempuh alam baru..
Fasa ini penuh dugaan dan cabaran..Perkahwinan tidak boleh hidup hanya atas dasar cinta dan suka. Namun ia juga tidak mampu kukuh jika hanya berlandaskan tanggungjawab dan tentunya tidak sempurna sama sekali tanpa pegangan agama.
Keputusan dan pilihan telah pun dibuat..Belajarlah untuk sama-sama menerima dan memberi. Akuilah kekurangan masing-masing dan perbaikilah kelemahan diri..dan yang paling penting, layarilah bahtera menuju Ilahi
Selamat Pengantin baru dan Jangan lupakan kami.
Comments