Kuliah Ahad 27 Dec 2009
Penceramah untuk kuliah terakhir 2009 ialah ustaz Zulkiflee yg bersuara lunak. Kuliah kali ini bercerita tentang perlunya untuk kita sebagai hamba ALLah mencari sesuatu untuk memelihara keimanan diri kita.
Sesungguhnya pokok2 atau asas orang beriman itu
1. Beriman kepada Allah swt. Ia diterjemahkan dalam
a. ucapan
b. perbuatan
c. iktikad hati
Percaya bahawa setiap rezeki, kebaikan dan kemudaratan, segala sesuatu itu semuanya dari ALLah.
Sesungguhnya umat Islam itu sebenarnya mempunyai kekuatan tersendiri, betapa Allah itu sebenarnnya memelihara umat islam itu sendiri. Antara kekuatannya:
1. Geografi: kedudukan umat islam biasanya mnjadi laluan utama perdagangan malah jauh dr
gunung2 berapi.
2. Mempunyai jumlah yg ramai
3. Ekonomi : mempunyai hasil ekonomi yg baik seperti getah dan kelapa sawit
4. Sumber petroleum utama
5. Akidah yg menjadi kekuatan utama. Maka, apabila tercabut kekuatan yg satu ini maka akan tercabutlah semua kekuatan yg ada.
Imam Malik menegaskan bahawa kita tidak akan Berjaya memulihkan kepincangan umat hari ini, melainkan mengikut cara orng yg terdahulu yg kembali kepada akidah mereka.
Rasulullah SAW bersabda pula bhw agama islam lahir dgn pelik dan berakhir dgn pelik yakni terasing.
Ustaz menjelaskan kepercayaan dan beriman kpd Allah melalui kisah Abu Nu’im yg rapat dgn raja, namun terputus bekalan makanan dirumahnya. Isteri Abu Nu’im meminta beliau agar menemui raja dn mengadu perihal keadaan rumahtangganya yg terputus bekalan makanan. Abu Nu’im malu…baginya kenapa meminta dgn manusia sedangkan ALLah itu ada. Namun, isterinya terus-terusan mendesak. Lantaran itu, Abu Nu’im berjanji akan meminta kpd Raja yg sebenar.
Beliau melangkahkan kaki ke masjid dan berdoa..doanya pd Allah sngt khusus, hinggakan dikiranya berapa guni makanan yg diperlukannya. Maha Suci Allah saat dia berdoa, seorng pengawal raja terdengar rintihan dan doanya, lantas terus menemui raja dan mengkhabarkan rintihan Abu Nui’m. Raja lekas2 menyediakan keperluan seperti yg di doakan oleh Abu Nu’im.
Sesungguhnya, ALLahlah yg menentukan dan merancang segalanya.
Mengadu pada manusia tiada manfaatnya. Sebaliknya bertawakallah, berusaha keras, yakin seluruh perkara baik atau buruk itu adalah dari ALLah. Dan sesungguhnya tiada keburukan yg Allah beri. Bahagia itu dari Allah. Namun kenapa ada susah? Supaya nama Allah itu sering disebut2. Bukankah bila nama ALLah itu disebut saat derita, nilainya saat tinggi, pergantungan dan pengharapannya sangat berbeza…..sesungguhnya susah itu rezeki yg menghubungkan kembali kita dgn kasih sayang Allah…
2. Pokok ke 2 ialah mempercayai kebenaran. Meletakkan kebenaran sebagai sesuatu yg hak tabpa mebgira siapa yg kita bercakap. Malah Berjaya atas usaha dan kebenaran dan tidak kerana menindas orang lain.
Kali ini ustaz bercerita tentangnya kukuhnya seorang ulama yg duduk dipinggir mekah mempertahankan kebenaran.
Diceritakan pada suatu hari telah dating seorng yg telah dianiaya raja mengadu pada ulama tersebut. Ulama tersebut seterusnya menemui raja ketika baginda sedang mengadakan 1 perayaan. Ulama tersebut menegur raja tersebut terang-terangan. Raja tersebut malu lantas menyuruh agar ulama tersebut ditangkap. Raja berpesan agar ulama meminta maaf kpdnya. Ulama itu enggan, dan itu menambahkan kemarahn si Raja. Lantas, raja berpesan agar dikurung ulama tersebut selama tiga hari lagi. Kelak akan dilepaskan singa yg lapar selepas 3 hari.
Hari yg telah ditentukan tiba, ulama tersebut dilepaskan dlm kawasan lapang…seterusnya dilepaskan pula seekor singa yg lapar. Namun, menakjubkan sekali bila singa tersebut meluru pada ulama tersebut dan menjilat-jilat kakinya….
Raja tersentak dan mula menyedari kesilapannya. Dia berhadapan dgn ulama dan benarlah teguran ulama itu selama ini. Ditanyakan kpd ulama tersebut, apa yg difikirkannya saat singa tersebut hamper padanya dan jawabnya:
Saat itu aku hanya terfikir ayat 48 dalam surah At Tuur yg bermaksud
“ dan dengan demikian bersabarlah wahai Muhammad menerima hukum Tuhanmu (member tempoh kepada mereka), kerana sesungguhnya engkau tetap terselamat dalam pemeliharaan dan pengawasan kami; dan bertasbihlah dgn memuji tuhan mu semasa engkau bangun”
3. Pokok yang ketiga ialah mempercayai kehidupan yang kekal abadi. Menanam perasaan inginkan syurga dan takutkan neraka.
4. Mempercayai Qada’ dan Qadar Allah – Rezeki, ajal dr Allah. Sabar menerima musibah dan bersyukur bila menerima kesenangan.
5. Persaudaraan islam yg kukuh. Kekuatan silaturrahim yg ada pada
a. Berlapang dada
b. Melebihkan saudara dr diri sendiri
Dan ustaz bercerita lagi, cerita ketika zaman Umar.
Atas sebab salah faham, seorng kaya telah dibunuh oleh seorng lelaki badwi. Dan berdasarkan undang2 islam, balasan yg harus dikenakan ialah bunuh balas. Namun, saat hukuman mahu dilaksanakan, lelaki tersebut meminta izin untuk pulang memberitahu keluarga, isteri dan anak-anaknya tntang hukuman yg bakal dijalankan. Lelaki itu berjanji akan kembali semula dan menjalankan hukuman.
Umar agak ragu, namun beliau kemudiannya mengumumkan kpd umum agar menghadirkan seorang sukarelawan yg sanggup menjadi galang ganti dan taruhan untuk lelaki tersebut. Seandainya lelaki itu tidak pulang, maka lelaki yg menawarkan diri itu bakal dibunuh. Senyap seketika, namun tidak lama kemudian hadir Abu Dzar Al Ghafiri, salah seorng sahabat nabi menawarkan diri.
Lelaki badwi itu diberi masa 3 hari. Tiba hari ketiga dan waktu hukuman kian hampir, mereka menanti dgn sabar dan Umar penuh keresahan. Alhamdulillah saat itu lelaki badwi itu hadir untuk menjalani hukuman.
Kagum dgn kejujuran lelaki tersebut, waris pd lelaki yg dibunuh mengampunkan dosa lelaki tersebut dan terhindarlah lelaki tersebut dari hukuman qisas. Maha suci Allah, saat ditanya mengapakah lelaki badwi itu tidak melarikan diri, apakah dia tidak takut pd hukuman yg telah ditetapkan. Jawabnya “ sesungguhnya bukan kamu wahai Umar yg aku takutkan, namun ALLah SWT yg sentiasa ada memerhatikanku dan mengejarku…”
Maha suci Allah, betapa takut kpd ALLah menyelamatkan lelaki tersebut. Maha suci Allah, atas dasar silaturrahim dan kebesaran ALLah, tingginya nilai maaf yg dihulurkan waris terhadap lelaki yg membunuh bapa mereka dan yg paling utama tingginya nilai persaudaraan islam bila Abu Dzar Al Gafiri sanggup menjadi galang ganti kerana percaya pada ketulusan lelaki tersebut.
SubhanaALlah… islam itu sangat indah!!!

Comments