Kuliah Ahad 15 Nov 2009

Penceramah kali ini memulakan ceramah dgn peringatan. Barangsiapa yg mahu menemui Allah dalam keadaan sebagai islam, mukmin, maka jagalah solat dan peliharalah dengan betul.

Allah telah menjanjikan syurga bagi mereka yang melaksanakan 5 fardhu sembahyang dengan sempurna.

Malah, pada hari kiamat kelak, solat akan menaungi kita dan menjadi
a. Naungan dari cahaya matahari
b. Mahkota dikepala
c. Cahaya yg berjalan dihadapannya
d. Menjadi pelindung
e. Hujah bg orng2 yg beriman
f. Memberatkan timbangannya
g. Pembantu menyeberangi sirat
h. Kunci untuk ke syurga

Solat itu adalah tasbih, tahmid, takdis, takzim, qiraah dan doa. Sementara seafdhal-afdhal solat itu ialah apada awal waktunya.
Ada beberapa perkara yg perlu diperhatikan ketika mendirikan solat.

Awal solat adalah ilm. Sesungguhnya amalan yg sedikit adalah lebih baik daripada amalan yg banyak tp jahil. Malah pernah diriwayatkan bahawa orng alim yg tidur lebih ditakuti daripada orng yg tidak tidur kerana ilmunya.
Janganlah kita mempelajari sesuatu sehinggalah engkau mengamalkan apa yg engkau pelajari.
yakin tidak akan hilang dgn waswas.

Dalam solat kita perlulah:
1. Tahu beza sunat dengn wajib solat
2. Tahu sunat dan wajib wudhu’
3. Tahu tipudaya syaitan sehingga dapat memerangi mereka.

Kesempurnaan wudhu’ pula ada pada
1. Bersihkan hati, diri dan jasad. Mengosongkan hati dr sifat mazmumah dan mengisi hati dgn sifat mahmudah sehingga Nampak kebesaran ALLah.
2. Suci drpd dosa- bertaubat . Sesungguhnya Allah taala itu baik dan tidak menerima kecuali yg baik2
3. Membasuh seluruh anggota sepenuhnya tanpa membazir.

Dari segi pakaian kita perlulah:
1. Tahu hukum hakam halal dan haram
2. Bersih dari najis
3. Ikut sunnah dan tidak berbangga

Dari segi waktu pula:
1. Perhatikan waktu: tunggu azan dan yakin masuk waktu
2. Telinga mendengar azan
3. Hati selalu ingatkan dan menunggu-nunggu ketibaan azan.

Kiblat untuk solat. Sesungguhnya kiblat hati pada Allah. Kiblat mata pada tempat sujud, kiblat tangan pada kiblat Allah.
1. Kita perlulah mengadap Allah SWT dengn dada dan wajah
2. Sunat mata mengadap tempat sujud
3. Mengadap Allah SWT dgn hati khusyu’ merendah diri.

Bandingkanlah diri dgn Saidina Ali yg pucat wajahnya bila mengadap Allah setiap kali solat. Diterimakah solat kita???

Comments

Popular posts from this blog

The E.N.D

MIHRAB AL QURAN 58: NILAI KEMAHSYURAN YANG BARAKAH

+melepaskan rasa+