Kuliah ahad 8 Nov 2009

Kali ini berkisar tentg riba’ dan jualbeli. Ustaz Mohd Izwan Mahyuddin memulakan kuliah dgn bacaan ayat al-quran dari surah Al-Baqarah ayat 275 dan 276.

Beliau menghuraikan riba sebagaimana yang disabdakan oleh rasulullah sebagai 1 daripada 7 dosa besar. Beliau seterusnya membacakan hadith yang mksudnya membayangkan kepada simbolik positif dan negartif dalam kehidupan. Setiap satu perkara di dunia ini ada positif dan negatifnya, dan ini termasuklah jualbeli.

Antara contoh perkara baik yg sering disebut untuk kita bawa mati ialah: anak yg soleh, ilmu yg bermanfaat dan sedekah atau kebaikan yg berpanjangan.

Selain itu ditekankan juga bahawa setiap umat itu mempunyai fitnya tersendiri dan fitnah bagi umat Nabi Muhammad SAW kini ialah harta.

Nabi Muhammad SAW berkata pada satu saat umatnya tidak terlepas dari debu2 riba.
Riba’ itu termasuk dlm bidang ilmu muamalat atau fiqh muamalat. Salah satu riba’ yg diberi nama riba’ ad duyun bermaksud lebihan dari transaksi pinjaman. Dalam islam pinjaman tidak boleh diletakkan lebihan. Sebaliknya islam yg mengamalkan Qard al hasan menetapkan bahawa pinjaman bukanlah nmedium untuk mendapat keuntungan sebaliknya merupakan satu cara untuk membantu.

Riba’ itu sama tarafnya dengan haramnya arak, zina dan babi. Allah menegaskan supaya orng beriman meninggalkan riba’ sehingga mengisytiharkan perang terhadap mereka yang mengambil riba’. Malah sebenarnya agama2 samawi yg lain turut mengharamkan riba termasuklah agama nasrani.

Ijma’ ulama sendiri turut mengatakan riba’ itu haram.

Bagi orang2 yg mengambil riba’ pula, tidak akan diterima amal ibadatnya.
Riba’ itu ada 73 pintu, riba’ yg paling rendah dosanya sama dengan berzina dgn ibu atau bapa sendiri.

Dan 1 dirham duit riba itu pula menyamai dosa berzina 36 kali…

Maka jauhilah dosa riba dan dosa2 besar yang lainnya…
Sesungguhnya bila riba dan zina berleluasa disebuah perkampungan, maka tunggulah bala Allah yang akan turun.
Eiiii…takutnya…nauizubillah, moga Allah pelihara diri dan keluarga.

Comments

Popular posts from this blog

+persepsi dan pengorbanan+

Kembara Rohani yang baru.. .