1431 Hijrah & 2010 Masihi

Lama tak mengupdate blog, waktu2 terluang saya lebih banyak membaca hasil tulisan sendiri. Mengimbas apa yg telah saya tulis. Tempat saya membina kreativiti dan mengaktifkan penggunaan otak kanan dan kiri. Dari catatan kehidupan, luahan rasa dan kini saya lebih banyak menulis isi2 kuliah2 yg dihadiri.

Ada kala rasa otak tepu dan beku. Terasa perbezaan hasil tulisan dulu dan sekarang. Mungkin faktor usia menjadi alasan dan mungkin sekali diri sudah semakin kurang membaca berbanding dulu.

Kini, melalui fasa2 kehidupan mengikut ketetapan dan takdir ALlah.

Masa itu berjalan tidak mengira apa pun. Dan dari perjalanan masa itu kita melewati 1001 malah lebih ribu rencah kehidupan.

Tidak mungkin sama sekali masa akan berputar kembali..mustahil

Dulu saya awal 20 an kini hujung 20 an
Dulu belajar kini bekerja
Dulu murid kini guru
Dulu rasa selesa diam dalam rumah mama dan abah, kini teringin punya rumah sendiri

Melewati fasa kehidupan yg baru menimbulkan perasaan yg pelbagai. Teruja, kadang2 keliru, rasa kurang bersedia, adakala bersemangat, dan kadang2 rasa tidak mahu berubah, dan mungkin ada rasa mengapa perlu mengubah zon yg selesa kini... Life crisis

Seperti terujanya anak muda yg menjengah remaja, melewati fasa kehidupan yg hijau
Rasa kurang bersedia berdebarnya graduan yg biasa berhadapan dgn kertas kerja, assignment dan exm menghadapi alam pekerjaan dan dunia sosial yg baru
Ragunya seorng pemuda atau pemudi dgn pilihan kehidupannya
bersemangatnya bakal2 ibu untuk menerima kelahiran cahayamat....

Dan setiap fasa kehidupan yg kita lalui, apapun ia membawa kepada keputusan yg telah dibuat dan tentunya tanggungjawab yg bertambah satu demi satu...

Usah dibandingkan dewasa dgn anak kecil, kerana fasa kehidupannya baru bermula, sedang kita telah melalui detik dan cerita yg pelbagai. Berhadapan dgn tanggungjawab demi tanggungjawab.

Namun, indahnya fasa kehidupan itu bila
atas dasar tanggungjawab, ibu melahirkan kasih dan sayang buat si anak
atas dasar tanggungjawab juga, pemimpin mengatur langkah memenuhi kepuasan orng bawahannya
atas dasar tanggungjawab juga, seorng lelaki mengambil seorng wanita sebgai isteri

bukankah atas dasar tanggunjawab yg kita laksanakan dlm detik yg berlalu itu menjadikan dunia ini indah sebenarnya....

Yang lepas..meski terlalu indah untuk kita lepasakan atau mungkin terlalu perit saat kita menghadapinya, ia akan terus menjauhi kita hari demi hari.
Esok, yang akan datang, belum pasti apa ceritanya tapi ia tetap akan datang.
Tapi fasa kehidupan yang kita lalui hari ini, adalah peluang untuk kita menikmati apa yg kita miliki; Tanggungjawab, kasih-sayang, rakan, teman. Kerana yg semakin menghampiri dan pasti ialah mati...

Dari Ibn Umar r.a berkata, sabda Rasulullah SAW

Bila kamu berada pd waktu ptg, maka jgnlah menantikan waktu pg. Dan bila kamu berada pd waktu pg, maka jgnlah menantikan waktu ptg. Pergunakanlah masa sihatmu untuk waktu sakitmu, dan pergunakanlah masa hidupmu untuk saat kematianmu. (Riwayat Bukhari)

Selamat Tahun Baru 1431 Hijrah & 2010 Masihi

Comments

Popular posts from this blog

The E.N.D

MIHRAB AL QURAN 58: NILAI KEMAHSYURAN YANG BARAKAH

+melepaskan rasa+