Kuliah Ahad 14 feb 2010 : Ustaz Roslan Mohd

Majlis itu adalah bayangan syurga.

Hadith Nabi : Apabila kamu melintasi taman syurga hendaklah kamu masuk ke dalamnya.

Sahabat bertanya: Apakah dibumi ini ada taman syurga:

Nabi Muhammad SAW menjawab Taman Syurga yang dimaksudkan nabi ialah majlis2 ilmu dan majlis2 zikir memperingati ALlah.

Moga kehadiran dalam majlis ilmu bukan sekadar pahala tetapi jiwa yang mulia, hati yang bersih, kehidupan yang diredhai. Moga langkah saya ini dikira dan tidak tersasar.

Hidup biarlah memperolehi keredhaan ALlah. Sekurang-kurang dalam mencari keredhaan ALlah, perlulah dijaga

1. Nikmat usia @ nikmat nyawa

Satunya nikmat yang tidak panjang. Sebaik-baik manusia ialah mereka yang memanjangkan usianya dengan amal soleh.

Biar jasad terpisah, mereka yang beramal, umurnya masih hidup kerana bangkit dalam nikmat ALlah.

Realiti hari ini, majoriti tidak mengambil pusing tentang masa dan usia. Hinggalah Allah rakamkan hal ini dalam surah Al-Asr ( Demi Masa )

ALlah berkata: Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian; mustahil bagi ALlah untuk berbohong. Rugi yang dimaksudkan disini ialah amal salih yang kurang dan usia yang tidak dijaga baik. Rugi juga bermaksud, kurangnya amal makruf nahi munkar.

Jagalah nikmat usia kerana ia tidak akan kembali setelah ia berlalu.

Sesungguhnya nikmat yang akan dikesali oleh manusia bila berada di padang mahsyar kelak ialah nikmat usia, hinggakan mereka minta dikembalikan menjadi manusia di bumi.

Kecewa yg berlaku pada diri kita seharusnya atas dasar ruginya nikmat akhirat yg kita persiakan dan bukan kerana nikmat dunia yang berlandaskan kebendaan.

Bagaimana pula memelihara usia dan nyawa kita ini? Peliharalah ia dengan ilmu.

Imam Shafei menyifatkan ilmu seumpama berlian yang paling kita sayang, hilangnya ilmu menyebabkan kita hilang segala-galanya.

Hadith Rasulullah pula turut mengingatkan bahawa apabila meninggal anak adam itu, terputus lah segalanya kecuali salah satunya ilmu yang lita pelajari dan kita manfaatkannya.

Ilmu itu ibarat sebidang tanah yang kering kontang, diturunkan hujan dan hidup suburlah tanah tersebut.

Kurangnya ilmu akan membawa kepada kejahilan yang menjurus kpd kebodohan. Dan bila ilmu agama itu tidak meresap ke dlm jiwa, maka ia membawa kepada keburukan.

Nabi Muhammad SAW bersabda: hamba Allah yg afdhal ialah mereka yang dikurniakan usia yg panjang dan diisi dgn amal soleh.

Sahabat bertanya pula tentang orang yg paling buruk.

Nabi Muhammad SAW berkata orng yg paling buruk ialah mereka yg ALLah beri usia yg panjang tp diisi dgn keburukan.

Nabi bersabda : Sesungguhnya ALlah tidak akan tark ilmu Allah dimuka bumi ini sekaligus, tapi ALlah tarik dalam keadaan:
i. manusia tidak mau belajar
ii. alim ulama dimatikan
ii. mereka yg alim dan ulama tidak diberikan kedudukan dan ruang sepatutnya.

jadi, nilailah keadaan kita hari ini...nyawa dan masa yg kita miliki.

2. Hidup dalam suasana bimbing-membimbingi, nasihat- menasihati.

Hakikat manusia; tidak mungkin boleh melakukan satu perkara bersendirian.

Bila buat rumah, kita perlukan arkiteknya, tukang buat rumah, tukang letrik dsb.

Dalam agama erlu hargai semangat nasihat-menasihati. Dalam surah Al Asr sekali lagi, Allah menyatakan ciri orng yg menang ialah mereka yg berpesan pada kesabaran dan kebenaran.

Seharusnya yang berilmu menasihat yg jahil
Orng yg silap tunjukkan jalan yg betul
Orng yg tidak tahu perlu diberitahu.

Sebaliknya jgn jadi orng yg bodoh sombong. Belajarlah dan mintalah tunjuk ajar.

Ketika sahabat nabi membaca satu ayat dlm surah Al Imran, inilah jalanku, jalan yg lurud, jgn ikut jalan yang lain, kelak binasa.. sahabta bertanya; Apa jalannya?

Nabi Muhammad SAW menjawab: aku akan tunjukkan.

Ramai beranggapan apabila sudah lama memeluk agama islam...memegang islam sebagai agama warisan, sudah tahu segalanya.... seharusnya difahami bahawa islam itu agama hidayah. Hidayah yang dikurniakan ALlah pd siapa yg dikehendakinya. SEharusnya umat islam itu sendiri belajar dan tidak merasa puas dgn apa yg dimilikinya.

Salah satu pentas untuk ingat mengingati ialah majlis ilmu.

3. Sentiasa ingatkan saat pertemuan dgn ALLah a.k.a mati

Bila jiwa sentiasa disemai dgn hal2 kematian, menjadikan kita bersiap-siaga untuk menghadapinya.

Allah yg menentukan saat dan ketika kematian dan ia merupakan sesuatu yg tidak diketahui oleh manusia.

Comments

Popular posts from this blog

The E.N.D

MIHRAB AL QURAN 58: NILAI KEMAHSYURAN YANG BARAKAH

+melepaskan rasa+