Bila nafsu menguasai....

Akhir2 ini sering diasak dgn pelbagai persoalan... dan rupanya tanpa disedari masa kian menghampiri.....

sakit kepala, malas mahu memikirkan...tapi dari satu sudut, keinginan agar ianya sempurna tetap ada..cuma saya hanya mahu sederhana....

Bila malas berfikir...akhirnya kereta saya pandu ke secret recipe......

One classic cheese and one apple pie cheese...hohoho geram kah itu, marah atau lapar...



sebetulnya nafsulah yg menguasai diri.....

Makan tepi tasik sendirian....hmmm tak seronok pun, tak puas pun..
Teringat asmak...pasti syok kalau asmak makan sama.... the more the merrier.... apatah lg kalau ada shifa...n yg lain2

Apa erti memiliki bila kita sendiri....
Apa erti ada, bila kita tidak boleh berkongsi
Buat apa kaya jika tidak boleh memberi..
buat apa juga sempurna dan cantik jika tidak ada yg memuji

makanan yg lazat jadi tiada rasa...

Menyeronokkan bila kita melakukan sesuatu tidak sendirian....adakala yg tidak sedp jadi sedap..
Kdg2 makanan terhidang tidak sedap mana, tp bila makn bersama kawan..semuanya jadi sedap
Nikmatnya hidup ini bila kita menjalani kehidupan dgn ditemani orng disisi.. orng yg kita sayang, yg boleh kita harapkan, tidak kisahlah sama ada mak ke, abah ke, adik mahupun kawan....

Logiknya juga kenapa Allah cipta istilah suami, isteri dan anak2.... sahabat, nenek dan dan tentu sekali saudara...

ALlah juga cipta istilah bantu-membantu, sayang dan kasih.

2 hari lepas balik kg Sekinchan, ziarah nenek.....Penyakit lupa nenek semakin tenat bila arwah atuk meninggal....dan sepanjang 2 malam itu nenek bgn dan lari untuk tidur dgn kami, biarpun permulaan malam nenek berkeras untuk tidur di biliknya..... nenek juga memerlukan seseorng disisi......

Selagi hidup, kita akan sentiasa memerlukan dokongan dan sokongan org sekeliling... Alasannya mudah, kita hanya hamba yg tidak punya kuasa untuk segalanya....

Tidak bermakna kita tidak diberi peluang sendiri..... kelak akan tiba saatnya kita benar2 sendiri

Peluang yg pasti dimiliki untuk setiap insani.....

bila kita mati...

Comments

Popular posts from this blog

The E.N.D

MIHRAB AL QURAN 58: NILAI KEMAHSYURAN YANG BARAKAH

+melepaskan rasa+