Kuliah Hari Ibu


Hari ini hari ibu..makanya tajuk kuliah Ahad di surau annur pagi ini tentunya i.b.u
Kuliah disampaikan oleh Dato' Hasn Din Al Hafiz.....

Lama tak dengar dia berceramah kat sini...hmmm

Betapa kehadiran Islam itu menaikkan taraf ibu lebih dari segala-galanya.... Islam menjaga martabat da mengiktiraf kedudukan ibu...

Ustaz bercerita tentang 5 ibu yang diiktiraf oleh ALLah da Islam..

1. Ibu kandung..ibu yang melahirkan anak yang sah tarafnya..walaupun demikian anak kepada ibu yang berzina tidak dijatuhkan hukuman dan tidak berdosa...Ustaz menerangkan pula bahawa ulama telah mempersetujui anak yang sah taraf itu ialah anak yang dilahirkan setelah cukup 6 bulan 1 lahzah dari tarikh ijab dan qabul seseorang itu.

Ustaz menasihati ibu yang ada agar sentiasa memerhatikan anak2 perempuan mereka yang berada di rumah.....ini dibuat untuk memelihara kehormatan keluarga itu sendiri.

2. Ibu susuan..Sesungguhnya apa yang diharankan kepada keturunan, diharamkan juga pada penyusuan.. Ustaz menggalakkan ibu susuan..sedangkan Rasulullah SAW sendiri disusukan oleh Halimatussaadiah saat masyarakat dalam keadaan jahiliah...

Ustaz menyarankan ini agar anak2 tidak lagi terdedah kepada peluang untuk bersifat seperti haiwan memandag penyusuan ibu merupakan satu telepati kesinambungan antara anak dan ibu...

Malah ulama turut berpesan: Bila seseorang anak yg minum susu lembu, kemudiannya terdidik menjadi manusia berguna sudah tentu ibunya itu akan terselamat..namun bagi anak yang telah diberi susu haiwan, namun besarnya tidak terdidik sebagai manusia berakhlak...ibunya akan dipertanggungjawabkan atas pemakana yang telah diberi untuk anaknya....

Anak susuan pula ialah anak yang telah diberi susu ibu susuannya saat usiannya kurang dari 2 tahun dan menurut Imam shafei pula, malah haul mengatakan anak itu perlu 7 kali sedut dan 7 kali telan susu ibu tersebut...ada pula haul yang mengatakan sebanyak-banyaknya 5 kali sedut dan 5 kali telan...

Penyusuan ibu sebenarnya memberi kesan pada rohani dan jasmani seorang anak..

3. Ibu tiri
Perempuan yang telah menikah dengan bapa sendiri.

4. Ibu mertua
Ibu kepada suami atau isteri seseorang.

5.Ibu Angkat.
Dalam senarai agama..islam turut mengiktiraf ibu angkat... Ia turut mempunyai kedudukan yang tertentu dan seharusnya dihormati..

Ustaz bercerita kisah Nabi Zakaria dan anak angkatnya Maryam.... Nabi Allah Zakaria telah lama menikah namun masih belum dikurniakan anak..sementara isteri Imran, ibu kepada Maryam telah bernazar untuk menyerahkan anaknya ke rumah ALLah buat berbakti kepada agama...Namun sayangnya, lahir anak itu merupakan seorang anak perempuan...dia tetap menunaikan nazarnya dan anak tersebut telah dijaga oleh Nabi ALLah Zakaria.... Nabi ALLa Zakaria menyediakan sebuah bilik untuk MAryam, dan ia hanya dimasuki oleh beliau..

Suatu saat Nabi Zakaria masuk..dan nampak olehnya makanan yang pelbagai tersedia buat Maryam...sesungguhnya ia dari ALLah...

Berdasarkan kepercayaan ALLah mampu mengadakan sesuatu di luar kebiasaan kita sebagai manusia, Nabi ALLah ZAkaria berdoa dan saat lanjut usia si isteri, Nabi ALLah Zakaria beroleh anak sendiri yang dinamakan Yahya.

Selain cerita itu..Ustaz turut bercerita kisah Al Qamah, kisah betapa tingginya nilai kehormatan seorang ibu kandung..darjatnya hinggakan Allah meletakkan syurga itu ditelapak kakinya dan redha ALLah adalah pada redha ibubapa..

Kisah betapa sayangnya Alqamah yg menjaga siibu dan tidak menikah hinggakan ibunya menyuruh beliau agar menikah..biar berat hati Alqamah, namun sebagai anak yg patuh..diturutkan perintah ibunya...menikahlah Alqamah seperti yg diarah..

Saat memiliki isteri kasih Alqamah perlu dibahagi..isteri turut dicintai, namun sayang ibu tak pernah dilupai...cuma siibu sedikit terasa, merajuk hati membawa diri, diminta ALqamah membina lagi, sebuah rumah mahu hidup sendiri...

Ustaz kata..salahkah suami menyintai isteri..tidak salah..kisah ini bukan mencari siapa yg salah..cuma menunjuk bukti betapa nilai ibu tinggi..terguris sedikit di dalam hati nazaknya Al Qamah susah sekali..

Rasulullah memanggil ibu lqamah..ditanya dan disiasat, yg keluar hanyalah puian...benar, Alqamah tinggi amalnya...cuma sedikit silapnya, membuat ibu berasa hati...

Memandangkan siibu, tidak mengakui kesilapan Alqamah apatah lagi bercerita mengenainya..lalu diminta kayu api buat dibakar ALqamah hidup2..

Andai ibu sanggup Alqamah dibakar dalam neraka, biarlah ia dibakar hidup2 dahulu...
Tak sanggup hati siibu..lalu rauk dibunag pergi..redhalah ibu senang hati, mudahlah AlQamah mengadap ilahi...

Ustaz turut bercerita tentang ibunya..munkin ustaz tidak berbicara..cuma terasa betapa rindunya dia..buat ibu yang disanjungi...Ustaz sempat bercerita betapa saat kematian ibunya sangat cantik..hari Jumaat, Bulan Ramadhan, dalam telekung, saat sujud solat terawih dalm surau tempat beliau beramal...Indahnya Husnul Khatimah yg dilalui....

Rasulullah membuat perbandingan betapa ibu itu perlu dihormati lebih dari seorang ayah..hinggakan bersabda panggilan ibu perlu disahut anadai kita sedang solat, namun ulama membincangkan panggilan ibu yg sebagaimana yang boleh disahut...

dan ceramah ustaz diakhiri dengan ucapan untuk hari ibu...saya pasti ustaz rindu pada ibunya..

Saya rindu mama saya, biar dia disebelah saya...mama itu segala-galanya. Allah letakkan nilai seorang mama itu cukup tinggi, kerana dari dialah kita singgah untuk lahir menatap dunia...dari dialah kita menumpang hayat sebentar sebelum memegang nyawa sendiri...dari dialah kita berlindung membina kekuatan fizikal sebelum lulus untuk menghirup udara...

Setiap langkah..setiap detik dan keberkatan hidup ini sangat bergantung pada redhanya ibu..kerana ALlah telah berkata sesungguhnya redha Dia pada redhanya ibu....

Mama...betapa saya sentiasa berpegang, mama adalah segalanya buat saya..dunia saya, akhirat dan kehidupan saya...

Redhakanlah saya....selamat hari ibu mama Latipah binti Nordin....

Comments

Unknown said…
nee.
ble nak update blog.....miss to read ur new updates....:-)

Popular posts from this blog

The E.N.D

MIHRAB AL QURAN 58: NILAI KEMAHSYURAN YANG BARAKAH

+melepaskan rasa+