Saat bergelar isteri
Sekali lagi..saya lama tidak menulis, saya juga lama tidak berlama-lama melayari internet sejak bergelar isteri…rutin banyak berubah dan ada juga yang hampir saya tinggalkan.
Benar.. we used to start at the end of something. Saya menamatkan zaman bujang atas dasar tanggungjawab, cinta dan kasih pada mama dan abah. Seterusnya saya berazam memegang tanggungjawab isteri sebaiknya..rupanya tanggungjawab itu perlu ada mawaddah, cinta, rahmah dan kasih sayang. Kerana itu salah satu asas pada keikhlasan selain asas utama iaitu mempercayai ketetapan ALLah adalah segala-galanya.
Alhamdulillah..hari ini saya seronok bergelar isteri
Saya rasa dihargai bila masakan saya dipuji
Saya rasa sangat terharu bila kerja-kerja saya mendapat ucapan terima kasih
Saya bangga bila suami hulurkan wang nafkah buat saya
Saya rasa tenang bila suami imamkan solat saya
Saya rasa ringan bila suami bantu cuci pinggan dan kemas bilik
Saya senang bila suami sapukan minyak dan picit kepala bila sakit…
Kerana, ada yang bercerita…
Setelah 10 tahun berkahwin, tiada ucapan terima kasih malah pujian yang diterima
Setelah 15 tahun berkahwin , barulah wang nafkah yang pertama kali diterima
tak lupa juga yang merintih sakit pening ditanggung sendiri, tiada kata pujukan dan belaian.
Ada yang berkata suami lah raja dan isterilah hamba
Saya tidak mahu jadi hamba…saya mahu jadi teman hidup…
selain memenuhi tuntutan agama agar isteri mentaati dan mematuhi suami,
sebagai isteri
saya
Dengan rela menyediakan makan, minum pakai suami kerana menyedari tindakan itu bakal dihargai

Dengan rela membantu meringankan beban suami kerana yakin suami tidak pernah lupa nafkah dan keperluan isteri.
Dengan rela melayani keluarga suami sebaiknya kerana tahu begitulah layanan yang diberikan kepada keluarga saya.
Dengan rela bersusah payah dengan suami kerana percaya kesenangan yg hadir akan dikongsi malah suami saya tidak meninggalkan saya bila dalam kesusahan..
Dengan rela memenuhi kehendak suami kerana tahu suami akan memenuhi kehendak isteri..
Dengan rela melahirkan zuriat penyambung warisan suami kerana yakin tugas mendidik dan membesarkan bakal digalas bersama.
Dengan rela berulang ke Shah Alam pada hujung minggu walaupun saya sangat..sangat..sangat rindu ke kuliah Ahad dan belajar agama..kerana saya percaya ia tidak lama, memandangkan suami saya tahu bahawa isteri perlu dididik dengan pendidikan agama.
Untuk suami saya..terima kasih kerana memilih saya, moga kita semua dalam pemerhatian ALLah sentiasa…moga 3 bulan ini berpanjangan…moga dasarnya kukuh kerana ALLah.
Kawan-kawan..saya sudah menulis kembali..terima kasih kerana sentiasa ada buat saya..inilah cerita saya …
Mama dan Kakak2 saya..terima kasih atas nasihat dan tunjuk ajar saya saat melangkah bergelar isteri
Perjalanan saya baru bermula lagi…
Ya ALLah, terima kasih atas ketetapan ini.

Comments