Larian Zahran 2017

.
Sudah ibu pesan
Teruskan lah melangkah
Biar penat biar lelah
Biar kaki tidak mampu berlari
Biar lewat mahupun lambat
.
.
.
Sudah ibu pesan
Andai hati kata tiada daya
Tanam dalam jiwa
Daya itu milik ALlah jua
Dia beri banyak mana pada siapa dia suka
Melangkah dan berzikirlah..
ALlah...ALlah...ALlah...
Itu beza langkah awak hari ini dan hari awak alpa
.
.
.
Seperti itu juga perjalanan hidup kita
Tidak ALlah janjikan indah jika tidak mampu berlapang dada...
Tidak ALlah janjikan nikmat jika tiada sabar dan redha...
Bukankah Rasulullah sudah bersabda

"Sungguh menakjubkan perkara orang yang beriman, kerana segala perkaranya adalah baik. Jika ia mendapatkan kenikmatan, ia bersyukur kerana (ia mengatahui) bahawa hal tersebut adalah memang baik baginya. Dan jika ia tertimpa musibah atau kesulitan, ia bersabar kerana (ia mengetahui) bahawa hal tersebut adalah baik baginya. (Hadis Riwayat Muslim]"

Melangkahlah
Bila penghujungnya syurga 
Kerana itu sungguh
ibu biar kamu terus melangkah
Belajarlah....
Satu waktu bila ibu ayah tiada
Yakin sungguh2 dlm jiwa
ALlah itu sentiasa ada..
Dekat bila kita sentiasa mengingatinya..
.
.
.
Yang pasti ibu sentiasa berdoa
Kamu pasti sampai
Kamu pasti ketemu penghujung perjalanan dlm cara terbaik dlm redha ALlah

Dalam nikmat yg bakal tidak terluah dan terlukis dgn apa yg ada di dunia

Inshaallah...

Comments

Popular posts from this blog

The E.N.D

MIHRAB AL QURAN 58: NILAI KEMAHSYURAN YANG BARAKAH

+melepaskan rasa+