Berbumbungkan angkasa kelabu
Lantainya bumi retak seribu
Setiap langkah perjalananmu
Beronak berliku
Betapa berat mata memandang
Berat bahu menggalas bebanan
Belum sempat menitis ke pipi
Tangisan kering sendiri
Berkali tersungkur
Pandanganmu kabur
Namun azam meneruskan hidup
Tak pernah luntur
Engkau lah pewira
Di medan derita
Merentasi ranjau kehidupan
Dengan harapan
Luahan rasa derita jiwa
Pada wajah tiada rahsia
Menunggu malang berganti tuah
Usah kau berputus asa
Kaulah perwira.....
3 tahun lepas...saat pulang dari berhari raya dan singgah di sebuah Masjid di bandar berhampiran..saya lihat Shifa' adik bongsu saya menghulurkan angpau raya yang diterimanya pada hamba ALlah yang sedang berteleku atas kerusi rodanya..shifa' senyum dan saya tahu dia gembira..
Hari ini...Shifa' tak pernah lupa pada teman-temannya yang telah kehilangan bapa mereka..adakalanya dia simpan apa sahaja yang saya beri dan bawa ke rumah sebelah..dia tertawa dan teman-temannya sangat gembira dengan kehadirannya....
Shifa' jarang tunjukkan rasa sedih bila berhadapan dengan peristiwa sebegini..tapi dia tak pernah lokek untuk membantu..bila kami menonton 'bersamamu' dia beri penuh perhatian tapi tertawa dan senyum bila diusik..Pengajaran yang cukup bermakna saya terima..Penderitaan mereka hanya mereka yang tahu dan rasa..simpati kita tak bermakna kita harus turut sama menangisi apa yang mereka lalui..Tanpa disedari Shifa' buat mereka lupa pada derita mereka..memperingatkan bahawa masih ada suka yang harus dinikmati...sekali lagi anak kecil ini mengajar saya.
He will say: "What number of years did you stay on earth?" They will say:"We stayed a day or part of a day:but ask those who keep account."He will say:"You stayed not but a little, if you had only known!" (al-Mu'minun:112-114)
Tuesday, December 20, 2005
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Modul Transformasi Diri.
Allahuakbar . Ramadhan datang dengan peluang untuk menyucikan bukan setakat jiwa dan hati malah peribadi bersekali dengan tubuh badan indiv...
-
. "Kalau kau jadi cikgu, pandai-pandailah mencari keseronokan sendiri. Agar semangat tidak hilang, agar cinta terhadap profession te...
-
Allahuakbar . Ramadhan datang dengan peluang untuk menyucikan bukan setakat jiwa dan hati malah peribadi bersekali dengan tubuh badan indiv...
-
Cuti sekolah dah pun berakhir..but as maktab's student 1 have one more week sebelum melangkah ke practical.... Feel a bit relieved: no m...
No comments:
Post a Comment