awal dan akhir
Pernah pegang globe? dimana pun kita dan ke mana pun kita berada dan menemui penghujung kawasan yang ingin kita lalui, sekali lagi kita akan bermula kembali...
Selama mana manusia itu bernyawa..awal dan akhir merupakan sebahagian dari rencah hidupnya...Ia akan bermula berakhir, bermula semula dan kembali menemui penghujungnya..putaran tersebut akan terus berputar hinggalah ke pengakhiran yang sebenar..dan yang ini pun bakal memulakan sesuatu yang baru....yang lain dari dunia kini..mungkin sebab tu ALlah jadikan bumi ni berbentuk sfera...
Dulu sewaktu berakhirnya musim persekolahan dan tamat peperiksaan SPM...saya sangat sedih..tak tergambar perasaan waktu itu..Saya menangis sepanjang perjalanan dari asrama hingga tiba ke rumah...dan itulah antara pengakhiran yang terawal mengajar saya lebih dewasa...
berakhirnya gelaran sebagai pelajar universiti meninggalkan pengalaman yang cukup-cukup manis dan paling hebat buat diri saya..pengakhiran yang membentuk diri saya..
tak sangka saya dah melalui pelbagai penghujung yang adakala sukar untuk saya lepaskan dan adakalanya terlalu saya dambakan.....
Kali ini berakhirlah gelaran budak maktab dari diri saya...Sedih..mungkin juga.. 'akhir' yang ini saya hadapi dengan rasa dewasa dan tanggungjawab...mungkin kerana telah lali melalui fitrah akhir yang tidak dapat dielakkan lagi....
Namun..doa saya agar akhir ini memberikan permulaan yang bermakna..Awal yang bakal menemukan saya dengan pengakhiran yang baik juga satu hari nanti... InshaALlah...
Awal yang turut membawa permulaan untuk 'mereka' belajar menghadapi 'akhir ' ... Awal yang bakal menemukan saya dengan 'akhir' yang membanggakan saya...
dan kali ini saya akhiri nota ini dengan kata-kata Ketua Fasilitator BTN saya di Kem Integrasi Warisan Arca; En Abdul Rahman sebelum BTN berakhir....
" dalam hidup sebagai manusia..pandai-pandailah menabur budi...jika tidak dapat melakukannya..tidak pandai menabur budi..jadilah orang yang pandai membalas budi..jika masih tak mampu dan tak berdaya..sekurang-kurangnya jadilah mereka yang pandai mengenang budi.."

Comments