merdeka


Awal pagi
Mengadap tv menonton siaran langsung upacara Kemerdekaan di Putrajaya. Menarik! terutama sekali upacara pembukaan "bunga bangsa" dan acara padang oleh budak2 comel tuh.....saya sangat sukakannya.....

Merdeka..luas dan dalam maknanya. Seluas mana makna kemerdekaan, seluas itu jugalah erti penjajahan. Sesetengah pihak terus dijajah terang-terangan, ada pula terus dijajah dengan ratapan nasib diri sedangkan kunci kemerdekaan ada ditangan, ada pula tak sedar-sedar yang diri tu kena jajah, tak kurang juga yang terus dijajah dengan kisah semalam malahan ada yang tak mahu bebas dan suka dijajah...

Mencapai kemerdekaan umpama membebaskan diri dan sampai kepuncak...namun bebas itu perlu ada batasnya..Bebas bukanlah peluang untuk menurut rasa hati sebaliknya. Bebas perlu berakar dengan nilai agama, ilmu, budaya dan jati diri. Bebas yang utama tentunya dari tautan dunia dan nafsu yang memerdekakan akal dan seterusnya membentuk tingkah yang memerdekakan keadaan dan situasi................

Dalam kesibukan menyambut kemerdekaan usah lupa sambutan Isra' mikraj malam ini..

SELAMAT HARI MERDEKA, MALAYSIA

Comments

Popular posts from this blog

+persepsi dan pengorbanan+

Kembara Rohani yang baru.. .