k o n k l u s i

Sepanjang minggu ini:
Dunia tak lekang dengan cerita, tragedi dan peristiwa: Katrina, Mandala Airlines, Kisah Selatan Thailand, dan sudah tentu peristiwa berdarah Palestine yang tak pernah tamat, tak lupa juga peristiwa memperingati 911 hari ini. Tanah Air pula heboh dengan cerita kesan kenaikan minyak, pertikaian kemerdekaan DAP dan usaha kerajaan meringankan beban rakyat....

Sayang sekali..minggu ini saya hanya nampak diri saya..Rasa yang dialami setelah tidak lagi bergelar pelajar 'postgraduates'. Mengejutkan sekali bila rasa itu diseret ke laman ini. Dari sembunyi hinggalah ia nyata. Apapun, terima kasih sahabat atas segalanya.Rasanya minggu ini saya dikaburi dengan rasa tamak, malahan penilaian akal yang agak tersasar.....

Bukannya saya tak boleh sambung Master saya kelak..InshaALlah
Malahan...saya lupa impian, niat dan cita2 saya...

Anggap sahaja ia pengorbanan untuk apa yang saya amat cintai...
Untuk apa hidup jika hanya ada diri sendiri
sedangkan ...
saya mampu menjadi sebahagian daripada hidup mereka.....

dan sekali lagi lagu erti hidup nyanyian Dayang Faizah berkumandang dalam kotak pemikiran saya.....


ERTI HIDUP-Dayang Nurfaizah-

Angin kau membawa bahtera ku
ke mana mahumu...

Di kamar daku sering bertanya
Mana tempat ku di dunia
Tepuk dada tanyalah selera
Jika daku ingin berjasa
Memberikan hidupku makna
Tepuk dada tanyalah selera
Ingin ku (kini ku) mengenali
Erti hidup yang diberi

Dunia jadi saksi liku-liku kan kuharungi
Tiada lagi kan ku di situ
Menyaksi kehidupan berlalu
Kan ku kerah darah keringatku
Tiba waktu aku tiada
Tidak akan daku sesali
Daku hidup caraku sendiri
Angin kau membawa bahtera ku ke mana mahuku...

Kini ku berani mengemudi,
kemana ku pergi
Bagai guruh menggegar bumi,
aku tetap teguh berdiri
Penuh pengorbanan yang sejati.

inilah sebahagian dari perjalanan hidup saya............

Ya Rabbi, maaf atas segala keterlanjuran !!!!

- Insan tanpa Tuhan akan hilang kekuatan-

Comments

Popular posts from this blog

The E.N.D

MIHRAB AL QURAN 58: NILAI KEMAHSYURAN YANG BARAKAH

+melepaskan rasa+