SaBtu dan ReJab

2 hari lepas, saya diperingatkan oleh seorang teman dan mama tersayang berkaitan kehadiran Rejab....peringatan kalian amat dihargai......
Arwah nenek dulu sgt gembira dengan kehadiran Rejab...disitulah bermulanya pesta ibadah buatnya... dia tak pernah lupa puasa 3 bulan penuh(Rejab, Syaaban dan Ramadhan)

Buat saya..latihan ibadah sebegitu semakin kurang saya lakukan semenjak menamatkan universiti..Anehkan??? tidak cukupkah apa yg dipelajari di institusi islam yg agak terkenal itu.....
hah..usah salahkan lantai andai tidak pandai menari...usah salahkan institusi andai diri tidak pandai menghargai dan mengaplikasi.......


Saya sering memandang bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan sebagai latihan untuk mengubah diri...Berubah kerana dia...kerana aku??!!
(refer:: kerana dia..kerana aku:
www.abdeellah.blogspot.com), adakalanya kita memerlukan dorongan luar untuk berubah..mungkin kerana Dia, mungkin juga dia...namun kita tak mampu mengukur tahap mana yang perlu diubah jika tiada dia mahupun Dia..Mampukah kita terus menanti sehingga diri benar-benar bersedia...dan akhirnya penantian itu melewati batas waktu yang sepatutnya..Adakalanya pahit untuk diterima tapi bukankah pahit itu ubat....apapun nyatanya, kita harus terus berubah ke arah yang lebih baik...Berubah kerana dia atau aku... sudah pastinya perubahan itu untuk DIA...

dan mungkin 3 bulan islam ini umpama satu permulaan sessi latihan LPKN untuk terus memperbaiki diri sekaligus cuba meninggalkan apa yang sepatutnya......


Buat Fadhlina (yang mengadu namanya sering ditinggalkan) terima kasih atas peringatan tuh.....
Buat Sara..ini hanya pandangan saya..mungkin situasi yg berbeza membawa kpd pendapat tersebut
Buat teman lain:

Rasulullullah pernah bersabda:
"Ketika mlm dimikrajkan, aku melihat sungai yang manis sprt madu dan lebih dingin dari ais dan lebih wangi dari kasturi. Maka aku bertanya: "Wahai Jibrail untuk siapa ini semua?" Jibrail menjawab:"untuk mereka yang berselawat padamu pada bulan rejab" Nabi S.A.W bersabda:" Taubatlah kalian kepada ALlah,mohonlah keampunan dari dosa-dosamu dan jauhilah perbuatan maksiat pada bulan Haram iaitu Rejab"
:.: SeLamAt BerJuanG Ke Arah yang lebih baik bUaT TeMan Dan Diri...:.:


Comments

abdiLLah said…
its ok Aini..everybody are free to spread off their ides on air..sharing and giving for comprehends..Miss u..

Popular posts from this blog

The E.N.D

MIHRAB AL QURAN 58: NILAI KEMAHSYURAN YANG BARAKAH

+melepaskan rasa+